Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Rahsia Fatihah
Mengikut Pengertian Hakikat dan Pengertian Makrifat

Seperti yang sudah aku janjikan, di sini aku persembahkan sebenar-benarnya ilmu hakikat Surah
al-Fatihan untuk diamalkan sama ada di dalam dan di luar daripada perbuatan solat harian.  InsyaAllah!.       BERKENAAN FATIHAH  Sekali lagi aku ulangi.......

Ini adalah perbualan mesra yang mesti dilakukan oleh setiap hamba di Hadhrat Allah SWT apabila ia berada di majlis Tuhan Yang Maha Besar dan tatkala Rahsia Ketuhanan membanjiri dirinya. Siapa yang mencapai Penzahiran Ilahi ini, maka padanya bersinar terang Nur Kehadiran Yang Maha Quddus itu, dan sampailah si hamba itu ke peringkat kehampiran yang tidak ada lagi hampir
seumpama itu. Tidak ada lagi yang tinggal kecuali percaya mempercayaai antara hamba dengan Tuhannya.  Ahli Sufi menamakannya "Maqam Perbualan Mesra" dan di situ telinga Ahli Ma'rifat merasa seronok mendengar apa yang dicakapkan kepadanya oleh Tuhan Rabbal  'alamin.

Dan aku mulai hakikatnya.......
Inilah makna "Bismillahiir-Rahmaanir-Rahiim" pada hakikat kita.

1. Bismillah, maknanya -

"Ya Ahmad! Yang dikatakan engkau mengata (Bismillah) itu yakni Zat Allah yang tetap. Tiada engkau ya Ahmad, mengata Bismillah itu."

2. Ar-Rahman, maknanya -

"Ya Ahmad! Bermula murah itu, murah Aku kepada engkau yakni daripada awal-Ku kepada engkau. Ertinya yang Aku murahkan kepada engkau  itu seperti Zat-Ku dan Sifat-Ku dan Asma'-Ku dan Af'al-Ku."

3. Ar-Rahiim, maknanya -

"Ya Ahmad! Mengasihani itu kasih Aku kepada engkau,  yakni Awal-Ku dan Akhir-Ku dan Zahir-Ku dan Batin-Ku tiada bercerai dengan engkau itulah makna kasih."

4. Alhamdulillaah, maknanya -

"Ya Ahmad! Zat Allah memuji dirinya sendiri kepada engkau zahir-Nya."

5. Rabbil Aalamiin, maknanya -

"Ya Ahmad! Aku Allah yang dikatakan di dalam semuanya tahu zahir dan batin yakni kepada hamba-Nya."

6. Ar-Rahmaanir-Rahiim, maknanya -

"Ya Ahmad! Kebesaran engkau itu kebesaran Ku. Ada engkau itu Aku. Sirr engkau itu ertinya memangku Qur'an-Ku yakni Aku."

7. Maaliki Yaumiddiin, maknanya -

"Ya Ahmad! Engkaulah Raja yang menzahirkan kebesaran-Ku, dunia dan akhirat. Yakni batin Aku dan zahir engkau. Tetap yang menyembah  Allah dan yang disembah pun Allah."

8. Iyyaaka Na'budu Wa Iyyaaka Nasta'iin, maknanya -

"Ya Ahmad! Engkau itu Aku dan bukan engkau menyembah  itu. Aku menyembah Aku sendiri, ertinya yang disembah itu Aku dan yang  menyembah pun Aku."

9. Ihdinash-shiraathal Mustaqiim, maknanya -

"Ya Ahmad! Nyata Aku itu kepada engkau akan ganti-Ku,  yakni nyata tiada bezanya engkau dengan Aku. Ertinya Aku engkau tiada lain  lagi."

10. Shiraathal-ladziina An'amta alaihim, maknanya -

"Ya Ahmad! Mula Aku berahi nyatalah kepada engkau Aku jadikan Wali dan Mu'min dan seperti roh semuanya yang dahulu. Aku jadikan  engkau ya Ahmad, pesona kepada Aku tiada lain lagi."

11. Ghairil Maghdhuubi alaihim, maknanya -

"Ya Ahmad! engkau itu jadi kepada Aku, yakni Aku itu jadi engkau. Ertinya tiada ada antara Aku dengan engkau."

12. Waladh-Dhaalliin, maknanya -

"Ya Ahmad! Tiada lagi ganti kepada Aku sesudah engkau ada Aku."

13. Amiin, maknanya -

"Ya Ahmad! Engkau itu rahsia-Ku dan Aku rahsianya engkau. Ertinya Aku serupa engkau tiada berbeza lagi engkau dengan Aku."



Inilah ertinya awal Al-Fatihah. Huruf dan surahnya Al-Qur'an itu baharu. Kalimah dan bacaannya qadim,  yakni berdiri dengan Zat Allah yang qadim.

Ba (tiada titik) = diri = Wujud Allah rahsia diri
Titik = roh = Sifat

Al-Qura'an mengandungi 6,666 ayat (di dalam tubuh manusia mengandungi 6,666 urat) :-

Terhimpun ia di dalam Fatihah.
Terhimpun ia di dalam Bismillah.
Terhimpun ia di dalam Ba.
Terhimpun ia di dalam Noktah (titik)

[InsyaAllah akan dibincangkan berkenaan Rahsia Noktah (titik) dan Huruf pada masa akan datang]

1. Apabila bertemu roh dengan Sifat, bernamalah ia "Surah".

2. Apabila bertemu roh dengan jisim bernamalah ia "Noktah".

3. Yang dikatakan wujud itu maknanya dua, tetapi maujudnya satu iaitu engkau dari Aku, zahirnya dengan Aku, berupa engkau dengan Aku. Inilah yang dikatakan "Wujudul-Haqq", yakni bertemu "rupa" dengan "warna".

[Peringatan!!! Aku sama sekali tidak membenarkan membaca risalah ini kepada yang bukan ahli, kerana mendatangkan kesalahan faham dan mendatangkan fitnah. Melainkan ahlinya yang mahir sahaja!]

Al-Fatihah itu ibu Al-Qur'an Al-Karim. Maka jadilah huruf "ALHAMDU" ibarat noktah itu Sirr Allah yang tersembunyi Zat Mutlaq. Perkara ini sudah aku bincangkan pada bab hakikat sembahyang. Sebab unsur-unsur di dalam Fatihah ini berkaitan rapat di dalam mendirikan solat yang daim, sama ada di luar atau di dalam sembahyang!

"ALHAMDU" itu lima huruf :-

1. Alif = Noktah = Dzohor
2. Lam = Huruf = Asar
3. Ha' = Baris Bawah = Maghrib
4. Mim = Baris Atas = Isya'
5. Dhal = Baris Hadapan = Subuh

Ayat Al-Fatihah bilangan hakikatnya ada 117.

17 = Rakaat Sembahyang (Solat)
99 = Asma' Allah
1 = Rahsia?

Huruf dan surahnya Al-Qur'an itu baharu. Kalimah dan bacaannya qadim yakni berdiri dengan Zat Allah yang qadim.

Hurufnya = tubuh = hati = lidah
Surahnya = nafas = nyawa
Kalimahnya = Muhammad = Sifat
Bacaannya = Allah = Zat

Kata Saidina Ali KWJ :

"Ana nuqtatu ba-i-bismi'llaah anaa qalmun wa anaa Lauhun Mahfuudz anaa 'Arsyun wa anaa Kursiyyun wa anaa samaawaat."   Bermaksud :
"Aku adalah titik huruf "Ba" pada "Bismi'llaah". Aku adalah Pena (Kalam) dan aku adalah Luh Mahfuz. Aku adalah Arash (Takhta Tuhan), dan aku adalah Kursi dan aku adalah petala-petala langit."

Dengan sebab itu dikatakan bermula tatkala kita membaca Fatihah itu ialah kita berkata-kata dengan Allah.  Bagaimana untuk memperaktikkan hantaran-hantaran maqam Al-Fatihah di dalam diri kita semasa berlangsungnya solat, akan aku bicarakan pada tajuk "Hakikat Al-Fatihah - Tafsiran Batin yang kedua!"

InsyaAllah jika aku diberi ruang, masa dan petunjuk dari Allah SWT.......

Wallahu ta'ala a'lam.......Wassalamu.......

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri.