![]()
Kalam Hikmah 2
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
Kata Sheikh R.A yang bermaksud :
|
Berkehendak engkau akan tajrid beserta mendirikan Allah akan dikau pada segala asbab adalah setengah daripada syahwat yang tersembunyi. |
Huraiannnya
Barangsiapa yang telah ditentukan oleh Allah hidup dalam keadaan membina dan mencorak kehidupan mereka dengan cara berusaha dan bekerja tetapi bercita-cita ia mahu keluar daripada jalan usaha atau asbab ini dengan tujuan untuk semata-mata beribadat secara khususiah kepada Allah tanpa memikirkan tentang kehidupan dunianya maka yang demikian itu adalah timbul dari nafsu keinginan jahat yang tersembunyi. Hanyasanya adalah ia daripada syahwat kerana tidak mahu menerima hakikat bahawa itulah ketetapan Allah yang dikehendakiNya sedangkan kehendak hamba itu menyalahi yang demikian itu.
Keterangan
Hanyasanya
adalah syahwat itu tersembunyi kerana bahawasanya pada zahirnya menampakkan
seakan hamba itu bercita-cita untuk keluar daripada nafsu dan sememangnya
hal yang demikian itu adalah dituntut dan dikehendaki oleh Allah Taala.
Tetapi satu hal yang perlu dingat ialah sesuatu kehendak atau cita-cita
besar itu hendaklah berlandaskan dengan keredhaan
Allah bukannya daripada keredhaan nafsu.
Sesungguhnya
apa yang diredhoi oleh Allah Taala akan dirimu ialah berdiam(tetap) pada
apa yang telah didirikan Allah atas engkau sama ada pada makam asbab(golongan
yang bekerja dan beribadat)atau makam tajrid(semata-mata
beribadat kepada Allah tanpa memikirkan usaha dan tanggungjawab kepada
ahli keluarga).
Kata
Muallif(pengarang) Kitab Tanwir Qulub bermula yang dikehendaki hak Allah
Taala akan dikau ialah bahawa diam(tetap dalam sesuatu hal) kepada yang
telah didirikan Allah akan dikau hinggalah ke satu masa di mana Allah memerintahkan
keluar engkau ke satu hal atau makam yang lain sebagaimana Allah memerintahkan
masuk engkau kepadanya dulu.
Dan kata Sheikh Hijazi bermula Iradat(kehendak) itu tiga perkara iaitu;
Iradat
Al-Tob'i iaitu kehendak yang takluk
dengan kepada bahagian nafsu dan keluar daripadanya adalah WAJIB. Bahagian
nafsu ini ialah seperti kehendak kepada kemasyhuran, pangkat, kedudukan
atau berlazat-lazat pada makanan dan pakaian serta lain-lain lagi.
Iradat
Al-Tamni iaitu kehendak bagi segala
Ahli Tawajuh(yang selalu berhadap hati kepada Allah) yang Salik(mereka
yang dalam permulaan perjalanan menuju kepada Allah). Mereka ini hanya
berkehendakkan kepada kurnia Allah semata-mata.
Iradat
Al-Haq iaitu kehendak yang takluk pada
keikhlasan dan hakikatnya itu menyucikan amalan yang mereka kasih daripada
syirik Jali(nyata)
dan syirik khofi(tersembunyi).
Maka
syirik khofi itu ialah seperti bahawa engkau jadikan kehendak bagimu itu
serta Allah atau engkau lihat bagimu wujud(kita
ada Allah ada=dua wujud). Maka apabila
telah ikhlas engkau daripada penyakit lalai itu dan telah Allah hapuskan
hukum maksiat pada sekalian itu maka jadilah engkau serta Allah tiada dengan
kun(terhijab dengan alam benda).
Sesungguhnya
menetapkan Allah akan dikau dalam segala asbab dan berkehendak engkau tajrid
menunjukkan masih lagi tinggal syahwat dan nafsu yang tersembunyi. Tiada
dinyatakan(diketahui) di atas seseorang hamba melainkan kepada segala orang
yang Ahli 'Inayah kerana
bahawasnya syahwat itu tiada jadi ia melainkan daripada nafsu sama ada
yang bangsa dunia atau bangsa akhirat.
![]()
Sila lihat juga tajuk/fasal lain di bawah
|
Semoga Allah memberi anda petunjuk dan hidayahnya. |
|
TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN DENGAN BANTUAN ALLAH DAN KURNIA RAHMATNYA |