|
KEDUDUKANNYA DALAM TASAWWUF |
1. Pengenalan
Kesangsian
terhadap Hakikati Muhammadiah umumnya terletak pada beberapa sudut:
1. Ketidakupayaan untuk menjangkau bahawa ia adalah suatu yang berada dan berasaskan Islam. Justeru perlu ditelah pada sudut al-Quran dan sunnah dan bukan dari sumber lain. Aspek ini telah pun diungkap pada penulisan yang terawal.
2. Ketidakupayaan untuk memahami apa yang di istilahkan sebagai Hakikat Muhammad dan kedudukannya dalam kontek ke Islaman keseluruhannya. Seperti apa yang diistilahkan sebagai Al-Bayan dalam tafsir, 'illah dalam qias dan lain-lain lagi, Hakikat Muhammad dalam tasawwuf memang ada, cuma perlu dinampakkan bagi tujuan akedemik.
3. Ketidakupayaan untuk membeza dan menyatukan perkaitan Hakikat Muhammad(Nur) dengan Nabi Muhammad s.a.w (manusia) pada tempat yang semestinya.
Seandainya Hakikati Muhammadiah memang merupakan satu aspek KeIslaman yang tetap, bukan dibuat-buat, maupun sebagai bida'ah hasanah, maka penolakkan terhadap kedudukannya secara terus akan 'mencacatkan' pegangan seseorang muslim, tanpa kita meletak sebarang hukum terhadap 'kecacatan' berkenaan. Sementara menghukum bukan satu ciri dalam tasawwuf, memperbaiki kecacatan amat diberi penekanan. Sekop perbincangan seterusnya adalah pada prespektif tasawwuf dan bukan tafsir maupun fekah. Justeru penekanan adalah pada pemahaman, pegangan dan isi.
2. Tasawwuf dan Hakikat Kejadian
Bila golongan tasawwuf menjelaskan bahawa, "Awal-awal ugama mengenal Allah," pendirian ini sebenarnya ialah satu pendirian yang amat sederhana, mungkin kurang lagi, berbanding dengan firman Allah s.w.t:
"Tidak Kami jadikan jin dan manusia, melainkan beribadah kepada Ku (Surah 51:56)
Diamati secara halus ayat di atas, jika Tuhan tidak jadikan manusia dan jin, mustahil makhluk-makhluk ini akan dapat mengenal Tuhan. Seterusnya, betapa banyak pula dari manusia dan jin yang beribadah kepada yang lain daripada Allah s.w.t. Ini adalah kerana mereka tidak mengenali tuhan mereka. Dalam kontek ini mengenal adalah satu syarat pertama, jika tidak utama, untuk beribadah kepada Tuhan.
al-Baghawi(Ma‘alam al-tanzil, 5.230): Mujahid [ibn Jabr al-Makki (m. 104H)], berkata, " ...melainkan beribadah kepada Ku" bermaksud, 'melainkan untuk mengenal Aku'. Agak menghairankan seorang tabiun yang terawal dan dekat sekali dengan zaman para sahabat berpendirian sebegini, jika tidak ia satu pendirian yang benar. Ini adalah kerana zaman para sahabat berakhir antara 90H-100H. Sahabat yang terakhir di Kufah adalah pada 86H atau 87H. Yang terakhir di Madinah, Sahl ibn Sa'd al Sa'idi, meninggal pada 91H. Yang terakhir di Basrah ialah Anas bin Malik meninggal pada 91H atau 93H, sementara di Damsyik ialah Abdullah bin Yusr. Sahabat yang terakhir ialah 'Amir ibn Wathilah ibn 'Abd Allah (Abu Tufayl), meninggal pada 100 AH. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat kepada semuanya, Al-Fatihah.
Seterusnya ayat di atas menegaskan bahawa kejadian jin dan manusia tidak mempunyai tujuan lain, kecuali beribadah semata-mata kepada Allah s.w.t. Tasawwuf menekankan terhadap setiap perlakuan yang didzahirkan oleh manusia dan jin tidak boleh terkeluar daripada peribadahan dan setiap perlakuan itu adalah ibadah. Satu tanggungjawab yang sungguh berat terhadap mereka yang telah dijadikan oleh Allah s.w.t; tanpa alternatif dan tanpa tidak.
