Saudara-saudara Ku,
Inilah perhimpunan Zat dengan Sifat
Inilah perhimpunan Jalal dengan Jamal
Inilah perhimpunan Khalik dengan Mahluk
Inilah perhimpunan Hu dengan Allah
Inilah perhimpunan Aras dengan Kursi
Inilah perhimpunan Luh dengan Kalam
Inilah perhimpunan Neraka dengan Syurga
Inilah perhimpunan Bumi dengan Langit
serta semuanya di dunia dan akhirat
nyawa dan badan
bulan dan matahari
dihimpunkan kepada
Roh Al Kudus
dan ditahakikkan kepada
ALIF Allah
Inilah yang bernama Muhammad
Noktah pun namanya
Iradat pun namanya
Allah pun namanya
Sifat pun namanya
Tiada Ia maka tiadalah tujuh lapis langit
dan tujuh lapis bumi
nyawa dan badan pun tiada
dunia dan akhirat pun tiada
Allah dan Hu pun tiada
ALIF lah Awal dan Akhir,
Zahir dan Batin
Saudara-saudara Ku,
Setahu saya kembar kita ada empat tapi baru-baru ini saya dimaklumkan
bahawa kembar kita ada 6 iaitu termasuk malaikat-malaikat (seperti Mikail,
Izrafil, Israil). Jika tidak menjadi keberatan kepada saudara-saudara,
mohon dapat diaturkan satu persatu.
Wassalam.
Habib
Saudara-saudara ku,
Ini satu bicara mengenai Alif pada usul tahakik yang saya ketahui.
Mudah-mudahan ianya dapat menambahkan pengetahuan kita. Sekiranya saudara-saudara
ingin membuat penambahan untuk menjelaskannya lagi, maka ianya sangat dialu-alukan
untuk faedah bersama.
Ini satu bicara pada menyatakan usul tahakik jalan syariat, awal permulaan
dengan ALIF. Adalah ALIF itu dalil menyatakan Zat. Huruf Alif maknanya
Zat. Martabatnya Ahdah jadi Alif itu ( Alif di atas, Alif di bawah, Alif
di hadapan). Adapun Alif yang pertama itu kelimpahan Zat. Maka jadilah
ia Sifat, Asma, Afaal. Maka sekelian itu kadim martabatnya Ahmadiah, Esa
Zat semata mata atau syir Allah. Ialah asalnya niat yang tiada huruf dan
suara, maka lafaznya USALLI yang bererti Aku Sembahyang iaitu Sifat Nafsiah,
suatu Ujud Allah. Adapun Alif baris diatas itu menyatakan Sifat, hurufnya
Lam awal. Oleh itu yang pertama-tama terjadi sifat Allah ialah Noor Muhammad
dan Imanpun ia juga dan Ayan Nabatat dan Ialah Ujud Ibafi, dan Ujud Ibafi
itu ialah Insan Kamil. Insan Kamil itu ialah asal fardhu yang sebenar-benarnya
fardhu. Maka jadilah sifat Maani iaitu tujuh sifat iaitu Kudrat, Iradat,
Ilmu, Hayat, Sama, Basar dan Kalam. Adapun Alif baris dibawah itu menyatakan
Asma; hurufnya Lam akhir. Martabatnya Ta'yin Sani ertinya yang kedua maka
roh yang terjadi ialah roh Adam. Maka dengan kebesaran dan kelimpahan roh
itu jadi tubuh Adam. Adapun Alif dihadapan itu menjadi hati maknanya Afaal.
Jadi hurufnya Alif Lam Lam Ha, maka berhimpun huruf yang empat itu maka
baharulah bernama 'Allah' yang bermakna Zat, Sifat, Asma, Afaal. Alif dihadapan
itu menyatakan Afaal martabatnya Alam Roh. Sifatnya ialah sifat Maknoyah
iaitu tujuh: Kadirun, Muridun, Alimon, Haiyon,Samiun, Basiron, dan Mutakalimun.
Maka jadilah Akhbar itu batin takluknya kepada sifat Nafsiah, Ujud yang
tunggal adanya.
***
Saudara-saudara Ku,
Sebenarnya saya di sini ada sedikit kemusykilan. Mohon sekiranya saudara-saudara
dapat membantu. Seperti yang saudara-saudara sedia maklum bahawa surah
fatehah itu ada tujuh ayat. Pernah saya diberitahu kalau tidak silap empat
ayat untuk Allah, tiga ayat untuk kita. Kalau dilihat dari maksud ayatnya
dapatlah saya katakan bahawa empat untuk Allah bermula dari ayat Alhamdulillah...
hingga Iyakanaqbudu waiyakanastain. Manakala tiga untuk kita ialah ayat
yang seterusnya hingga akhir. Saya bertanya apa-apa ayatnya tetapi saya
tidak diberi jawapan. Sebaliknya saya dikatakan tidak mengamalkannya. Pada
pendapat saya, tahu atau tidak perkara ini tidak menjadi satu perkara yang
besar. Oleh kerana saya mula teringat perkara ini maka saya minta jasa
baik saudara-saudara dapat menerangkannya kalau tidak menjadi satu kesalahan.
Wassalam.
Habib
"Tapi satu persoalan kiranya tidak keberatan boleh tak saudara nyatakan
di manakah suadara perolehi Ilmu ini? Jika pada kitab....kitab apa?
jika pada manusia.....siapakah dia? dan jika dari Allah....bagaimanakah
cara perolehannya?"
Saudara Suluk,
Terima kasih di atas kedua-dua email saudara. Bicaranya tetap pada
perkara yang sama iaitu ALIF. Oleh itu biarlah saya tumpukan hanya satu
dari email saudara. Walaupun begitu meliputi semua pertanyaan saudara.
Apakan daya saya untuk menjelaskannya kerana saya sendiri tidak tahu. Sebenarnya
dengan sedikit pengetahuan yang ada, diamalkan, sesudah itu dengan RahmatNya
saya memperolehi Ilmu Syuhadah. Seperti yang saudara sedia maklum, ilmu
ini merupakan satu ilmu yang tinggi lagi haq dan datangnya terus dari Allah
SWT. Perjalanan kita dengan ilmu-ilmu yang lain sebenarnya untuk
menuju kepada ilmu yang tertinggi yang dapat membawa kepada Makrifatullah.
Dengan jalan-jalan tersebut bukan semua orang dapat sampai kepada tujuannya.
Di mana bila kita sampai pada matlamatnya Insya Allah kebanyakan ilmu-ilmu
yang membicarakan rahsia-rahsia Alam akan terbuka dengan sendirinya. Imam-Imam
besar seperti Imam Ghazali, sampai pada peringkat ini oleh kerana itulah
beliau diantara mereka yang dapat menceritakan ilmu-ilmu tersebut. Seperti
mendapatkan penyelesaian pada satu-satu kemusykilan dengan cara bertafakur
ke dalam diri. Sekiranya kita belum sampai pada peringkat yang dikehendaki,
walaupun kita cuba, walaupun ada yang berjaya tetapi tidak ramai malah
penyelesaian/kegunaannya terbatas. Jadi bila saya berjaya memiliki ilmu
ini maka segala-galanya ditunjukkan berdasarkan kepada ilmu yang ada pada
kita. Mustahil kita ditunjukkan sesuatu yang kita sendiri tiada tahu. Ini
sesuai dengan bicara Iman Ghazali mengenai ilmu Laduni yang ada saya baca
di Webpage saudara. Jadi perbicaraan Alif itu saya dapat melalui guru-guru
saya seterusnya dapat diamalkan. Sesudah itu ditunjukkan. Akhirnya saya
perolehi perbicaraan Alif ini dalam buku/kitab. Segala-gala yang tersirat
sudah saya suratkan. Semuanya terdapat dalam bicara Perjalanan Ku - Rahsia
Empat juga email saya kepada saudara yang sudah-sudah. Sekiranya saudara
bertanya: Apa ilmunya? Saya sendiripun tahu. Tapi segala-galanya terhimpun
didalam sholat. Sholat itu sesuatu yang cantik pada saya, serba-serbinya
indah kalau kita mengetahuinya. Dulu saya ada bertanya saudara mengenai
perbuatan-perbuatan sholat, saudara kata kalau tidak silap lebih kurang
tak perlulah dibincangkan kerana apa yang saudara tahu, saya juga tahu.
