Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

I'tiqad Yang Bidaah

I'tiqad atau pegangan hati yang bidaah dan salah lagi kufur jika diamalkannya. Ianya banyak didapati pada orang-orang Melayu dan lain-lainnya. Kesesatan mereka itu amat banyak, tetapi saya tuliskan dalam risalah ini sekadar apa yang dinakal(diambil) daripada guru saya dan daripada kitab-kitab Usuluddin dan majalah-majalah dan sebaran ilmu kerajaan dan mulut ke mulut supaya jadi panduan bagi kaum muslimin dan muslimah dapat menjauhi diri daripada belajar dan beramal. Mudah-mudahan selamat agamanya.

Inilah sebahagaian pendapat, pegangan atau 'Itiqad yang menyalahi akan hukum Syarak

1. Nabi Muhammad itu Zat Tuhan misalnya seperti garam ialah air laut bukan lainnya. Berubah namanya(garam) kemudian daripada bekunya(air laut)jua.
2. Diri itu Tuhan dan Muhammad dan Adam.
3. Nabi Muhammad itu jadi Rasul di dunia jadi Tuhan di akhirat.
4. Nabi Muhammad anak Abdullah itu bukan sebenarnya Haq tapi yang sebenarnya Muhammad satu lagi.
5. Nabi Muhammad itu ialah Tuhan.
6. Sebenar-benar aku itu sifat Muhammad dan sebenar-benar Muhammad itu sifat Allah.
7. Tuhan itu martabat makhluk dan Allah itu martabat akhirat.
8. Sifat Allah itu ruh bagi Nabi Muhammad; sifat Muhammad ruh bagi manusia; sifat manusia ruh bagi binatang.
9. Hampir nak mati itu nampak cahaya serah yang amat cerah. Itulah Tuhan.
10. Awal pun Nur, Akhir pun Nur; Nur itu zat Allah' Nur itu Muhammad.
11. Sewaktu nak sembahyang pandang cahaya. Itulah Tuhan.
12. Pandang ketika nak sembahyang akan ruh dirinya hingga nampak lihat rupa itu ialah Allah dan sebenarnya itu ialah Nabi Muhammad. Maka sembahyang yang dapat lihat rupa itu terlebih baik daripada sembahyang yang lain 40 tahun.
13. Allah, Muhammad, Adam itu satu jua; Allah itu Zat, Muhammad itu Sifat Allah, Adam itu Af'aal Allah. Maka sekelian itu Qadim.
14. Anak mata itu ialah Allah.
15. Mentafsir dan berpegang serta 'Itiqad dalam hati akan makna La ila ha illa Lah itu iaitu Aku sebenar-benar Zat Allah.
16. Nabi Muhammad itu dijadikan akan dia daripada nur Allah(dengan makna cahaya) atau 'Itiqad Nabi Muhammad itu dijadikan daripada Zat atau daripada mana-mana Sifat nescaya kafir ia.
17. Sembahyang itu sembah Ruh Mahmudah.
18. Sujud sembahyang itu sujud akan Adam.
19. Rukuk sembahyang niat kucup atau sembah pusat Nabi Muhammad.
20. Sembahyang itu memadai dengan niat dalam hati jua. Tak payah mengerjakan rukun yang 13 itu iaitu niat yang termaklum di sisi mereka.

Insyaalah akan ditambah lagi 'Itiqad-'itiqad yang salah/sesat dari semasa ke semasa.

Kembali Ke Index Mengenal Diri Mengenal Allah

Penulisan ini adalah sebagai panduan umum. Sebaiknya untuk mendapat penjelasan lanjut eloklah dirujuk kepada Guru-guru yang Ahli dalam Ilmu ini terutamanya Ilmu Usuluddin dan Ilmu Tahqiq[Martabat Tujuh]

Semoga Allah memberi taufiq dan hidayahnya