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya. (Surah 99:7-8)
Langsung, syarat selepas mengenal, ialah apa dan bagaimanakah beribadah kepada Allah. Persekitaran masaalah ini mempunyai dua senario yang berbeza :
1. Bagaimana
hendak di ibadahkan semua perlakuan agar menjadi satu ibadah yang tidak
terputus-putus;
atau sebaliknya;
2. Memahami
hakikat bahawa kesemua yang terdzahir daripada kejadian jin dan manusia
itu adalah sebenarnya suatu ibadah yang tidak putus-putus kepada PenciptaNya.
Kedua-dua senario ini ada kesahihannya, akan tetapi yang mana satukah yang benar? Sementara yang pertama menitikberat terhadap mengibadahkan kejadian manusia dan jin itu sendiri, yang kedua pula menitikberat kepada mengibadahkan kepercayaan, faham, dan persepsi terhadap kejadian itu sendiri. Atau, mungkinkah kedua-duanya adalah benar?
Persoalan yang sama pernah dibangkit suatu masa dahulu oleh satu makhluk lain yang Allah s.w.t jadikan:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya: "Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".( Surah 2:30)
Kedua-dua syarat mengenal dan bagaiman beribadah adalah untuk merealisasikan ketetapan Allah s.w.t bahawa manusia dan jin itu dijadikan semata-mata untuk beribadah kepada Allah s.w.t dan tidak lain daripada itu. Pun begitu, yang pasti, hakikat kejadian itu adalah untuk beribadah kepada Allah s.w.t
3. Tasawwuf dan Hakikat Ibadah
Peribadahan yang sempurna mesti merangkum apa yang menjadikan manusia atau jin itu, termasuk akal dan fikiran; percakapan, pandangan dan pendengaran; pergerakan dan tingkah laku; perwatakan dan perangai; serta tanggapan dan persepsi. Kesemua ini mesti dikaitkan kepada peribadahan terhadap Penciptanya.
1.
kenalnya kepada Allah s.w.t semata-mata; dan
bukan yang lain;
2. kenalnya
akan hakikat kejadiannya untuk beribadah; dan bukan pula kerana ganjaran.
Tuhan berfirman:
"Katakanlah, "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadahku, hidupku dan matiku adalah kerana Tuhan semesta alam." (Surah 6:162)
Hakikat kenalnya kita kepada Allah s.w.t. dan menerima bahawa Dialah yang menjadikan kita serta tujuan kita semata-mata untuk beribadah kepadaNya disamping mengelak diri kita dari golongan yang lain dari pegangan ini, tergaris nyata dalam pengakuan kita dalam sembahyang, pada doa iftitah. Disini kita memperkukuhkan niat dan pendirian kita seperti juga NabiAllah Ibrahim a.s, dan mengikuti jejak langkah baginda dengan membuat pengakuan;
" Sesungguhnya aku menghadapkan muka dan diriku kepada Yang menjadikan langit dan bumi, sedang aku tetap (pada dasar tauhid), dan bukanlah aku terdiri dari orang yang musyrik (Surah 6:79) dan seterusnya; "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadahku, hidupku dan matiku adalah kerana Tuhan semesta alam."Mustahil tasawwuf boleh menidakkan syariat, memandangkan perlunya kita menegakkan iktikad dan niat terhadap peribadahan di atas kejadian kita sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Tasawwuf juga tidak menidakkan pegangan shariat terhadap isu buruk-baik, dosa-pahala dan syurga-neraka kerana ia juga adalah sebahagian dari ibadah. Dalam menegakkan shi'ar Islam, manusia perlu diajak untuk mengenal Penciptanya, keperluan untuk beribadah kepada Penciptanya dan nikmat terhadap keabdiannya kepada Allah s.w.t dan bukan yang lain dariNya. Disamping itu juga norma-norma perlakuan dari segi tahap dan syarat peribadahan telahpun ditetapkan dalam shariat.
Perbezaan terletak dari segi penekanan. Pada shariat, wajib adalah kemestian yang tidak dapat tidak dan sunat adalah suatu yang digalakkan. Sebaliknya bagi tasawwuf, wajib adalah satu kelayakkan minima, sementara sunat adalah satu keperluan yang mesti mengikuti yang wajib untuk sempurna. Ringkasnya, akhlak pengabdian bukanlah setakat melepas batuk ditangga. Akhlak pengabdian ialah menjerumus seluruh diri kedalamnya semata-mata kerana Allah s.w.t.
