Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Pengajian Kitab Hikam Kuliah Maghrib Hari Khamis ( 12. 01. 2001 / 16 Syawal 1421)
ARIF YANG HAKIKI
Sambungan Dari Pengajian Terdahulu

Keterangan dan Huraian Selanjut oleh Tok Pulau Manis

Dan ketahui olehmu,  bahawasanya yang terlebih afdhal ibadat dan taat itu [ialah] Makfirat;  dari kerana

Maka makrifat itu isi daripada segala isi.

Keterangan Suluk

Hendaklah diketahui oleh tiap-tiap ahli ilmu dan ahli-ahli Thoriq bahawasanya amal ibadat dan ketaatan yang paling afdhal di sisi Allah Taala ialah Makrifat.

Kenapa dan mengapa Makrifat itu dikatakan selebih-lebih dan seafdhal ibadat dan taat mengikut pandangan kaum sufi di atas?.

Persoalan inilah yang cuba dan ingin disampaikan oleh Tok Pulau Manis melalui keterangannya di atas;  dan melaluinya juga kita akan mengerti dan memahami jalan-jalan atau susur-galur ilmu dan amal-ibadat kaum sufi sehingga menghasilkan/membuahkan Makrifat.

mengetahui kaifiat amal pada taat  ialah mengetahui dan fakeh dengan selok-belok Ilmu-ilmu Syariat seperti Ilmu Fekah dan Ilmu Usuluddin.
Dengan mempelajari dan alim dengan ilmu fekah,  seorang hamba akan tahu dengan yakin berkenaan kaifiat,  adab-adab dan kesempurnaan sesuatu ibadat dan zhohir.

Dengan mengetahui Ilmu Usuluddin,  seorang hamba itu akan tahu pula dengan yakin berkenaan kaifiat,  dan adab-adab  yang bersangkutan dengan aqidahnya dan  pegangan hati terhadap Allah dan Rasul serta perkara-perkara yang berkaitan dengan asas-asas keimanan; Yang mana dengan mengetahui dan memahami tentang kaifiat-kaifiat amal-ibadat dan taat di atas akan membuahkan Taqwa kepada Allah (daripadanya faedah Taqwa).  Dan adalah antara makna Taqwa itu ialah menjunjung segala Perintah Allah dan menjauhkan segala laranganNya.  MendekatiNya dengan amal-ibadat yang digalakkan oleh syara',  berbudi pekerti yang mulia di samping meninggalkan perkara-perkara yang sia-sia dan laqho.

Pokoknya ialah dengan Ilmu;   yakni dengan mengetahui mengetahui kaifiat amal pada taat.

dan Taqwa itu jadi daripadanya faedah Ilmu Al-Hidayah;  kerana firman Allah Taala; "Takut oleh kamu akan Allah dan diajar Allah akan kamu."yakni bermaksud dengan Taqwa yang ditetaskan oleh ilmu dan amal yang benar/shohih berlandaskan hukum syara' akan membuahkan pula faedahnya iaitu Ilmu Al-Hidayah yang terdiri daripada Petunjuk-petunjuk Allah ke arah penyempurnaan ibadat dan taat yang batin.  Berdasarkan firman Allah Taala di atas,  di tempat yang lainnya,  Ilmu Al-Hidayah ini dimaksudkan pula sebagai Ilham atau Ilmu Laduni yang datang secara terus dari Allah Taala ke atas yang suci dan bersih;  yang bersedia untuk menerimanya.  Sila lihat bicara ini sebagai huraian dan keterangannya.

Ilmu Al-Hidayah itu jadi daripadanya faedah;  iaitu makrifat.  yakni bermaksud hasil daripada Ilmu Al-Hidayah itu atau Ilham atau Ilmu Laduni itu akan membuahkan pula faedahnya yang paling mulia iaitu Makrifat.

Maka makrifat itu isi daripada segala isi di mana telahpun disebut dengan berulang-ulang kali;  dan mengikut pelbagai sudut yang ajaib-ajaib sekali di laman ini terutamana berkenaan bab..Ketinggian Makrifat Aulia Allah.

Dengan pernyataan dan keterangan Tok Pulau Manis di atas,  maka jelaslah bahawa semata-mata sebenarnya bahawa Makrifat itu adalah isi daripada segala isi.  Ianya adalah pati Tauhid dan Kesempurnaan dalam beragama.

