Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Sekadar Menyatakan Ketinggian dan Kelebihan Mereka
Syeikh Junaid Al-Bagdadi

1. Apa yang aku dapat dalam bidang kerohanian adalah melalui tiga perkara:  Pertama - menjauhkan dunia;  Kedua - puasa;  Ketiga - berjaga sepanjang malam.

2. Selama sepuluh tahun aku terpaksa melindungi hatiku dari susah.  Selepas itu sepuluh tahun pula kemudian hatiku melindungi aku.  Sekarang keadaaku rasanya hati ini tdak tahu aku dan aku pun tidak pedulikan dia.  Semenjak dua puluh tahun yang lampau,  Allah berkata-berkata melalui aku.  Aku bukan perantara.  Meskipun dunia tidak tahu hal ini,  aku hanya menceritakan kesufian yang biasa sahaja semenjak dua puluh tahun yang silam.  Aku di beri amaran supaya jangan mengatakan sesuatu yang rahsia dikhalayak ramai.  Panca  indra ku lenyap apabila takut kepada Allah menguasai aku tetapi sedar semula bila aku berada dalam kasih sayangnya.

3. Aku ini hamba dan tidak ada kemurdikaan.  Aku akan pergi bila Allah menyuruhku pergi,  sama ada kesyurga atau neraka.

4. Apabila seseorang meminta boleh melihat orang itu,  janid berkata,  " semenjak dua puluh tahun yang lalu,  saya cuba sepenuh hati melihat Allah,  tetapi tidak berjaya; kenapa pula aku hendak melihat kamu? "

5.   Satu hari,  sedang beliau sakit,  beliau berdoa," ya Allah ! sembuhka penyakitku. "  Terdengar suara menjawab,  " jika kamu tidak redho dengan penyakit yang kami kernakan kepadamu,  maka kamu bukanlah hamba kami. "

6.  Guruku,  Al Sakti,  memerintahkan aku memberi syarahan,  kataku tidak boleh berbuat demikian jika boleh ada disampingku.  Pada malam itu aku bermimpi melihat Nabi Muhammad ( s.a.w ) dan meyuruhku memberi syarahan.  Bisiknya semasa aku bersiap hendak pergi berjumpa guruku menceritakan mimpi itu,  aku dapatin guruku ada menunggu dipintu rumahku.  Beliau berkata,  " hingga sekarang kamu mahu seorang lain lagi untuk menyuruh mu memberi syarahan,  jika tidak,  kamu tidak mahu berbuat demikian. "  Aku hairan dan bertanya kenapa boleh tahu apa yang aku mimpikan.  Kata guruku bahawa Allah memberitahu yang dia telah mengutus nabinya meminta Janid mula memberi syarahan dihadapan orang ramai.  Semenjak itu mulalah aku bersyarah dengan syarat tidak lebih empat puluh orang pendengar berada dimajlisku,  syarahanku itu sangat berkesan.  Satu hari,  lapan belas orang daripada empat puluh orang hadir ini telah mati mendengar syarahanku.  Oleh itu,  aku berhentkan memberi syarahan kerana aku pula akan mati kelak.

7.  Satu hari,  aku pergi melawat seseorang darwish yang sakit. Beliau menangis.  Aku bertanya siapakah yang memberi sakit itu dan kepada siapa dia mengadu.  Darwish itu diam.  Aku tanya kepadanya apakah malsud tidak sabarnya itu.  Dia mengeluh dan berkata,  "Aku tidak berdaya menangis dan tidak berdaya menanggung sakit."

8.  Satu hari,  sedang aku memberi syarahan dihadapan orang ramai,  seseorang daripada mereka berkata dia tidak faham syarahan itu.  Aku katakan kepadanya supaya meletakkan amal ibadatnya selama tujuh puluh tahun (umurnya lebih lebih 70 tahun) itu dan tunduk dengan merendah diri,  maka dapatlah faham.

9.  Hati itu redho bila Allah redho.

10.  Satu hari,  seorang daripada pendengarku menghadiahkan wang lima ratus dinar.  Aku tanya kepadanya samada dia ada wang lagi untuknya.  Katanya,  "Ada".  Aku tanya kepadanya samada dia mahu lagi.  Katanya,  "Ya".  Maka aku pun menyuruhnya simpan wang yang lma ratus dinar itu kerana dia lebih miskin dariku.  Aku tidak ada apa-apa,  aku tidak mahu apa-apa lagi.  Tetapi,  dia telah banyak wang,  namun dia berkehendakkan lagi lebih banyak.

11.  Satu hari,  seorang pengemis berdiri di pintu rumahku.  Beliau sihat nampaknya dan aku hairan kenapa dia mengemis.  Beliau boleh berkerja mencari nafkah.  Tidak patut pada pandanganku beliau itu mengemis.  Pada malam itu aku bermimpi.  Aku nampak sebuah talam bertutup dan aku disuruh makan isinya.  Apabila dibuka talam itu,  aku lihat Mit didalamnya.  Aku berkata,  "Ya Allah!  kenapa aku disuruh makam mit ini?"  Suara kedengaran berkata,  "Kenapa kamu makan Mit itu di siang hari?"  Aku pun faham maksud cakap itu dan aku memohon ampun kesalahanku menyangka yang bukan-bukan kepada seorang pengemis.  Lepas itu aku pun pergi hendak berjumpa dengan pengemis itu.  Aku jumpa dia dalam hutan.  Apabila beliau melihat aku,  beliau berkata,  "Allah menerima taubat mereka yang bertaubat segera selepas dosa itu dilakukan.  Mulai sekarang.  Ingatlah,  jangan menyangka yang bukab-bukan terhadap seorang dan mengata seorang dibelakangnya!"

12.
Wallahu A'lam

6.30 pm 16.10.99 / 06 Rejab 1420

 
Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu ini
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH