Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Alhamdulillah...bermula segala puji yang empat itu kembali kepada Allah, Tuhan yang memiliki segala sesuatu, Yang Maha Meniliki barang pekerjaan hambanya, Yang Melimpahkan Nur MakrifatNya, Yang Menyimbahkan Taufiq dan HidayahNya dengan penuh kasih sayangNya.

Pujian-pujian yang penuh kesyukuran ini, aku panjatkan pada Tuhan Yang Maha Agung kerana telah mengaturkan pertemuanku dengan sahabat-sahabat yang pernah satu ketika dulu bersama-sama memaknakan sebuah kehidupan. Ketahuilah wahai rakan-rakanku. Satu waktu dulu kita pernah melalui detik-detik 'tension' bersama-sama, kita pernah sama-sama cuba mendedahkan diri kepada penyesuaian bagi menjadi golongan profesional dan kita pernah sama-sama pening dengan paper Che Malik Habeeb. Ya....., aku pernah ada di sisi perjuangan kalian walaupun hanya dengan sekelibat(sekejap) sahaja. Kadang-kadang nostalgia itu sentiasa memutarkan kembali detik-detik bersama kalian.

Tapi kini, atas dasar sebuah kehidupan yang ada pengaturnya, kita terpaksa memilih haluan masing-masing. Jika ada terlintas pada fikiran kalian bahawa "Aji menolak tuah" atau "Aji bodoh" atau "Aji keras kepala" ketahuilah bahawasanya itu hanyalah sangkaan fikiran khayali kalian. Bukan aku tak boleh, bukan aku tak mampu dan bukanlah aku lembik sangat dalam menghadapi kesusahan seperti yang kalian alami sekarang..,tapi pilihanku ini adalah petunjuk yang dianugerahkan kepadaku yang perlu kupilih bagi memaksudkan cita-cita dan perjuanganku.

Betapa keinginan ku melonjak-lonjak dengan tawaran sebagai seorang graduan yang nantinya akan memainkan watak seorang librarian profesional. Betapa beratnya membuang ganjaran dan peningkatan status yang dijanjikan. Namun di sini aku dimaklumkan dan dipetuakan oleh hatiku bahawa bahawa pada tawaran itu tidak ada sesuatu yang boleh membantuku hatta suatu ilmu yang boleh kujadikan alat untuk memaksudkan cita-citaku. Jadi kita telah ditentukan dari Azali lagi untuk berpisah di sini. Itulah mungkin sebahgian makna yang terhimpun kepada pegangan kita yang mempercayai dan menyakini Qada dan Qadar Allah.

Kalian bahgia dengan apa yang kalian ada dan aku senang sekali dengan keadaan diriku kini. Kalian sanggup membayar cita-cita kalian dengan kesusahan dan keperitan di ITM demi untuk segulung ijazah dan peningkatan taraf hidup. Aku pula ditentukan untuk sanggup berkain pelikat untuk menolak tawaran itu Di sini..di pondok pengajian kita-kitab tua ini..,aku diperkenalkan dengan berbagai-bagai makna yang terhimpun pada maksud beragama, Ketuhanan Allah dan Hakikat Ibadat dan kediaman Kehambaan dan aturan penyempurnaan ibadat dll. Aku telah diizinkan untuk menyantap petunjuk-petunjuk tinggalan Sholihin dan Aulia Allah(konservertif ortodoks) yang amat sukar untuk ketemui dengan pengajian dunia(orientalis) walaupun dalam peringkat pra ijazah(KDPK). Kalian mungkin masih ingat akan pendirianku ini semasa pembentangan KBKK, Guru Sebagai Murabbi dan..., wakil kumpulan Subjek Gerko yang menyentuh hal kepimpinan. Pendek kata di mana ada peluang di situlah menilih keluar apa yang terbendung dalam jiwaku. Tidak kutemui teori atau ungkapan ilmu yang lebih sempurna yang dapat mematahkan teori dan ungkapan manusia pilihan yang berdiri di atas jalan yang lurus ini. Hasilnya dari pondok pengajian usang inilah.....

