![]()
Anda tentu akan melenting dan marah bila seseorang mengatakan anda bodoh atau kurang akal. Tetapi adakah anda tahu apa ertinya bodoh itu?. Adakah dengan mempunyai pendidikan yang tinggi dan status yang mulia dikatakan seseorang itu cerdik?. Adakah orang yang cerdik itu dikaitkan dengan memiliki kekayaan yang banyak??. Ukuran manakah yang anda gunakan untuk menilai seseorang itu bodoh atau cerdik??. Jika anda berpandangan sedemikian, sebenarnya anda silap. Anda jangan tertipu dengan pendapat-pendapat bodoh kaum orientalis dan fahaman sesat golongan sekular. Golongan yang bodoh dan sesat ini membuat penilaian dan pengukuran pada seseorang itu bersandarkan kejahilan mereka.
Sebagai seorang islam kita telah dituntut untuk menyandarkan sesuatu pendapat itu berpandukan Al Quran dan Hadis. Tetapi kita tidak mampu untuk memahami lautan ilmu dan petunjuk yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis. Oleh kerana itu kita dibenarkan untuk mengambil pengajaran yang terdapat melalui ulamak. . Ini adalah kerana ulamak itu pewaris Nabi-Nabi (maksud Hadis).
Butiran pengajaran yang terdapat di dalam Kitab Kasfu Asror karangan Syeikh Mohamad Solleh bin Abdullah Mangkabawi adalah salah satu sumber terbaik bagi kita orang-orang yang kurang mengetahui ini mendapat penjelasan yang baik tentang sifat-sifat seorang yang berakal itu.
Mengikut kitab ini ....Adapun orang-orang yang berakal itu iaitu empat belas perkara seperti berikut:
Sempurnalah seseorang itu dunia dan akhiratnya walaupun mereka tidak tahu membaca kitab sekalipun. Inilah orang yang berakal, terpelihara dunia dan akhiratnya.
Adapun lawan sifat-sifat yang empat belas itu merupakan tanda orang-orang yang tidak berakal. Baginya dapat celaka dunia dan akhirat.
Dikatakan lagi oleh pengarang kitab ini dengan katanya;
Adapun sekurang-kurang akal(orang yang cerdik) itu ialah meninggalkan kemuliaan dunia.
|
Semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya |
|
Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Besar |