Keterangan dan Huraian Selanjut oleh Tok Pulau Manis

Kata sesetengah orang yang Arif;

Sayugia dukacita atas luput taat itu daripada sekira-kira bahawasanya Allah Taala Kasih Ia akan  yang menyesal atas luput taat;   Tiada daripada sekira-kira tiada baginya daripada balas atau daripada nisbah(kurang) amal kerana bahawasanya menyesal atas luput taat kerana memandang nisbah(lebih atau kurang) amal bagi hamba membinasakan bagi ikhlas

Keterangan Suluk

Makrifat itu adalah isi daripada segala isi.  Dengan kerana itu,  apabila si Arif berkata,  maka kata-kata mereka adalah intipati kepada cahaya Makrifat yang mereka miliki.  Keterangan di atas boleh dijadikan contoh berkenaan intipati Makrifat atau isi daripada segala isi itu.

Apabila tertinggal atau terluput kesempatan untuk melakukan/mendirikan sesuatu amal-ibadat,  maka sayugianya yakni wajib bagi seorang beriman itu berdukacita dan menyesal  di atasnya.  Namun demikian,  perlu difahami,  rasa sedih,  dukacita dan kesal itu hendaklah semata-mata berdasarkan kerana Allah mengasihi kepada orang-orang mengakui kelemahan dan kedhoifan diri dengan merujuk kepadaNya;

Ini adalah kerena dengan memandang nisbah amal seperti yang disebutkan di atas akan membinasakan keikhlasannya dalam beribadat.
Dengan kerana ini,  maka seorang yang ikhlas itu ialah seorang yang apabila luput sesuatu amalan itu akan menyesal dan berdukacitanya kerana memandang bahawa Allah itu Kasih kepada orang-orang sedemikian,  bukan kerana terlepasnya sesuatu faedah dari amalan tersebut atau apa sahaja yang menjadi kepentingan untuk dirinya.

Sebab itu dalam keterangan yang selanjutnya Tok Pulau Manis menegaskan;

Maka barangsiapa dukacita atas luput sesuatu atau suka dengan hasilnya;   maka iaitu hamba demikian sesuatu itu.

Mereka bukanlah hamba Allah dalam erti kata yang sebenarnya bahkan hamba kepada diri mereka sendiri.  Ilmu yang tinggi,  amalan yang bertimbun,  warid yang bertali-arus,  pandangan ke alam malakut dan jabarut dan segala macam yang ghaib,  bukanlah menunjukkan mereka seorang Arif yang Hakiki.

Kalam Hikmah Sheikh Ibnu Athoillah As-Kandari selanjutnya mengikut terjemahan Tok Pulau Manis;
 
 

Tiada Arif yang hakiki itu mereka yang apabila berisyarat ia kepada suatu makna daripada hakikat pada Asma atau Sifat,   maka diperolehnya Haq terlebih hampir kepadanya daripada isyaratnya;   tetapi Arif yang hakiki itu yang tiada berisyarat baginya kerana fananya dalam wujudNya dan tergolongnya dalam syuhudnya;   ertinya daripada wujud dirinya kerana Istigraqannya dalam Syuhud Jalal TuhanNya dan KamalNya yang dikehendaki bagi 'adam tiap-tiap suatu dengan sebabnya(Jalal dan Kamal) dan wujud tiap-tiap suatu daripadaNya

Keterangan Suluk

Tidaklah dapat dikatakan seseorang itu adalah seorang Arif yang sebenarnya(hakiki) yang apabila berisyarat,  maka dirasakan bahawa dirinya lebih hampir dengan Allah.  Yang dimaksudkan dengan berisyarat di sini,  apa sahaja jenis ibadat,  pelbagai zikir dan wirid,  keperibadian dan hal dirinya dalam taat.  Pelbagai amal taat sama ada dalam bentuk pengucapan,  kesanggupan anggota zhohir, berkeperibadian yang tinggi ini sebenarnya adalah suatu makna daripada hakikat Asma atau Sifat Allah;   yang terzhohir melalui;

Arif yang tidak hakiki itu ialah seorang; Pada mereka, Inilah kelakuan Arif yang tidak sebenarnya(hakiki).  Menilik dan menisbahkan hampir dekat itu berdasarkan sesuatu isyarat yang ada padanya.

