Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Ruh Yang Tidak Dijadikan dan
Ruh Yang Dijadikan

Fakir yang  haqir lagi jahil mula berbicara dengan Taufiq  yang  diberikan  oleh Allah Taala.

Seorang  Ahli Sufi berkata;

Sifat melihat tidak terzhohir dalam dunia jika tidak ada daya atau kebolehan melihat,  dan kebolehan melihat itu pula tidak terzhohir jika tidak ada anggota pelihat(mata).  Sifat dizhohirkan melalui kebolehan dan ini dalam syariat digelar "malaikat" dan dalam istilah orang-orang sufi dinamakan "ruh".  Perkataan kebolehan atau daya itu digunakan oleh orang-orang falsafah.  Dunia ini adalah penzhohiran sifat-sifat Allah.  Tiap-tiap sifat mempunyai kebolehan;  dan kebolehan ini disalurkan kepada anggota yang nampak dalam dunia ini.  Kebolehan ini ialah dalam Alam Malakut,  dan sifat dalam Alam Jabarut.

Semua anggota badan adalah penzhohiran sifat.  Orang yang melihat dengan mata batinnya atau ruhnya akan nampak sifat-sifat Allah dalam cermin anggota badannya,  dan dia menjadi  pelaku dalam sifat-sifat ini.   Jadi.....dalam mata batin atau ruh manusia itulah terdapatnya  kebolehan itu.

Tahap atau darjah kebolehan-kebolehan itu pula bergantung kepada persedian dan kesucian mata batin itu untuk menerima pancaran Nur  yang melepasi alam-alam darii peringkat bawah dari Alam Mulki atau Alam Syahadah iaitu dalam Alam Malakut  kepada  Alam Jabarut dan Alam Laahut.  Sesungguhnya kebolehan itu jugalah hanya dimiliki oleh makhluk ciptaanNya yang istimewa iaitu manusia kerana;. "Allah menjadikan Adam menurut bayanganNya"  (Al-Qur'an)

Firman Allah  dalam Hadis Qudsi yang bermaksud;

Telah  Aku memperbuatkan di dalam rongga anak Adam itu suatu mahligai dan adalah

Adapun sebab dinamakan Shodrun itu kerana tempat terbit ISLAM  seperti firman Allah Taala yang  bermaksud;   "Adakah sama bagi orang yang dibukakan Allah akan dadanya(Shodrahu lil Islam) kepada Islam yang mulia,  maka adalah ia beroleh  cahaya daripada TuhanNya".

Adapun sebab dinamakan Qalbun itu kerana adalah ia tempat terbit Nur Imannya  seperti firman  Allah yang   bermaksud; "Mereka itulah yang disuratkan Allah Taala di dalam hati mereka (Quluubihimul Iman) akan Iman.

Adapun sebab dinamakan Fuaadun   itu kerena  ia tempat terbit makrifat padanya seperti firman Allah yang bermaksud; "Tiada dusta sekali-kali  Fuad itu daripada barang yang dilihatnya".

Adapun sebab dinamakan Lubbun itu kerana ia tempat terbit Tauhid seperti firman Allah yang bermaksud; "Bahawasanya adalah pada 'Keesaan' itu beberapa tanda bagi yang berakal (Li uli albab)".

Dan sebab dinamakan Shoghaafun itu kerana ia tempat terbit mahabbah seperti firman Allah Taala (Qad shaghofa'aha hubban) yang bermaksud; "Hanya sanya terlalu sangatlah berahi Zulaikha itu kasih akan Yusof".

Adapun  makna Sirrun itu seperti kata  Sheikh Qasim Khan pada kitabnya yang bernama "Siirul Suluuki Ila Maliki Muluk" yang bermaksud;

"Bermula Sirrun itu suatu yang halus yang  bangsa  Rabbaniyyah dan iaitu di dalam batin Ruh"

dan kata  setengah ulama sufiah adalah makna sirrun itu ialah;

"Perkataan yang tersembunyi yakni percintaan atau perjanjian yang khofi(tersembunyi) pada batin ruh tergerak-gerak yang ghaib dan tempat musyahadahnya itu  Alam Malakut serta Haq Taala sekira-kira adalah ia mendengarkan Kalam Allah pada tempat yang berlaku segala  sifat Allah Taala di dalam ghaib dan tiada dapat melihat akan Dia"

Dan sirru sirri iaitu di balik tirai di atas Alam Malakut dan musyahadah ia akan Alam Jabarut serta Mu'ayanah ia akan Zatnya dan segala sifatnya dan segala 'ajaib Anwar Allah.  Maka dikenalkannya Allah dengan Allah dan sebab itulah Firman Allah Taala di dalam Hadis Qudsi dengan katanya "Wa fi Sirri Ana) yang bermaksud; "Di dalam sirri itu Aku".

Dan padanya (Alam Laahut atau Alam Sirri) itu

Maka dinamakan tatkala itu "KaabatulLah" dan "Mahligai Allah" dan "Rumah Allah"  yakni murad(maksud) daripadanya tempat TajalliNya dan tempat tilikanNya dan tempat rahsiaNya dan patutlah baginya menanggung Amanah Rahsia Allah dan dapatlah ia mengenal Allah dengan Allah.

Makna Tajalli ialah barang yang  dibukakan bagi hati orang  Salik itu daripada beberapa Nur yang datang daripada ghaib.  Jika daripada ZatNya tiada diiktibarkan SifatNya dinamakan Tajalli Zat dan  jika daripada Sifat  dinamakan Tajalli Sifat  dan jika  Asma maka dinamakan Tajalli Asma dan jika daripada  Afaal maka dinamakan Tajalli Afaal.

"Sir"  ialah Hakikat Muhammad.  Di atasnya adalah tidak ada had.  "Aku" ialah menunjukkan kepada tidak ada had itu.

Abu Bakar Maqti berkata;

Ruh ialah "perintah" (Amar) Allah dan tidak termasuk kelas yang diperintah seperti malaikat,  jin,  binatang,  tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.  Allah ada berfirman yang bermaksud;  "Aku hembuskan (pada Adam) daripada Ruhku" Surah Shod: 72;  dan dalam Surah Shod:75 yang bermaksud;  "Aku jadikan dia(Adam) dengan kedua-dua tanganKu".  iaitu Jalal(Keagungan) dan Jamal(Keindahan).

Ruh "yang tidak dijadikan" ialah Hakikat Muhammad(Wahdah);  di bawah daripada itu ialah Hakikat Insan(Wahdiah).  Ruh "yang dijadikan" ialah dari Aqal Kulli ke bawah hingga hingga Insanul Kamil.  Ruh insan adalah abadi.  Ruh "yang tidak dijadikan" itu ada juga digelar "Sir".  Semua ruh individu adalah bayangan dari ruh itu.  Itulah Ruh "yang dihembuskan" (Aku hembuskan  dari RuhKu).

"Kemana sahaja kamu hadapkan di sanalah nampak wajah Allah".



 
Wahyu adalah penerangan Urusan Ghoibi manakala Ilham ialah pemaparannya. Inilah sebahagian daripada pemaparan Urusan Ghoibi(Wahyu) dari firman Allah;

'Lalu kami hembuskan padanya dari ruh kami.'(Surah Al-Tahrim ayat 12)

                                                                                     12.55 pm 06. 02. 2000 /  30  Syawal 1420

 
Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu ini
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH