![]()
[Permulaan Haid][Perkara Yang Ditegahkan Waktu Haid]
Haid menurut bahasa ialah 'ASSAILAA' yang bermaksud ' mengalir'.
Haid menurut syarak pula ialah
Darah yang keluar dari hujung rahim perempuan pada ketika sihat pada waktu tertentu.
Dalil mengenai haid ini terdapat dalam Al Quran dengan firman Allah yang bermaksud :
Contoh Masalah
Jika kapas dimasukkan ke dalam faraj (vagina) nescaya nampak berlumuran dengan darah, walaupun darah itu tidak keluar ke batas yang wajib dibersihkan sewaktu beristinja (menghilangkan barang di atas faraj dengan air atau lainnya).Dan sesungguhnya dikirakan darah yang keluar sehari semalam itu dengan dengan jalan (hal) berhubung, iaitu tidak putus-putus selama 24 jam. Inilah waktu haid yang terpendek dan tidak akan tergambar waktu yang terpendek itu kecuali dengan berhubung antara darah-darah yang terputus. Jika darah yang keluar tidak berhubung darah maka dihukumkan darah yang itu terputus-putus, maka akan terjadi dua keadaan sama ada;
Peringatan;
Perempuan yang meninggalkan sembahyangnya dalam masa naqa' di mana masa datang haidnya terputus-putus maka wajib di atasnya mengqadakan sembahyangnya selama waktu yang ditinggalkan .
Adalah selama-lamanya waktu haid itu lima belas hari sekalipun tidak bersambung terus. Adapun waktu yang gholib(normal) ialah enam hari atau tujuh hari. Batas waktu yang diterangkan di atas adalah hasil dari penelitian Imam Syafi'i.
Sekurang masa suci antara dua masa haid ialah selama lima belas hari kerana dalam sebulan kebiasaanya tidak terlepas ada waktu haid dan suci. Kalau waktu terpanjang haid itu lima belas hari maka sekurang-kurangnya masa suci juga ialah lima belas hari. Dikeluarkan(tidak termasuk) dari apa yang dikatakan antara dua haid iaitu; suci antara masa haid dan nifas. Maka harus(mungkin) bahawa masa suci itu kurang dari lima belas hari, baik haid lebih dahulu dari nifas atau nifas lebih dahulu dari haid.
Tidak ada batas masa suci yang terpanjang kerana ada perempuan mungkin tidak pernah haid kecuali hanya sekali dalam seumur hidup atau tidak pernah haid sama sekali. Namun kebiasaannya masa suci ialah baki (sisa) dari sebulan sesudah masa haid yang Gholib(kebiasaan).
Dalam huraian terdahulu diterangkan masa haid yang biasa adalah enam hari atau tujuh hari, maka bererti masa sucinya dua puluh empat hari atau dua puluh tiga hari jika bulan itu genap tiga puluh hari. Dan kalau bulan itu hanya dua puluh sembilan hari bererti masa sucinya 23 hari atau 22 hari.
Jika seorang perempuan yang sudah menjadi kebiasaannya seperti bahawa masa haidnya kurang dari masa yang terpendek atau lebih panjang dari masa yang terpanjang seperti yang disebutkan di atas, tiadalah diikuti akannya kerana menyalahi dari hasil penelitian Iman Syafi'i dan para ulama kerana kajian dan pemeriksaan mereka lebih sempurna. Darah yang keluar tadi ditanggung (dihukumkan) sebagai darah fasik (penyakit) kerana menyalahi dari hasil penelitian mereka.
Perkara Yang Ditegahkan(Haram) Semasa Haid
Diharamkan bagi yang haid dan nifas segala yang diharamkan bagi orang yang junub seperti;
1.
Melintasi dalam masjid jika ditakutkan darah akan terjatuh ke lantai demi
memelihara kesucian masjid dari najis. Dan jika tidak takut terjatuh maka
tidak diharamkan melintasi dalam masjid tetapi ianya hanya makruh. Orang
yang haid hal keadaannya samalah seperti orang yang ada pada pakaiannya
atau badannya atau sandalnya yang dibawanya ada najis yang basah, maka
haram baginya melintasi masjid. Tetapi kalau tidak ditakutkan darahnya
jatuh tidaklah haram dan tidak pula makruh. Ini lah perbezaan orang yang
menanggung najis dengan perempuan yang haid kerana ainnya sudah najis dan
bukan 'ahli ibadat' sepanjang ia ada haid.
2.
Mandi atau tayamum kerana mengangkat hadas atau kerana ingin melakukan
ibadah diharamkan kerana haid dan nifas, terkecuali mandi sunat dalam melaksananakan
ibadah haji maka iaitu sunat pada ketika itu.
3.
Puasa iaitu haram kerana haid dan nifas dan lagi tidak sah menurut ijmak
kerana Nabi SWT. ada bersabda:
Apabila adalah hukum mengqadhakan sembahyang tadi dikatakan haram atau makruh apakah sah sembahyangnya atau tidak? Maka yang dianggap kuat oleh Syekh Khatib Syurbaini di dalam kitabnya yang bernama "Mugni" dan Sheikh Ibni Hajar dalam kitabnya "Tuhfah" bahawa sembahayang tidak sah. Namun yang dianggap kuat menurut Syekh Ramli di dalam kitabnya "Nihayah" sembahyangnya dianggap sah.
4.
Menyentuh antara pusat dan lutut tanpa lapik sekalipun tidak dengan syahwat,
baik yang menyentuh dengan tangan, kaki, zakar dan lainnya, baik yang menyentuh
zakar tanpa melakukan 'woti'(persetubuhan) dan tidak berlapik atau sekalipun
dengan 'woti' dan berlapik. Maka semua itu diharamkan bagi yang haid dan
nifas. Sebahagian ulama berkata tidak haram menyentuh antara pusat dan
lutut selain dari 'woti'. Ada pun melakukan persetubuhan dengan perempuan
yang haid sedang darah haidnya masih keluar termasuk ianya dalam perbuatan
dosa besar, kalau ia tahu tentang haramnya dan dengan sengaja dan kalau
menghalalkannya jadi kafirlah ia. Adapun ada ulama yang berpegang kepada
halal melakukan persetubuhan kemudian daripada putus darahnya dan sebelum
mandi lagi seperti kuning dan keruh, tidaklah menyebabkan ia kafir seperti
yang tersebut dalam kitab "Anwar" dan kitab lainnya bahawa dalam masalah
ini para ulama berbeza pendapat (khilaf).
5.
Haram suami menalak isterinya pada saat haid dengan syarat yang akan diterangkan
pada tempatnya, yakni haram disebabkan haid dan nifas kerana akan hasil
mudhorat(merugikan) bagi perempuan itu disebabkan panjang idahnya kerana
pada masa haid dan nifas tidak dihitung dalam masa idah.
Apabila darah haid dan nifas telah berhenti maka halallah baginya mandi untuk mengangkat hadas atau tayamum. Dan tidak halal sebelum mandi dan tayamum semua yang diharamkan melainkan dua perkara berikut;
![]()