Bagi ku ia adalah sebuah unversiti unggul yanng terbuka. Terbuka tanpa sakatan Kurikulum malah sendiasa bersedia untuk menyimbahkan keberkatannyaa dalam mencari Ilmu Yang Hakiki. Jadi inilah jalan yang menjadi pilihanku.sebagimana kalian berhak di atas jalan pilihan kalian. Namun kita masih mempunyai hubungan yang intim sebagai makhluk Allah yang setaraf kejadiannya. Aku akan tetap mengingati kalian dan akan tetap menghubungi kalian. Itu pun jika aku masih lagi diterima sebagai rakan-rakanmu atau apa saja panggilan asalkan maksudnya "terus berhubungan"

Untuk itu, bagi memaksudkan sebahagian daripada wajah hubungan itu ....maka.....dengan apa yang terdaya setakat yang diizinkan Allah, aku lahirkan Suluk Homepage yang kuqasadkan sebagai bahan perkongsian yang ketika bersama dulu aku tak mampu untuk sebarkannya pada kalian. Semoga kecuaianku dulu tertebus dengannya dan diharap aku tidak lagi akan dituntut atau didakwa pada hari Masyar nanti.

Tidaklah aku berniat untuk menunjukkan Alimku dan membanggakan kebolehanku membina website itu. Tapi percayalah, Allah bisa memberikan rezeki(ilmu,makrifat,tauhid, skill,keistimewaan) kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya walaupun tanpa kehendak seseorang. Aku hanya sebagai pemegang amanahnya dan salah satu daripada tugasku(ibadatku) ialah mengagihkan kepada kalian nikmat rezeki kurniaanNya.

Untuk itu, besarlah harapanku agar kalian dapat memanfaatkan apa yang telah kuusahakan. Kutiplah mutiara-mutiara, perhiasan dan persalinan hamba yang diredhoi Allah untuk dipakaikan kepada kehidupan kalian. Semoga dengan pakaian-pakaian tersebut, Allah memberkati dunia kalian dan merahmati kehidupan kalian.

Sepuluh jari kususun memohon maaf di atas kesalahanku, kelantanganku, kedegilanku dan kesusahan yang kubebankan kepada kalian dulu. Halalkan segala apa yang termakan dan terminum. Biarlah kita bereskan persoalan kita didunia ini semoga di padang masyar nanti tiada sangkutan lagi antara kita. Aku sentiasa mendoakan kejayaan cita-cita kalian dan kutagihkan jua doa pada Allah untuk jalan kebahagiaan akhirat nanti.

Untuk Suhaimi (bekas KK), hang memang baik cuma perlu adjust sikit your approach/stail.

Untuk Salleh Kadhi Johor, memang sahih anak hasil dari Whoti Syubhat sabit keturunannya dan apa-apa yang berkait dengan hukum keturunan seperti layak menerimaa pesaka dsb. hang kena ingat hukum ini daaan sampaikan kepada kadhi-kadhi lain. Istimewanya Tok Kadhi ini ialah bijak dalam mengatur strategi 'meniru' dalam open test..

Untuk Shes, kau berjaya membawa watak yang kontradik and you are smart.

Untuk Mat Jawa, your are always lucky in your life.

Untuk Sahudin, you are cool but sometime berpeluh expecially presenting English.

Untuk Rosli Baling, kelembutan anda adalah kuasa dalam berkumpulan.

Untuk Yang tua berjanggut, hang jangan lupa pada Capati yang pernah dihulurkan pada Aji.

Untuk Zairi, kau banyak membantu kami dengan approachmu yang low profile.

Untuk budak nakal dua ekoq tu, hang jangan lupa yang hang pernah telan gulai darat masakan Aji.

Untuk Ain, kehadiran anda sebagai penyejuk(air-con) bilik kiliah. Anda baik sekali.

Untuk Eton, jarang-jarang kikirlah lidah murai tu untuk suara yang boleh masuk bawa bertanding.

Untuk Kak Sal...mula-mula payah, berat lepas tu mudah dan berat but you still go on. So, go on.

Untuk The Fatty Sister, Ani, Kiah and Zubaidah, tolong-tolonglah eskot dan jaga budak-budak nakaltu. Anda bertiga memang peramah dan mudah mesra.

Untuk PPS2 you all are very kind and sporting to me.

Semoga kalian semua senang dengan kehadiran Aji dan semoga anda akan sentiasa mengingati Aji dalam doa kalian.

Anda semua dijemput berkunjung di Suluk Website at http://members.tripod.com/~suluk/

dan kenali Suluk di sana. My email is mnie@tm.net.my

Jazakallahu-khoir

Suluk98/Aji97