Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Wahai Tuhanku, berikanlah daku Ilmu Hikmah [pengetahuan ugama] dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang Sholeh[Al-Syura:83]
Menggugurkan Makhluk

Semua ulama mengatakan Nabi-nabi itu bebas dari Syirik. Syirik ialah menyatakan "Ghair"[yang lain]. Sebelum mencapai kenabian, Nabi-nabi itu telah menjadi Wali. Wali-wali Allah menafikan yang lain dan mendirikan yang Haq. Mereka tidak kuatir/bimbang benar tentang dosa. Firman Allah (dalam Surah An-Nisak:48) yang bermaksud:

"Allah tidak mengampuni dosa syirik, dan dia mengampuni semua dosa yang lain jika dikehendaki".

Dosa adalah perintah dari Haq kepada Haq untuk Haq.

"Bukan kamu melontar, ketika kamu melontar, melainkan Allah yang melontar"(Surah Al-Infal:17).

Seorang Wali Allah Abu Osman Al-Hairi dijemput oleh seorang dalam jamuan makan. Apabila beliau datang, beliau pun dihalau dengan kata-kata yang kasar. Kemudian beliau diajak lagi. Beliau datang lagi tetapi dihalau lagi. Beliau pun pulang. Beliau diajak lagi. Beliau pergi dan dihalau lagi. Beliau pulang. Lebih kurang 30 kali perkara itu berlaku tetapi beliau tidak peduli. Akhirnya orang itu menjadi murid beliau dan menghormati beliau. Murid itu bertanya bagaimana beliau dapat menahan sabar sedemikian. Al-Hairi menjawab;

"Sebenarnya tidak ada luar biasa tentang perkara itu. Apa yang saya buat, anjing pun boleh buat. Apabila diajak dia datang;apabila dihalau, dia pergi. Ini bukanlah tanda kewalian yang besar".

Seekor anjing dilontar dengan batu oleh seseorang. Anjing itu marah dan menyalak-nyalak dengan kuat kepada batu itu. Seorang yang marah pada kerenah manusia yang menyakitinya adalah sama taraf dengan anjing tersebut yang tidak menggugurkan makhluk dalam pandangannya. Salahnya diri sendiri kerana menganggap "ghair" itu wujud.

Mujahadah ialah permainan kanak-kanak, dan memerhatikan yang Allah ada di mana sahaja adalah perjuangan.


 

Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu ini
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH