Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Keterangan Perihal Proses dan Tingkat Ilham

Dari seluruh keterangan Imam Ghazali mengenai "ILHAM" tadi, kita dapat mengikuti proses Ilham,

Ketika menerangkan tentang wahyu dulu, proses itu

Kedua-duanya meskipun dari segi hakikat yang Esa, tetapi arah perjalanannya berlainan,

satu dari bawah ke atas dan,

satu lagi dari atas ke bawah.

Dengan dua cara ini, Imam Ghazali bermaksud hendak menyatakan bahawa "WAHYU" bukanlah bermula dari Jiwa, tetapi bermula dari Al-Aqlul Kulli yang telah diangkatkan hijab di antaranya dengan Zat Allah. Al-Aqlu Kulli ini sebagai guru menerangkan sesuatu yang tiada pernah diketahui oleh jiwa. bila sang guru ini memberitahu, barulah jiwa mengetahui; Jadinya "WAHYU" adalah pemberitahuan maklumat yang tiada diketahui sema sekali sebelumnya.

"ILHAM" pula bermula dari Jiwa. Ia berfikir dan berfikir tentang apa yang telah diterangkan oleh Wahyu. Umpamanya tantang rahsia di sebalik sesuatu ayat Al-Qur'an atau berfikir tentang simpang-siur fakta-fakta yang terdapat di alam sekitar; Semuanya ini menjadi kemusykilan-kemusykilan yang tiada terjawab. Ia mengharap kepada batinnya untuk memohon bantuan

Jadinya "ILHAM" adalah pemberitahuan maklumat yang telah diketahui asasnya. Cuma ia memperlebarkan sahaja maklumat ini menjadi lebih lanjut dan lebih jelas dari sebelumnya.

Inilah maksud yang terkandung dalam perkataan Imam Ghazali di atas;

"Wahyu adalah penerangan urusan ghaibi, manakala Ilham adalah pemaparannya".

Berdasarkan pengertian yang demikian, kita akan melihat dalam fasal yang terakhir nanti Imam Ghazali membuat syarat untuk mendapatkan Ilmu Ilham(Ilmu Laduni) bahawa tiap-tiap seorang hendaklah terlebih dahulu mempelajari dasar-dasar semua ilmu di alam nyata ini. Ilham tidak datang dalam sesuatu masalah yang tiada diketahui sama sekali.

Apa yang telah diterangkan di atas adalah dipandang dari segi luar dan kemudian dalam cara penerangan Imam Ghazali mengenail Ilham dan Wahyu. Dari segi yang lain, cara penerangan beliau mengenai ilham adalah merupakan suatu susunan tingkat-tingkat ilham. Dari keterangannya kita dapat membahagikan Ilham kepada tiga tingkat penting iaitu;

Ilham Tingkat Rendah

Ilham Tingkat Tengah

Ilham Tingkat Tinggi

Kembali Ke Tajuk Cara dan Kaedah Mendapatkan Ilmu