Jadi perkara tersebut berakhir. Saya tidak tahu setakat mana yang saudara
tahu, dan saya juga tidak tahu sejauh mana yang saya tahu kerana saya tidak
dapat membuat perbandingan. Tidak dinafikan, memang ada dalam diri kita
bila membicarakan ilmu ini masing-masing cuba menyembunyikan ilmu mereka.
Atau mungkin juga segala-galanya memang saudara telah tahu, cuma saudara
belum lagi sampai pada peringkat tertentu yang membolehkan perkara-perkara
tersebut dizahirkan sendiri oleh Allah SWT. Insya Allah, dengan ilmu diri
segala-galanya tidak mustahil kerana ia merupakan jalan cepat. Dalam bab
sembahyang umpamanya, sebelum kita angkat takbir kita hakikatkan: Tegak
ku Alif Tullah. Kerana tegak itulah kenyataan Alif. Kemudian dihakikatkan
lagi: Aku di kat Baitullah. Jadi bila kita hakikatkan kita di sana, maka
di sanalah kita. Mungkin juga saudara ada mendengar, setengah-setengah
guru menyuruh kita sebelum memulakan sholat, hendaklah bayangkan atau hakikatkan
Kaabah dihadapan kita. Bila kita lakukan ini semua bermakna kita disana.
Walaupun pada zahirnya kita masih di sini tapi hakikatnya telah berada
di sana. Jadi persediaan dan kefahaman itu penting dalam mendirikan sholat.
Begitu juga kebanyakan orang melafazkan takbir semasa sedang mengerakan
tangan ke atas. Mereka ini mungkin tidak tahu pada perbuatan mereka walaupun
mereka mendirikan sholat. Seperti yang pernah saya katakan apabila sudah
nyata kezahiran kalimah tersebut, yang mana kalimah ini bolehlah dianggap
sebagai tubuh, maka baru datangnya nyawa. Nyawa tidak datang dulu kecuali
telah sempurnanya tubuh/jasab. Sesudah ada jasab barulah Allah memasukkan
nyawa. Ini memang ada diterangkan dalam Al Qur'an. Jadi hiduplah jasab
itu dengan nyawa atau roh. Kalau kalimah tersebut yang dianggap tubuh telah
nyata dan sempurna kezahirannya, tubuh siapakah itu? Mungkin kita takut
hendak cakap. Adakah yang nyata itu tubuh Ahmad atau Osman. Tak mungkin,
sebab apa? Kerana sebaik saja nyata tubuh tersebut, lafaz 'Allah'
keluar dari mulut kita. Jadi tubuh tersebut bukan tubuh Ahmad atau Osman
sebab sesudah nyata tubuh tersebut kita tidak lafaz Ahmad atau Osman tetapi
kita lafaz Allah. Kalau kita lafaz Allah, jadi tubuh siapakah itu. Hendak
cakap memang takut. Tidak lain itulah tubuh Allah.....................
Hu Akbar. Beranikah saudara kata sesat kalau ada orang yang memakai hakikat
ini? Sekarang cuba kita lihat keterangan-keterangan yang terdapat dalam
kitab-kitab tua antaranya yang membicarakan sembahyang Khas Alkhawas. "Maka
hendaklah kamu panakan diri mu dan kamu karamkan segala perbuatan kamu
itu didalam afaal Allah. Maka tinggallah afaal Allah semata-mata dan tiadalah
afaal kita lagi. Dan hendaklah hapuskan dan karamkan sifat hamba didalam
sifat Allah maka tinggallah sifat Allah semata--mata dan tiada sifat kita.
Dan hendaklah dihapuskan dan karamkan zat kita didalam zat Allah semata-mata
maka tiadalah ujud kita lagi maka tetakala itu kata oleh mu Allah Hu Akbar
dan inilah sembahyang Khas Alkhawas namanya maka kamu peroleh dalamnya
maqam ihram dan maqam me'raj dan maqam menajat dan jikalau tiada demikian
itu nama sahaja sembahyang dan pekerjaan tiruan semata-mata, amalan itu
tiada sampai kepada Allah Ta'ala Wallah hu alam."