Tidak menghairankan
jika seorang sufi melakukan 200 rakaa'at sehari, atau berdzikir purata
sebanyak 4000 sehari dan sebagainya. Malah ini adalah rasionale'
Muhammad s.a.w. tidak jemu-jemu beribadah ke hadrat Allah s.w.t. Begitulah
usaha hamba dalam keabdian. Pun begitu, pendirian ini sebenarnya adalah
satu pendirian yang amat sederhana, mungkin kurang lagi. Wallahu a'lam.
".......Tuhan
berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".(
Surah 2:30)
4. Muhammad s.a.w dan Hakikat Mengenal
Bagaimanakah
kita tahu(kenal) semua ini? .......... Al-Quran.
Bagaiman kita
boleh mengenal Al-Quran? ....... Muhammad.(s.a.w.)
Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh serta beriman kepada yang diturunkan kepada Muhammad (s.a.w) - yang ialah kebenaran dari Tuhan mereka, - Allah mengampunkan dosa-dosa mereka, dan menjayakan keadaan mereka.(Surah 47:2)
Hakikat kenal adalah agak komplex untuk difahami kerana ia melibatkan beberapa aspek yang saling berkaitan antara satu sama lain, sehingga mungkin menenggelam pengkaji di dalam kancahnya. Dihujung rantaian mengenal ialah mengenal Allah s.w.t. Kesempuranaan mengenal Allah ialah tidak menyengutui Dia dengan yang lain, justeru, kita juga kenal apa yang mustahil Dia. Hakikat mengenal juga menterjemah diri kepada peribadahan kepadaNya. Ia adalah terjemahan kejadian diri, kepada pengabdian diri kepada Penciptanya. Kesemua ini adalah agak membinggungkan kerana hakikat kejadian ialah beribadah, dan hakikat beribadah ialah mengenal dan bukan sebaliknya.
Justeru, perlu kita melangkah satu tapak kebelakang, agar pandangan kita terhadap apa yang diteropong dengan dekat nampak pada prespektif yang lebih luas dan terang. Hakikat mengenal nampaknya seakan-akan merangkum kesemua aspek perbincangan iaitu:
1. Pencipta,
2. kejadian,
3. tujuan
penciptaan, dan
4. perkaitan
di antara Pencipta dengan yang dijadikan.
Ini adalah kerana hakikat mengenal bukanlah satu aspek malah kesemua aspek dan hakikat mengenal bukanlah berkenaan aspek tetapi berkenaan seorang yang dinamai Muhammad s.a.w. Kesempurnaan mengenal itu cuma terletak pada nya. Melalui bagindalah datangnya Al-Quran Karim dan pada bagindalah terletak Sunnah perlakuan yang disanjung. Pada sudut ini bolehlah dirumuskan jika seseorang itu mengenali hakikat ketuhanan maka:
1. kenal akan
ia pada Allah s.w.t dan tidak menyengutuiNya,
2. menerima
hakikat kejadiannya adalah semata-mata beribadah kepada Penciptanya,
3. dengan
sebaik-baik contoh keimanan, keislaman dan keehsanan, dan
4. mengabdikan
diri dengan sesempurna peribadatan hingga ke akhirat,
pasti tidak akan ada satu mukhluk pun yang layak berdiri pada kedudukan ini melainkan Muhammad s.a.w; hakikat mengenal dan kesempurnaan mengenal. al-Baghawi(Ma‘alam al-tanzil, 5.230): Mujahid [ibn Jabr al-Makki (m. 104H)], berkata, " ...melainkan beribadah kepada Ku" bermaksud, 'melainkan untuk mengenal Aku'.
Hakikat mengenal tidak dapat dibuktikan dengan penganalisaan deria maupun akal, melainkan peringatan terus dari Pencipta Yang Maha Mengetahui terhadap bagaimana Dia boleh dikenali. Tasawwuf menerima bahawa aql' boleh menjadi penghalang terhadap diri dalam beribadah seandainya ia tidak menerima 'input' yang semperna. Logik aql' melalui proses kenal, tahu, terima dan tunduk dan ini adalah satu proses melalui masa. Tidak keterlaluan juga jika dikatakan bahawa firman Allah s.w.t, bahawa "tiada paksaan dalam berugama' adalah lebih bersesuaian untuk digunakan terhadap diri sendiri daripada terhadap orang lain, bagi kontek ini.
Pengenalan yang sempurna lagi tepat datangnya dari Allah s.w.t sendiri, melalui perantaraan malaikat, dalam bentuk kitab dan suhuf kepada Pesuruh-pesuruhNya. Muhammad s.a.w. adalah penhujung rantaian peringatan dan khabar gembira sejak Adam a.s hingga keakhirat kelak. Jika golongan jin dimasukkan ke dalam topik perbincangan, ia akan menjangkau lebih awal lagi dari Adam a.s, pun bagitu, bagi memudahkan topik perbincangan, sewajarnya dihadkan setakat itu, wallahu a'lam.
Baginda adalah hakikat mengenal dan 'khotamal nabiyin', yang membenarkan peringatan sebelum baginda dan pengenap semua peringatan ini terhadap ADAnya Tuhan dan peribadahan terhadap NYA. Hakikat khatam tidak harus dipandang cuma sebagai akhir, kerana jika dicontohkan seseorang itu cuma membaca juzuk ke 30 Al-Quran dan kita terima bahawa dia telah khatam Al-Quran maka ini adalah satu tanggapan yang menyeleweng sebagai dia telah sempurna pengajian Al-Quran. Khatam Al-Quran, seseorang itu mestilah kenal, tahu, dan telah membaca keseluruhan al-Quran dan 'upacara' khatam adalah cuma satu formaliti yang mengenapkan seluruh pengajian beliau. Pada masa yang sama tiap-tiap juzuk dan surah itu mempunyai keunikan yang tersendiri yang mesti dihayati oleh pembaca sebelum khatam.
Bukanlah Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah 33:40)
Begitu jugalah pendiriannya terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Pendzahiran Muhammad s.a.w. adalah untuk menyempurna hakikat kenabian dan kerasulan dan hakikat mengenal iaitu untuk memberi peringatan atau memberi tahu kepada kemanusiaan (manusia dan jin) terhadap hakikat Ketuhanan. Kita tidak seharusnya menafikan bahawa tiap-tiap rasul dan nabi, masing-masing mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri. Pada masa yang sama tiap-tiap satu adalah terhad pada jangka waktu tertentu dan kepada sesuatu kaum tertentu sahaja. Sebaliknya Muhammad s.a.w adalah kemuncak peringatan dan semestinya pengakhir dan yang datang sebelum baginda adalah landasan kepada kemuncak ini. Baginda ialah nabi disebalik kenabian, rasul disebalik kerasulan.
"Ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi; perjanjian setia mereka, dan dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta. Nabi Isa ibni Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka: perjanjian setia yang teguh ;" (Surah 33:7)
Bahawa Rasullullah s.a.w. berkata, "Aku adalah yang pertama dijadikan dan yang terakhir diutuskan." (al-Khasa’is al-kubra, ms. 3).Sahih Bukhari Jld. 4, Bk. 55, No. 555:
Diriwayatkan oleh Abu Said: Rasullullah s.a.w berkata, " Nuh a.s dan kaumnya akan datang (pada Hari Akhirat dan Allah s.w.t akan bertanya kepadanya), " Adakah engkau sampaikan (Peringatan Kami)? Dia menjawab, "Ya, wahai Tuhanku," Kemudian Allah s.w.t. akan bertanya kepada kaumnya," Adakah Nuh a.s menyampaikan PeringatanKu kepada kamu?" Mereka menjawab," Tidak, tiada nabi yang datang kepada kami." Kemudian Allah s.w.t akan bertanya kepada Nuh a.s.,"Siapakah yang akan menjadi saksi bagi kamu?" Dia akan menjawab," Muhammad dan pengikutnya." Maka aku dan pengikutku akan berdiri sebagai saksi baginya." Itu adalah,(tafsiran) bagi firman Allah s.w.t:" Dan demikianlah, Kami jadikan kamu satu umat yang terpilih lagi adil, supaya kamu menjadi orang yang memberi keterangan kepada sekelian umat manusia ........... (Surah 2:143)Tegasnya, jika Muhammad s.a.w adalah hakikat mengenal, maka semestinyalah baginda adalah keislaman disebalik Islam, keimanan disebalik Iman dan keehsanan disebalik Ehsan. Ini jelas kerana baginda adalah sunnah disebalik Al-Quran, mashaAllah.
Pun bagitu, baginda adalah tetap basyar akan tetapi basyar yang teristimewa;
Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul. Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan sesiapa yang berbalik maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (Surah 3:144)
Sebelum menutup bab ini, elok juga kita memperingati diri kita bahawa pada akhir zaman kelak akan kembali Isa Al-Masih a.s. dan Imam Al-Mahdi. Pun bagitu, ia tidak sekali-kali memansuhkan pendirian kita setakat ini kerana berdasarkan hadith-hadith yang bersabit dengan kedatangan kedua-duanya, masing-masing akan tegak dan menegakkan syariat Muhammad s.a.w. Pada ayat Surah 33:7 di ataspun, jelas berkenaan pendirian ini.
4. Hakikat Muhammad dan Islam
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Surah 3:190-191)
Dan matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - seperti tandan yang kering. Matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. (Surah Yaasin:38-40)
Pada peredaran matahari dan bulan dan silih bergantinya malam dan siang dari sudut tasawwuf bukanlah ilmu alam maupun geografi akan tetapi ketetapan Tuhan, hukum Tuhan. Manusia cuma baru sedar bahawa matahari dan bulan itu mempunyai 'orbital'nya apabila Tuhan menjelaskannya dalam surah Yaasin kurang lebih 1400 tahun dahulu. Secara akal, baru kurang lebih 400 tahun melalui Galileo. Pun bagitu bulan dan matahari bukan baru menjelajahi orbital masing-masing setakat 1400 tahun yang lalu, atau setelah turunnya Surah Yaasin, malah lebih awal dari itu. Pada masa dan ketika Allah s.w.t mensyariatkan hukum berkenaan terhadap matahari dan bulan.
Dari segi hakikat, tidak boleh dikatakan hanya manusia dan jin sahaja yang beribadah kepada Allah s.w.t, malah kesemua langit dan bumi dan apa di dalamnya dan apa yang melebihinya beribadah kepadaNya. Kerana semua tunduk dan berserah, ringkas Islam dengan keIslaman masing-masing.
Patutkah sesudah itu, mereka mencari lain dari deen Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan.(Surah 3:83)
Kita sedia maklum bahawa Deen ini sebagai Islam. Manusia dan jin tidak terkecuali dari syariat ini, sedar atau tidak, dengan sukarela ataupun paksa, maka cuba kita tidak tunduk taat pada hukum Ar-Rahman dengan tidak mahu bernafas ... berapa lama? Begitu juga sains moden yang mengambil iktibar bahawa seluruh alam semesta ini tidak lain adalah cuma satu fenamena rambang dalam barangkalian yang tidak terhad (random phenamena in an infinite probability). Satu andaian mudah untuk membolehkan mereka merobah-robah hypotesis demi hypotesis, teori demi teori dan sebagainya.... berapa lama?
Seterusnya, bilakah Syariat Islam mula berkuatkuasa? Segala hukum langit dan bumi dan apa yang ada di antara nya dan melebihinya, mula dikuatkuasa apabila Tuhan berfiman, "KUN".
Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi; dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah!" Lalu menjadilah ia. (Surah 3:117)
Hakikat yang terpancar disegenap pelusuk alam semesta, dan akan terus terpancar hingga ke akhirat, di syurga dan neraka. Hukum yang TETAP lagi dinamik secara temporal. Allah s.w.t menerangkan:
Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab yang terang nyata.(surah 80:59). dan seterusnya;
bahkan ialah Al-Quranul Majid; pada Lauh Mahfuz.(Surah 85:21-22)
Itulah tujuan Muhammad s.a.w diutuskan dan untuk membuktikan kesahihan kejadian segala yang dilangit dan dibumi. Titiak tolak kesahihan pendirian ini, semuanya terletak pada pundak Muhammad s.a.w. Kesahihan Al-Quran itu sendiri terletak atas penerimaan terhadap baginda dan kewibawaan baginda oleh sekelian manusia dan jin.
