Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Jalaluddin Rumi
KETENTUAN DAN PILIHAN


Si muslim menyeru kepada Si Majusi supaya menerima agama Islam.  Si Majusi menjawab;

"Saya akan memeluk agama Islam sekiranya Allah menghendaki saya berbuat demikian".

"Allah Menghendaki tuan memeluk Islam,"  kata Si Muslim,  "tetapi nafsumu dan syaitan menyeret tuan kekafiran dan ke berhala api".

Jawab Si Majusi;

"Jika nafsu dan syaitan itu lebih kuat,  tentulah saya tertarik oleh kuasa yang lebih kuat itu.


Si muslim menjawab,


Dari kacamata akal,  faham Jabariah itu lebih buruk dari faham Qadariah kerana orang-orang jabariah menafikan kesedaran atau akal mereka sendiri.  Orang-orang Qadariah tidak menafikan kesedaran atau akal mereka sendiri.  Mereka hanya menafikan tindakan Yang Maha Berkuasa,  laksana mengatakan "Di situ ada asap tetapi tidak ada api".  Orang-orang Jabariah melihat api jelas dan terang dan hinggakan pakaian merekapun terbakar oleh api itu,  tetapi mereka,  seperti orang yang tidak percaya,  mendakwa api itu tidak ada.

Jika Allah saja mempunyai kuasa memilih,  kenapa anda marah kepada pencuri yang mencuri barang-barang anda?  Sedangkan binatang mengetahui deria batinnya.  Sekiranya unta dipukul dengan kejam,  ia akan menyerang orang yang menunggangnya itu.  Marahnya pada orang itu,  bukan pada belantan atau rotan yang memukulnya.

Dalam Al-Quran penuh dengan ayat-ayat suruhan dan larangan,  juga hukuman azab bagi mereka yang engkar.  Adakah ini ditujukan kepada batu atau kayu?

Saudara menganggap Allah berkuasa,  tetapi terang sekali saudara menganggap Allah itu jahil serta bodoh.  Faham Qadariah menganggap Allah itu kurang berkuasa.  Menganggap Allah itu jahil adalah lebih buruk dari menganggap Allah itu kurang berkuasa.  Kuasa pilihan Allah yang semesta itu menimbulkan kuasa individu untuk wujud.  KuasaNua laksana penunggang kuda yang tersembunyi oleh habuk-habuk yang ditimbulkan oleh kaki kuda itu.  Tetapi kawalanNya terhadap pilihan tindakan kita itu tidak melucutkan kuasa pilihan kita.

Iradat Allah terlaksana dengan mutlak,  tetapi kita jangan berfaham Jabariah dan mengatakan pula Allah mendorong kita berbuat jahat,  atau mengatakan Allah menghendaki kita jadi kafir.  Bukan begitu,  tindakan itu dikehendaki oleh anda sendiri.  Anda sendiri yang memilihnya.

Fahamkanlah!!!

Kerana tanpa Iradat atau Kehendak anda,  kekafiran itu tidak akan wujud.  Kekafiran secara dipaksa atau ditentukan oleh Allah adalah bertentangan dengan diri sendiri.

Berusahalah memperolehi ilham dari 'Piala Cinta Allah' maka barulah anda jadi 'Tiada Diri' dan tanpa kehendak sendiri.  Maka jadilah semua kehendak milik kepada 'Arak' dalam 'Piala' itu.  Saudara boleh dimaafkan terus.
 
 

12.30 pm 11.04.2000 / 06 Muharram 1421

 
Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu ini
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH