"Mereka yang beriman dengan Allah tetapi masih banyak daripada mereka yang syirik".Yunus:106
Beriman dengan Allah tetapi masih syirik???.
Tidakkah ini membawa maksud, satu percanggahan yang nyata?. Bagaimana boleh mengaku beriman dengan yang satu tetapi masih melihat kepada yang lain. Ini adalah satu pembohongan yang terang lagi jelas.
Tidakkah ini terdapat satu keajaiban yang besar? Percaya kepada yang ghaib tetapi kuat berbimbang dengan yang nyata? Ianya tidak lebih dari keadaan aqal yang tidak sihat. Sesuatu yang menunjukkan akan kebodohan dan kerendahan!!!
Tidakkah ini bermakna satu kejahilan yang bebal? Menyakini kebaikan mati tetapi takut pada kematian.? Ianya dengan jelas menunjukkan satu kekeliruan yang besar dan bahaya.
Kamu hanya mendakwa sahaja. Iman kamu tersangat rapuh...mudah patah; tersangat nipis....mudah tercabut; iman yang tohor...tidak menjejaki. Kamu menyekutukan Allah dalam sholatmu. Kamu menyekutukan Allah pada waktu makan minummu. Kamu menyekutukan Allah dalam menerima nikmat yang diuntukkan dengan bersandar kepada ikhtiar dan tadbirmu. Kamu bersyirik denganNya kerana kamu banyak melihat kepada asbab. Engkau jadikan amalanmu sebagai thoriq untuk mencapai ketinggian itu. Engkau sandarkan ketinggian yang kau miliki itu kepada dapatan ketajaman ilmumu. Kamu masih tidak sampai lagi kepada had tasauf iaitu meninggalkan dakwa. Kamu mendakwakan kau yang memliki ketinggian itu sedangkan ketinggian itu adalah cuma salah satu manifestasi daripada manifestasi-manifestasiNya yang tidak ada terhad.
Jelas sekali...imanmu adalah iman yang syirik. Iman yang syirik tidak akan diterima amalannya. Berjuta-berjuta, berbukit-berbukit banyaknya amal dan ilmu yang kamu timbunkan, namun ia masih belum boleh diterima. Ini adalah kerana kamu masih lagi menyekutukan Allah. Kamu kata kamu setia pada cintamu, tetapi kamu curang kepada "ghair"(sesuatu selain dari Allah). Kamu menghitung dirimu, kamu memerhatikan perkembangan dirimu, kamu terpesona dengan kecantikan ilmumu, kamu terpukau dengan kehalusan makrifatmu. Yang jelasnya kamu amat berminat dengan sesuatu yang disebut sebagai "keramat". Ini semua dalil yang menunjukkan bahawa kamu masih menilik dirimu di samping kamu percaya bahawa "Dan sesungguhnya Aku yang menjadikan kamu dan apa-apa yang kamu kerjakan"
Selagi kamu hidup kamu akan terjebak dalam syirik ini. Oleh itu kamu perlu mati. Kerana hanya dengan kematian sahajalah, kamu boleh terlepas dari "dakwa" yang menngisbatkan dirimu, wujud ilmumu, wujud amalanmu dan wujud dirimu. Orang yang mati, mana ada lagi ikhtiar dan tadbir dalam amalannya dan gerak-gerinya. Orang yang mati tidak tahu dan tidak boleh membantah dan mengelak dari apa yang diperlakukan ke atas batang tubuhnya. Maka hanya dengan mematikan diri sahajalah kamu boleh membebaskan imanmu daripada syirik. Dengan itu jika takut mati, sangal bicara pasal perjuangan, jangan bicara berkenaan hakikat. Selama-lamanyalah ... yang adum tidak akan dan tidak boleh mengenali Yang Wajibal Wujud. Hanya dengan Wujud itu jugalah ia mengenali Yang Wajibal Wujud. "'Araftu birabbi birabbi". Aku kenal Tuhanku dengan Tuhanku. Jika kamu kamu berjumpa dengan orang yang percaya kepada mereka yang berkata; Yang 'adum tiba-tiba bertempik "Aku sudah ada!!!!!" , maka ketahuilah orang itu otaknya mereng atau gila. Awas!!! kamu harus jauhkan diri daripadanya kerana mungkin kamu akan turut jadi sepertinya.
Matikan semua gerak-gerimu untuk hidup dengan gerak-geri Allah
Matikan semua cita-citamu untuk hidup dengan Kecintaan Allah.
Matikan daya dan upayamu untuk hidup dengan kekuasaan Allah.
Matikan wujud zatmu untuk hidup dengan Zat Yang Wajibal Wujud.
Kepada yang suka mengambil pengajaran. Bukankah itu satu thoriq perjalanan untuk Washil ilaLlah???.