Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 

NUR MUHAMMAD
ASAS DARI AL-QURAN DAN HADITH
Ihsan Dari Muhammad Nasir [alkausar1@hotmail.com]
(Penghargaan kepada Sheikh Nuh Ha Mim Keller dan Prof. Dr. Abdul Hadi Palazzi terhadap sumbangan mereka dalam artikel ini.)

1. ASAS DARI AL-QURAN

1.1 Rasulullah s.a.w ialah cahaya dari Allah s.w.t., adalah sesuatu yang seseorang yang beriman boleh perkatakan kerana Al-Quran menjelaskannya pada ayat:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu Nur dari Allah, dan  Kitab yang nyata" (Qur’an 5:15).
Dimana, perkataan Nur pada ayat di atas telah dijelaskan pada beberapa ahli tafsir Al-Quran seperti berikut:
1.2 Penjelasan terhadap Rasullullah s.a.w sebagai yang pertama dijadikan, antara ulama Islam yang mengumpul usaha berkenaan keperibadian baginda ialah ulama' hadith (hafiz hadith) Jalal al-Din al-Suyuti  dalam dua jilid al-Khasa’is al-kubra, pada bab pertama , hadith pertama beliau telah dilaporkan oleh  Ibn Abi Hatim dalam Tafsir [tafsir Al-Quran] , dan oleh Abu Nu‘aym dalam  Dala’il al-nabuwwa , dengan beberapa rantaian perawian daripada Qatada yang melaporkannya daripada Hasan al-Basri, daripada Abu Huraira r.a, berhubung dengan ayat Al-Quran


"dan  ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi perjanjian setia mereka,
dan dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta. Nabi Isa
ibni Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka: perjanjian setia yang teguh ; " (Surah 33:7)

Bahawa Rasullullah s.a.w. berkata, "Aku adalah yang pertama dijadikan dan yang terakhir diutuskan." (al-Khasa’is al-kubra, ms. 3).

Perbezaan temporal(masa) adalah relatif dan ini adalah jelas jika dilihat pada hadith berikut:

Sahih Bukhari : Jld. 4, Bk. 55, # 621:

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasullullah s.a.w berkata, "Adam dan Musa bertelagah diantara satu dengan yang lain. " Engkau adalah Adam yang atas kesilapanmu mengeluarkan kamu dari Syurga." Adam berkata kepada nya, "Engkau adalah Musa yang Allah telah pilih sebagai PesuruhNya dan seorang yang Dia berfirman terus; akan tetapi engkau menyalahi aku bagi perkara yang telah tertulis di dalam ketetapan terhadapku sebelum kejadian ku?" Rasullullah s.a.w berkata dua kali, " Maka, Adam menguasai Musa."

1.3 Penjelasan bagi Ayat 26:217-219


"Wa tawakkal `ala al-`azizi-r-rahim al-ladhi yaraka hina taqum wa taqallubaka fis-sajidin"
(al-Shu`araa 26:217-219)

" Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,
     Yang melihatmu semasa engkau berdiri, Dan gerak-gerimu di antara
                      orang-orang yang sujud. "

Terjemaham secara dzahir ayat ini ialah Tuhan melihat Rasullullah s.a.w berada dalam beberapa pergerakan sembahyang semasa baginda sembahyang berjemaah;

Ibn `Abbas ibn `Abd al-Muttalib r.a. dan beberapa jumlah ulasan selepas beliau melihat ayat ini sebagai merujuk kepada Rasulullah s.a.w 'turun' menerusi keturunan baginda yang semua mereka tekun beribadat dan dari kalangan para ambia'.(lihat Qadi `Iyad di bawah)
ASAS DARI HADITH

Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa 'Nur'nya 'turun' menerusi keturunan beliau dalam 3 hadith berikut:


ASAS DARI SAHABAT r.a., TABI'EN DAN TABI'ET TABI'EN
Qadi `Iyad menyatakan, selepas merujuk kepada 3 hadith yang pertama di atas:

