Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Pengajian Kitab Hikam Kuliah Maghrib Hari Khamis ( 12. 10. 2000 / 09 Sya'ban 1421)
BUAH AMALAN DAN 
BUAH MAKRIFAT
Sambungan Dari Pengajian Terdahulu

Petikan Huraian Pengajian Terdahulu

Dan kata setengah mereka itu(sufiah);  Maka adalah

dan Mahabbah itu terlebih tinggi daripada segala Maqam kerana ia Fana barang yang lain daripada Yang Dikasih.

Keterangan Suluk

Buah atau Hasil atau faedah daripada mengerjakan amalan yang sidiq dan ikhlas ialah Ilmu Al-Hidayah.  Ilmu Hidayah ini adalah sesuatu yang memberi petunjuk kepada penerimanya.  Dengan Ilmu Hidayah ini,  dapatlah seorang hamba itu membezakan antara sesuatu yang betul(haq) dengan sesuatu yang salah(batil) atau menjadikan mereka seorang yang meletakkan sesuatu perkara itu pada tempat yang sebenarnya.

Inilah isyaratnya bagai permulaan Makrifat,  hasil dan faedah dari Ilmu Hidayah.  Dengan makrifat ini,  dan kesempurnaannya makrifat  yang ada pada seorang hamba,  maka akan membuahkan pula Mahabbah;  di mana. Mahabbah itu adalah faedah yang terhasil dari Makrifat yang benar.

Orang Mahabbah ialah seorang yang asyik ma'syuk dengan segala amal-ibadat kepada Allah di samping  hati dan jiwanya sentiasa tersyuhud dan bermusyahadah dengan pelbagai Tajalli daripada Allah Taala.  Menjadikan tilikan mereka,  pandangan mereka dan perkiraan mereka kepada Allah semata-mata.  Sentiasa merindui dan mengasihi dan sentiasa ingin bersama dalam Keesaan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Sempurna.

Pun begitu,  hakikat Mahabbah yang sebenar-benarnya tidak akan dapat dirasainya,  sekiranya;

Ini adalah kerana  hakikat Mahabbah itu adalah Fana daripada melihat dia dengan kerana memandang 'Azomah Al-Mahbub; yakni hapus,  hilang atau binasa diri yang melihat dengan kerana Kebesaran Yang Dikasih(Wajah Allah Yang Maha Agung).  Semata-mata hilang i'tibar diri yang memandang kerana Agung dan Tingginya Wujud Yang Hakiki itu.  "Semuanya binasa kecuali WajahNya"(Al-Qhosos:88)

Dengan kerana itulah dikatakan Mahabbah itu terlebih tinggi daripada segala Maqam kerana ia Fana barang yang lain daripada Yang Dikasih.  yakni dengan Mahabbbah itu seorang hamba akan fana kerana;

Keterangan Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis;

Dan barangsiapa Fana pada Allah dengan Allah,  maka Baqa ia dengan Dia.  Dan demikian itu terlebih besar dalil atas Qabul dan telah dikeredhoi Allah Taala kerana bahawasanya tiap-tiap Sir yang tiada suci dalam negeri dunia ini,  maka tiada suci ia dalam negeri akhirat.

Keterangan Suluk

Dengan keterangan di atas,  maka bertemulah kita kepada sebesar-besar dalil atau alamat amal hamba yang diterima dan diredhoi oleh Allah Taala.  Maka bolehlah kita katakan bahawa Ilmu dan Amal yang mendapat pengesahan dari Allah Taala ialah Ilmu dan Amal yang menjadikan hamba sampai ke perbatasannya yang paling hujung kedua-duannya yakni "Hal".  Hal seorang yang Fana pada Allah dengan Allah menjadikan mereka Baqa(Kekal) dengan Allah seumpama cermin yang mempunyai dua permukaan dan mendapat bayangan Keesaan Wujud Hakiki itu dari segi zhohirnya dan dari segi batinnya.  Hal keadaannya adalah dalam satu masa jua.

Inilah perihal Sir(diri sebenar/rahsia diri) yang telah suci dalam dunia ini.  Suci dari karatan basyariyah dan bersih dari MasyiwaLlah yang menjadi tempat Tajalli Allah Taala.  Dengan kerana itulah,  dikatakan Baqa itu sebagai sebesar-besar dalil atau alamat mendapat Qabul dan Redho dari Allah Taala,  kerana tiap-tiap Sir yang tiada suci dalam negeri dunia ini,  maka tiada suci ia dalam negeri akhirat.

Tanbih

Jika saudara telah mengikuti hasil kajian Imam Ghazali berkenaan dengan Ilmu orang-orang Sufi dalam Al-Risaalatul lil-Duniyyah(Ilmu Terus dari Allah),  maka keterangan di atas adalah selari dengan pandangannya berkaitan dengan asal-usul dan perihal Ilmu Tasauf ini yakni;

Maka bolehlah kita katakan bahawa Ilmu dan Amal yang mendapat pengesahan dari Allah Taala ialah Ilmu dan Amal yang menjadikan hamba sampai ke perbatasannya yang paling hujung kedua-duanya  yakni "Hal".

di mana dapatan Imam Ghazali ialah;

Ilmu yang tersusun itu ialah ilmu ahli-ahli Tasauf dan jalan ehwal mereka. Mereka mempunyai ilmu yang khas dengan jalan yang terang yang terhimpundari dua ilmu.

Ilmu mereka terdiri dari Hal, Waktu, Samaa', Wujdan, Sheikh, Sakr, Sohwu, Isbat, Mahwu, Fakir, Fana, Wilayah, Irodah, Murid dan apa yang berhubung dengan Hal Ehwal mereka serta tambah-tambahannya, sifat-sifat dan makam-makam.

Wallahu A'lam


Kalam Hikmah Sheikh Ibnu Atoillah As-Kandari yang seterusnya;
 

Jika engkau kehendaki akan mengetahui qadarmu pada Allah,  maka tilik olehmu pada barang yang mana didirikan engkau di dalamnya.

Keterangan Suluk

Bersambung dalam catatan pengajian yang selanjut di bawah tajuk Mengetahui Qadar Diri

Insya Allah.....jika direzekikan lagi

[[Kembali ke Index Pengajian Kitab Hikam]]

Semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya
Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Besar