Segala hukum kejadian alam ini pada Al-Quran, diturunkan kepada kemanusian agar manusia dan jin dapat mengenal. Disamping itu Al-Quran itu pula terpancar dalam bentuk kemanusiaan pada Rasullulah s.a.w agar manusia dan jin dapat mencontohi. Kesemua ini pula adalah benar, 'disalin' daripada apa yang telah tertulis di Lauh Mahfuz. Mustahil Al-Quran itu bersifat baharu. Tegasnya, segala yang datang melalui dan daripada baginda baik wahyu, maupun sunnah adalah terjemahan SHARIAH ini pada bentuk kemanusiaan.
Sebaliknya, perlakuan alam semesta ini adalah perlakuan hukum ini juga. Ia adalah terjemahan shariah Islam dalam bentuk perlakuan alam sejagat. Perlakuan alam semesta secara totaliti lah yang dikenali sebagai Hakikat Muhammad. Sementara Muhammad s.a.w didzahirkan sebagai kemuncak peringatan, alam semesta ini adalah kejadian supaya Penciptanya dapat dikenali, justru peringatan yang hakiki. Kesemua ini tidak lain adalah peringatan terhadap kehambaan sejagat kepada Penciptanya dan hukum disebalik pengabdian ini yang dinamakan Islam. Justeru, tidak boleh Al-Quran tanpa sunnah baginda, tidak boleh syahadah tanpa kerasulan baginda. Melalui Muhammad, Allah dapat dikenali.
Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin. Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang, lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang". Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit, dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat". Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit, berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: " Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan. Sesungguhnya aku menghadapkan muka dan diriku kepada Yang menjadikan langit dan bumi, seang aku tetap (pada dasar tauhid), dan bukanlah aku terdiri dari orang yang musyrik". (Surah 6:75-79)
5. Rumusan
Kita tidak dapat nak mengaku yang kita boleh ketahui semua kesempurnaan Rasullullah s.a.w, melainkan Allah s.w.t menyebut baginda sebagai 'nur'; dan pada masa yang sama, baginda adalah seorang manusia.
Setakat ilm' al yakin, yang terpancar dan nampak adalah 'nur' atau Hakikat Muhammad pada kejadian semesta alam dan perlakuannya dari awal kejadian hinggalah ke akhirat, mengikut lunas dan shi'ar Allah s.w.t yang kita kenali sebagai Islam. Nur ini tidak tepat ditakrifkan sebagai Islam kerana ia adalah perlakuan atau perlaksanaan Islam itu sendiri atau "sunnah" hakiki. Sementara Islam itu pula bukanlah dijadikan ataupun bersifat baru tetapi kekal.
Perlakuan dan perlaksanaan Islam dalam bentuk kemanusiaan pula tergaris jelas dengan sempurna pada Rasullullah s.a.w. Baginda adalah hakikat kerasulan dan kenabian, keimanan dalam iman, keislaman dalam islam dan keehsanan dalam ehsan, dan sunnah disebalik Al-Quran. Baginda adalah hakikat peringatan terhadap Yang Mencipta, peringatan terhadap kejadian diri, peringtan terhadap pengabdian diri dengan mengibadahkan kejadian diri.
Titik permulaan dalam Islam ialah syuhud akan Allah s.w.t dan shuhud akan kerasulan Muhammad s.a.w pada syahadah. Dimanakah yang lebih NAMPAK kerasulan Muhammad s.a.w jika tidak pada hakikat baginda? Dan apakah bukti kerasulan baginda jika tidak pada hakikat baginda sendiri, wallahu a'lam.
Sebagai seorang individu, eloklah kita mengingati diri terhadap kejadian diri ini dan hakikat kejadian itu. Pada diri ada Hakikat Muhammad dan Nur yang terpancar dari Allah s.w.t yang perlu dikenali. "Awal-awal ugama mengenal Allah," bagitulah pendirian tasawwuf, suatu pendirian yang amat sederhana, mungkin kurang lagi, wallahu a'lam.
Buah cempedak
di luar pagar
Ambil
galah tolong jolokkan
Saya budak
baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Itulah cantiknya hakikat dengan syariat, ada pembayang dan ada maksudnya. Akan tetapi kalau syariat saja atau hakikat saja, mungkin pincang, dan bunyinya tak sesadap langsung
|
|
|
|