Kalau kita panakan afaal kita pada afaal Allah, sifat kita pada sifat
Allah, zat kita pada zat Allah, jadi siapakah kita pada ketika itu? Pada
mereka yang tidak tahu perkara ini memang susah. Kata-kata tersebut memang
mudah dilafazkan tapi tak tahu caranya. Inilah yang guru saya ada katakan
selagi kita tidak tahu jalannya perit!
Adapun makna menajat ialah telah berpindah wujud itu didalam kalimah
Insan rahsia Allah. Tiada yang lain pada waktu itu melainkan zat Allah
semata-mata. Wallah hu alam. Jadi pertanyaan di sini dapatkah ilmu itu
diamalkan? Mengapa tidak, bukankah setiap kali kita sholat, kita mengamalkannya.
Oleh itu iktikat kita semasa hendak melafazkan takbir penting kerana rahsianya
terletak disini. Sesudah itu segala-galanya Dia. Allah memuji Allah, Allah
menyembah Allat. Tetakala ini kita denganNya sezat, sesifat, seasma, seafaal
sehinggalah kita memberi salam. Di salam inilah letaknya perpisahan. Seeloknya
perkara ini saudara rujuk pada mereka yang lebih Arif. Atau mungkin juga
saudara telah sedia maklum.
"Suluk pernah berbincang dengan seorang ahli thoriqat yang agak rapat
dengan gurunya yang memang terkenal mahirnya dengan Ilmu Tasauf.
Pernah bicara dan penerangannya berkisar pada rahsia ALIF ini."
Dapatkah saudara Suluk terangkan bicara beliau tersebut? Atau apa yang
saudara faham dari bicara tersebut?
Mengenai kemusykilan saya tentang al-fatehah perkara ini memang saya
ada rujuk pada pakcik (guru)saya. Beliau kata benar. Tapi beliau tidak
menjelaskan lebih lanjut sebaliknya menyuruh saya pertanya kepada orang
yang memaklumkan perkara tersebut. Oleh kerana saya tidak berada di Malaysia
maka adalah sukar untuk merujuk perkara-perkara seperti ini. Saya rasa
tentu ada cerita yang lebih lanjut mengenainya.
Manakala mengenai saudara kembar 6 pula, saya pernah dicadangkan oleh
kenalan saya di Johor supaya memohon bimbingan dari saudara kembar kita
yang 6 untuk memecahkan peristiwa pengalaman saya mengenai wali Allah yang
berada didasar laut. Jadi semasa beramal dengan ilmu diri saya selalu memfediyahkan
fatehah kepada saudara kembar saya serta memohon bimbingannya. Sejak sebulan
yang lepas setiap kali saya memfediyahkan fatehah kepadanya saya akan dilihatkan
kepada diri asal kita yang bercahaya terang. Ini merupakan sesuatu yang
baru dan petanda baik, mungkin ada cerita disebaliknya. Kerana inilah saya
bertanyakan nama-nama saudara kembar yang 6 tersebut. Saya pernah bertanya
dengan rakan saya di sini mengenai perkara ini. Beliau berkata betul, saudara
kembar kita ada 6, tetapi beliau juga tidak berapa pasti siapa-siapa dia.
Beliau hanya menyebut Uri, Pusat, Mikail, Izrafil, Israil. Manakala Jibrail
beliau kata bukan kerana ia malaikat maut. Oleh kerana beliau juga kurang
pasti sebab itulah saya bertanya kepada saudara juga saudara Jamil, dan
bukat niat saya untuk menguji siapa-siapa.
Saudara panggil saya Habib tidak perlu ditambah apa-apa didepannya.
Saya terlalu banyak jahil dalam ilmu-ilmu ini. Boleh dikatakan hari-hari
hati saya bertanya sendiri neraka manakah tempat saya. Jadi janganlah saudara
melebih-melebihkan saya.
|
Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya
dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu ini
|
LAA
HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH
|
