Bahagian
Ketiga
|
|
![]()
Pertama
Orang yang telah mencari dan mencapai fahaman
maksud sebenarnya tantang sifat-sifat Allah. Mereka telah mengetahui
bahawa apabila sifat-sifat Allah itu dinamakan Perkataan(KALAM), IRADAT,
Kuasa (QUDRAT), ILMU, Hidup(HAYAT), Pendengar(SAMA'),
Pelihat(BASHAR) dan lain-lain lagi, maka semua itu bukanlah
serupa dengan sifat-sifat manusia (Mukholafatul lil hawadis/bersalahan
dengan sesuatu yang baru). Ini menyebabkan mereka tidak menyifatkan
Allah itu demikian. Apabila hendak menceritakan tentang Allah,
mereka merujuk kepada makhluk sahaja, seperti jawapan Nabi Musa a.s
kepada Firaun; apabila Firaun bertanya; "Apakah
Tuhan sekelian alam itu sebenarnya?".
Jawab Nabi Musa a.s. ; "Tuhan Yang
Maha Suci Yang Melebihi tanggapan sifat-sifat, Dialah Penggerak dan
Pemerintah sekelian langit".
Kedua
Kelas kedua dalam golongan ini lebih tinggi lagi
daripada yang tersebut itu(kelas pertama). Mereka nampak bahawa sekelian
langit itu berbilang-bilang(banyak) dan penggerakkan bagi tiap-tiap beberapa
langit itu ialah makhluk yang bernama malaikat. Dan malaikat ini
pula berbilang-bilang iaitu banyak. Perhubungan malaikat-malaikat
ini dengan cahaya-cahaya Ketuhanan adalah ibarat perhubungan bintang-bintang
dengan semua cahaya lain yang kelihatan. Kemudian mereka lihat bahawa
langit-langit itu diselubungi oleh satu lingkungan; dan dengan gerak lingkungan
ini semua yang lain berputar sekali dalam masa 24 jam. Akhirnya,
..... Tuhan itu ialah Dia Yang Memberi gerak kepada lingkungan yang paling
luar itu; dan lingkungan paling luar ini menyelubungi semua yang
lain. Maka dengan itu (kata mereka) Tuhan itu mestilah tidak berbilang-bilang.
Ketiga
Kelas yang ketiga lebih tinggi lagi dari itu.
Kata mereka bahawa perhubungan gerak langsung pada benda-benda langit itu
mestilah satu tindakan perhambaan kepada Tuhan Sekelian Alam;
tindakan penyembahan dan ketaatan kepada perintahNya dan dilakukan oleh
satu daripada makhluk-makhluk iaitu malaikat. Perhubungan malaikat
ini dengan cahaya-cahaya Ketuhanan Maha Suci itu ialah ibarat perhubungan
bulan dengan lain-lain cahaya yang nampak.
Mereka mengatakan bahawa Tuhan itulah yang ditaati oleh malaikat ini. Maka Allah Subhanahuwa Taala itulah mesti dianggap sebagi penggerak secara perintah(amar) sahaja, dan bukan secara langsung dengan lakuan. Penjelasan tentang "perintah" yang manakah dan apakah sebenarnya, maka perkara ini tidaklah jelas dan sangat susah hendak difahami oleh kebanyakan orang. Di samping itu pula, perkara ini tidak termasuk dalam pembicaraan kitab ini.
Semua yang tersebut itu adalah peringkat-peringkat yang terhijab oleh cahaya-cahaya tanpa bercampur dengan gelap.
"Sesungguhnya barangsiapa yang Allah tidak berikan cahaya, maka tidaklah ada cahaya baginya". (Al-Quran)
Bersambung
ke tajuk yang terakhir..........Matlamat yang dicari.
Allahu-A'lam