wanita Islam & bukan Islam: aurat dan sentuhan
1. Aurat antara muslimat dan bukan muslimat.
Khilaf ulama' dalam mentafsirkan kalimah `auNisaa' ihinna' dalam ayat
31 surah anNuur (24).
Menurut Tafsir Fakhrur_Razi, Jld 23, ms 207 menyatakan jumhur ulama'
mentafsir kalimah itu sebagai wanita-wanita Islam sahaja. Dari tafsir Qurthubi
(Jld 12, ms 233) juga mentafsirkan kalimah "aunisaa'ihinna" itu sebagai
wanita muslimah sahaja.
Ini bermakna aurat wanita dihadapan wanita bukan Islam ialah muka dan
dua tapak tangan. Imam Qurthubi membawa hujah perintah Umar alKhattab RA
kepada Gabnurnya, Abu Ubaidah alJarrah supaya tidak membenarkan wanita
Islam mandi
bersama wanita ahli Zimmah di permandian awam.
Pandangan yang agak berlainan dari pandangan jumhur ialah pendapat Ibn
Arabi (Ahkamul Qur'an, Jld 3, ms 326)
beliau berpendapat maksud `aunisaa'ihinna' (wanita mereka) itu bermaksud
semua wanita yang baik akhlaqnya dan baik hubungannya dengan wanita muslimah.
Ini bermakna wanita Islam boleh membuka auratnya kepada wanita yang baik
akhlaknya dan menjalin hubunan baik dengan mereka. Ia termasuk wanita bukan
Islam. Jika wanita itu buruk akhlaknya termasuk wanita Islam sendiri, maka
wanita Islam tidak boleh membuka auratnya. Syaikh Ali Asyhabuni (mufassir
baru dari Saudi (Tafsir Asyabuni) menyokong pendapat Ibn Arabi.