" Inilah apa yang dimaksudkan oleh al-`Abbas ibn `Abd al-Muttalib apabila beliau berkata:
.......Sebelum engkau datang ke dunia ini
engkau lah yang tebaik disebalik bayang bayangan dan di dalam diri
semasa mereka menutup diri mereka dengan daun daun
Kemudian engkau turun melalui masa
Semasa engkau dilahirkan, dunia menyinar
dan ufuk dicahayai oleh cahaya mu.
Kami berjalan in dalam sinaran itu
dan dalam cahaya dan laluan petunjuk yang benar "
Lain-lain rujukan sila lihat berhubung dengan tafsiran ayat terutamanya perkataan 'taqallubaka' dan 'sajidin' serta 'Lam azal unqal...'  pada hadith ke 3 diatas daripada:
  1. Suyuti dalam 'Masaalik al-Hunafa' fi waalidayy al-Mustafa ',
  2. Fakhr al-Din Razi dalam 'Asrar al-Tanzil'(ms 39-40.),
  3. Imam Shahrastani dalam 'al-milal wal-niHal'(ms 64),
  4. Imam Abul Hasan al-Mawardi dalam 'A`lam al-nubuwwa' (ms 67-68) dan,
  5. Abu Ja`far al-Nahhas dalam 'Ma`aani al-Qur'aan'
  6. Allama Shabbir Ahmad Uthmani, Tafsir Uthmani, terj. Muhammad Ashfaq Ahmad (Bombay: Taj Publishers, 1992) Jld. 2, ms. 1657.
Abu Ja`far al-Nahhas dalam 'Ma`aani al-Qur'aan' menyentuh penjelasan Ibn `Abbas dan menambah:
"Betapa baik penjelasan Shams al-Din ibn Nasir al-Din al-Dimashqi apabila beliau berkata:
"Ahmad maju sebagai satu cahaya yang besar yang menyinari pada dahi-dahi mereka yang sujud.  Baginda silih berganti di dalam mereka abad ke abad sehingga baginda menjelma sebagai terbaik dari para utusan."
Sebagai satu pendirian bahawa Rasullullah s.a.w adalah   bashar atau ‘manusia’, tiada kesangsian disini, kerana ia adalah Al-Quran dan Aqidah. Pun bagitu Al-Quran tidak cuma menjelaskan bahawa baginda adalah cuma seorang manusia, padahal lebih dari itu. Sebagai al-Busayri nukilkan dalam Qasida al-Burda :

Muhammad adalah seorang manusia,
   tetapi tidak seperti kemanusiaan
Baginda adalah permata,
   sementara manusia adalah batu.

Walaupun Rasullullah s.a.w adalah cahaya dari Allah s.w.t, baginda adalah cahaya yang dijadikan. Baginda tidak harus disamakan dengan bagaimana Kristian melihat 'Jesus' atau Hindu dengan Avatar mereka. Tidak mustahil jika itulah antara sebab Allah mengantikannya dengan Islam yang tulin kembali.

Penambahan seperti Nur Allah tidak seharusnya difahamkan sebagai sifat kepada Allah akan tetapi ia adalah satu contoh idafa tashrif seperti Baitullah bagi Kaabah di Mekah. Ia adalah satu sandaran pengiktirafan kemuliaan terhadap sesuatu itu DARI Allah dan bukan TERHADAP Allah. Pendirian ini adalah tidak keterlaluan dan tidak pula bertentangan kerana istilah seperti ini juga digunakan dalam Al-Quran, yang antara lainnya ialah seperti unta betina kaum Thamud yang dikenali dalam Al-Quran sebagai Naqat Allah. Nur Allah tidak seharusnya dilihat seperti Baitullah itu sebagai tempat tinggal Allah ataupun Naqat Allah adalah unta betina tunggangan Allah, nauzubillah.

Sebaliknya jika ada golongan yang cuba membolak balikkan kedudukan ini, maka pendirian mereka adalah keterlaluan dan jelas dari segi pemahaman, kematangan, tujuan dan motif.

Ketara pada penjelasan di atas, ulama-ulama tafsir dan hadith(hafiz) pada genarasi sahabat, tabien, tabiet-tabien atau lebih dikenali sebagai Salaf as-salihin dan kemudiannya generasi Khalaf as-sadiqin, telah masak dengan "Awaluddin Makrifatullah' masing-masing sebelum diiktiraf sebagai ulama' dalam bidang-bidang tersendiri. Justeru mempunyai asas yang kukuh untuk mempersoalkan aspek-aspek tasawwuf.

Agak menghairankan ada golongan yang boleh mempersoalkan perkara ini tanpa mempunyai asas langsung dalam bidang tasawwuf  tetapi sebaliknya cuma mempunyai asas fekah sahaja. Adakah cuma untuk memperkatakan kepada AWAM apa yang mereka tidak tahu itu adalah suatu perkara yang tiada ataupun salah disisi Islam? Adakah ini usul? Adakah mereka itu ISLAM? Atau cuma satu golongan muslim yang sama-sama meraba-raba mencari ISLAM seperti orang lain juga? Islam dan muslim adalah dua perkara yang berbeza.

Sesungguhnya nafsu adalah musuh golongan sufi yang paling di hormati.

Akan datang: Hakikat Muhammad: Kedudukannya dalam Tasauwuf.

Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu ini
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH