|
Dan adalah sebab buta mata itu dengan tiga perkara. Telah menyebutkan Sheikh Abu Hassan Syazili r.a dalam katanya....Bermula buta mata hati itu tiga perkara;
Keterangan
Suluk.
Adapun mengikut keterangan guru suluk, yang dimaksudkan dengan tamak pada makhluk di sini ialah "kasih atau cinta atau cenderung hati atau rakus" kepada tiap-tiap sesuatu yang selain daripada Allah. Ianya mempunyai pengertian yang boleh dibahagikan kepada beberapa pokok utama seperti;
Keterangan Tok Pulau Manis yang seterusnya.
Maka tatkala buta mata(hati) itu, (nescaya) berhadaplah(berpaling hati)
kepada makhluk dan berpalinglah daripada Haq Taala. Maka (kerana)
inilah isyarat Muallif (Sheikh Ibni Athoillalah As-Kandariyah) dengan katanya;
(berpusing-pusing di tempat yang sama) |
Yakni; jangan engkau berjalan dengan hatimu daripada suatu KUN kepada suatu KUN seperti bahawa engkau mengerjakan satu amal kerana menuntut darjat yang tinggi dan beroleh yang tinggi pada segala Maqam hingga tiada berkehendak kepada dunia kerana menghendaki akhirat. Maka yang demikian itu kurang dalam "HAL" dan bercampur dalam ikhlas amal. Dan (adalah) segala KUN itu bersamaan dalam keadaan agyar(sesautu yang melalaikan) jikalau didapati dalam setengah itu Anwar.
Keterangan Suluk.
Istilah "KUN" yang digunakan dalam kalam hikmah di atas membawa maksud "segala sesuatu yang dijadikan" atau maksud yang lebih mudah iaitu "MAKHLUK". Ini adalah kerana sesuatu yang dijadikan oleh Allah Taala adalah merupakan makhluknya. Maksud "makhluk" bukanlah sekadar apa yang terlihat oleh mata kasar ini sahaja tetapi ianya jauh melewati batas penglihatan mata zhohir kita yang terdiri dari;
Seorang Salik yang berjalan hatinya menuju kepada Allah dengan berbagai-bagai mujahadah dan amalan-amalan yang tertentu sama ada amalan umum atau khusus adalah diibaratkan sebagai seorang yang berjalan;
Dengan tujuan yang suci dan mulia ini, kalam hikmah di atas cuba mengingatkan Salik bahawa perjalanan yang mereka tujui nanti janganlah diselewengkan kepada sesuatu kepentingan yang lain seperti darjat ketinggian dan kemuliaan untuk mencapai maqam-maqam yang tinggi di sisi Allah. Biarpun mereka telah berjaya membuang keinginan pada kedudukan mulia di dunia ini, tetapi jika masih lagi inginkan sesuatu yang kedudukan yang mulia di akhirat, ini masih menunjukkan "kurangnya hemah" mereka atau "Hal" mereka serta masih belum kholis(bersih) keikhlasan mereka dalam beramal.
Mengikut pandangan orang-orang Arif, bermula segala KUN itu adalah bersamaan nilainya dari segi nisbah jika ianya boleh melalaikan seseorang. Tidak kira sama ada ianya;
Dari kerana inilah Tok Pulai Manis meneruskan penjelasan beliau lagi dengan keterangan selanjutnya seperti berikut;
Dan barangsiapa mengerjakan amal kerana menuntut darjat yang tinggi pada "DUNIAWIYYAH" dan pada "UKHRAWIYYAH", maka sanya adalah ia berjalan(beramal); maka jangan engkau jadikan AKUAN itu tempat (tuju) perjalanan bagimu. (Jika engkau tuju juga kepada AKUAN) maka adalah engkau itu seperti berjalan himar yang mengisar gandum di mana bermula perjalanannya, itu jugalah kesudahan perjalanannya.
Keterangan Suluk.
Keterangan di atas cuba memberi peringatan dan nasihat kepada mereka yang beramal dan beribadat supaya mengikhlaskannya semata-mata hanya kepada Allah Taala semata-mata tanpa sebarang tujuan dan maksud yang lain. Kiranya maksud beramal itu bertujuan untuk mencapai darjat yang tinggi sama ada berbentuk "keduniaan" atau pun "keakhiratan" seperti yang telah dihuraikan di atas, maka mereka telah menjadikan "AKUAN" atau makhluk sebagai tempat tujuan mereka, bukannya kepada Allah Yang Haq, sedangkan Allahlah yang menjadikan dan menzhohirkan segala sesuatu itu.
Maka tujuan amalan mereka itu diibaratkan sebagai
seekor "HIMAR" yang mengisar gandum di mana perjalanannya tidak ke mana-mana
malah hanya berpusing-pusing ke tempat yang sama mengikut kisaran gandum
itu. Bukankah ini menunjukkan satu kebodohan dan sesuatu yang keji
jika dinisbahkan kepada manusia istimewa yang diberikan akal fikiran untuk
mengenal TuhanNya.
Dari kerana itulah Tok Pulau Manis meneruskan penerangannya dengan kata-kata seperti berikut;
Dan diumpamakan dengan himar itu (adalah kerana himar itu terdiri) daripada (sesuatu) yang terlebih sangat keji dalam hal pekerjaan bagi yang lain daripada Allah Taala daripada segala AGYAR dan jikalau ada setengahnya itu Anwar(cahaya) sekalipun.
Keterangan Suluk.
Jikalau sesuatu yang boleh memberikan cahaya itu
dibilangkan sebagai sesuatu yang melalaikan (AGYAR), maka lebih teruk
lagilah sesuatu ibadat yang ditujukan kepada sesuatu yang tidak mempunyai
apa-apa cahaya seperti inginkan kemegahan, kemasyhuran, ketinggian dan
sebagainya itu. Oleh itu.....tinggalkanlah sesuatu yang bodoh dan
keji itu dan tujuilah perjalanan hati anda menuju kepada Yang Haq
seperti mana maksud Kalam Hikmah yang telah
dinyatakan oleh Tok Pulau Manis sebagaimana berikutnya;
|
Ke
pengajian yang seterusnya.......
Allahhu A'lam
|
|