tetapi Arif yang hakiki itu yang tiada berisyarat baginya yakni seorang yang benar-benar Arif itu ialah seorang yang tidak menilik dan menisbahkan hampir dekat dirinya dengan TuhanNya berdasarkan sesuatu isyarat malah dirinya sentiasa tenggelam,  hapus dan lebur  kerana fananya dalam wujudNya(Allah)  di mana hanya nyata Wujud Allah Yang Hakiki  dan tergulongnya dalam syuhudnya;   ertinya lenyap sama sekali  daripada menilik atau memandang kepada perihal wujud dirinya kerana Istigraqnnya (tenggelam pandangan mata hatinya)  dalam Syuhud Jalal (Keagungan) TuhanNya dan KamalNya(Kesempurnaan Wujud Allah Yang Mutlaq).

Inilah hakikat diri yang tergolong dalam 'adamnya tiap-tiap sesuatu dengan sebab memandang Keagungan dan Kesempurnaan Zat itu,  dan wujud pula tiap-tiap sesuatu kerana NyataNya Wujud Allah Yang Mutaq itu.

Dengan itu Arif yang hakiki itu ialah mereka yang tidak ada pandangan(Fana) kepada sebarang isyarat dan kepada diri sendiri,  tetapi bahkan kekal(Baqa) dalam memandang Wujud Allah Yang Maha Meliputi.

Sebagai melanjutkan lagi,  dan sebagai penghuraian yang seterusnya,   sama-sama kita ikuti Keterangan dan Huraian Selanjut oleh Tok Pulau Manis

Dan kata Abu Yazid[Al-Bustomin] rahimaLlahhi Taala;

Terlebih jauh mereka itu daripada Allah terlebih banyak mereka itu isyarat kepadaNya

Keterangan Suluk

Membawa maksud kadar jauh dekat seorang hamba itu dengan TuhanNya ialah berdasarkan tilikan dan pandangan mereka kepada sesuatu isyarat.  Umpamanya;

Adalah orang telah berhadapan dengan TuhanNya,  tidak akan memanggil-manggil dan menyeru-menyeru lagi nama itu.  "Apa yang nak diseru lagi kerana yang dimaksudkan itu sudah di depan mata".  Yang jelasnya semakin dipanggil(diisyaratkan) semakin jauh.

Keterangan dan Huraian Selanjut oleh Tok Pulau Manis

Bermula isyarat itu terlebih seni daripada ibarat iaitu kinayah yang tiada Shorikh diisti'malkan akan dia Ahli Thoriqat pada antara mereka itu Asrar Al-Tauhid.

Keterangan Suluk

Walaupun telah dihuraikan antara beberapa wajah Isyarat yang boleh dilihat dan dikesani dengan pandangan yang umum,  namun maksud dan pengertian Isyarat sebagaimana yang dikehendaki oleh kaum sufi yang Ahli Rahsia dan Tauhid yang sebenarnya adalah  terlebih seni daripada ibarat yakni mempunyai maksud yang lebih halus dan dalam daripada yang dapat diibaratkan atau dikiaskan dengan kata-kata atau sesuatu istilah.  Ianya kinayah iaitu mempunyai maksud yang tidak zhohir dan tersembunyi di sebalik itu yang tiada Shorikh diisti'malkan yakni yang tidak benar/tepat digunakan atau difahami sebagaimana yang ingin dimaksudkan oleh mereka.

Keterangan dan Huraian Selanjut oleh Tok Pulau Manis

Maka barangsiapa berisyarat kepada Allah Taala Yang Menilik Ia bagi isyaratnya dan diperolehnya Allah Taala terlebih hampir kepadanya daripada isyaratnya;   maka tiadalah ia arif atas Tahqiq kerana bahwasanya ia bersifat Farqii dengan syuhudnya bagi segala Agyar;   tetapi Arif itu iaitu yang fana dalam wujudNya yang terlipat dalam syuhudnya yang ghaib daripada isyarat dan Musyir dan Musyaribih .

Keterangan Suluk

Bersambung.....Insya Allah.....jika direzekikan lagi di bawah tajuk Berkenaan Isyarat

[[Kembali ke Index Pengajian Kitab Hikam]]

Semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya
Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Besar