Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Pengajian Kitab Hikam Kuliah Maghrib Hari Khamis ( 22. 06. 2000 / 19 Rabiul Awal 1421)
ISTIDRAJ YANG 
SERINGKALI DILUPAKAN 
Sambungan Dari Pengajian Terdahulu

Sambungan Keterangan Dari Pengajian Terdahulu oleh Tok Pulau Manis

Maka adapun orang yang syukur dengan lisannya dan tiada syukur pada segala anggotanya,  maka umpamanya seorang lelaki baginya pakaian diambil pada dua tepinya dan tiada dipakainya pada sekeliannya.  Maka tiadalah memberi manfaat akan dia demikian itu daripada panas dan sejuk dan embun dan hujan.

Keterangan Suluk

Orang yang bersyukur dengan sekadar melafazkan kata-kata pujian seperti;

dengan tidak menghayati kesempurnaan kesyukuran itu iaitu dengan melipatgandakan dan  memperbanyakkan amal ibadat di samping melaksanakan  amal kebaikan sesama manusia adalah seumpama seorang yang "kurang sempurna akalnya".  Dikatakan kurang sempurna akalnya kerana beliau diberikan milik sepasang pakaian,  tetapi tidak memakai untuk menutup kesemua tubuhnya.  Buat apa memliki sepasang kain yang cantik,  sedangkan tubuh bertelanjang????.  Tidaklah jauh bezanya dengan...... Dengan demikian,  bagi mereka yang sempurna akalnya ialah menjelmakan penghayatan syukur yang sebenar-benarnya sebagaimana yang  dikehendaki.  Perihal ini boleh difahami dari......

Keterangan selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan berhimpun segala ibarat daripada syukur itu dengan katanya..........

Bermula syukur itu mengetahui dengan hati dan menyebut-nyebut dengan lisan dan mengerjakan dengan segala anggota.

Keterangan Suluk

Tegasnya komponen syukur yang mesti dilengkapi oleh seorang hamba yang ingin menghayati hakikat kesempurnaan syukur  sebagaimana semestinya ialah;

Selebihnya,  jika seorang hamba berhajat untuk mengetahui cara-cara atau jalan-jalan untuk mengikat sesuatu  nikmat dari Allah,  maka sebaiknya diperhalusi pula Kalam Hikmah Sheikh Ibnu Athoillah selanjut sebagaimana berikut;

Terjemahan oleh Tok Pulau Manis

Dan apabila engkau berkehendak akan barang yang menanggung ia atas syukur
 

Takut olehmu daripada sentiasa ihsannya Allah kepadamu dan daripada sentiasa kejahatanmu sertaNya.  Bahawa yang demikian itu mengeluarkan bagimu seperti firman Allah Taala;  "Lagi akan Kami lorongkan mereka itu daripada sekira-kira tiada mengetahui mereka itu pada yang demikian itu"

Keterangan Suluk

Seorang hamba yang mukmin adalah seorang hamba yang sentiasa dibayangi oleh rasa takut dan gerun dengan kekuasaan Allah.  Rasa ketakutan terhadap Allah adalah merupakan pakaian dan perhiasan seorang hamba yang bertakwa sebagaimana yang seringkali diulang-ulangkan dalam Kitab Al-Qur'an dan hadis Rasulullah SAW.

Dan rasa ketakutan ini hendaklah ditingkatkan lebih-lebih lagi apabila kita sentiasa dilmpahkan dengan ihsan kebaikan dari Allah Taala dengan pelbagai nikmat yang zhohir dan yang batin,  sedangkan pada waktu yang sama kita sentiasa berada dalam keadaan lalai, dan banyak melakukan dosa dan maksiat.
 

Namun demikian,  bagi mereka yang tidak sedar,  mereka merasakan bahawa; Inilah antara wajah-wajah kejahilan kebanyakan manusia berdosa dalam menerima nikmat Allah.  Mereka merasa selesa dan seronok dengan kebaikan Allah dalam maksiat yang dikerjakan sedangkan mereka lupa,  mungkin mereka dilorongkan ke arah jalan kekufuran nikmat dan Istidraj.

Apa itu Istidraj?
dan bagaimana rupa wajah-wajah Istidraj ini?.

Perkara inilah yang boleh kita fahami dan yang menjadi intipati perbincangan dan huraian selanjutnya oleh Tok Pulau Manis.

Keterangan dan huraian oleh Tok Pulau Manis

  • Bermula takut daripada Istidraj pada segala nikmat itu daripada sifat mukmin;
  • dan ketiadaan takut daripadanya serta sentiasa atas kejahatan itu daripada sifat  Munafik;
  • dan dikata orang daripada alamat Istidraj itu mengendarai kejahatan dan ghurur padanya.  Maka suka yang didatangkan itu,  maka diambil mereka itu terkejut,  maka tiba-tiba mereka itu putus daripada Rahmat(Allah).  Maka barangsiapa menyenangkan ia dengan ihsan(Allah) kepadanya pada halnya ia kejahatan,  maka iaitu Istidraj.

    Keterangan Suluk

    Permulaan yang perlu dingatkan dari keterangan di atas ialah;

    Inilah hal yang membezakan seorang hamba yang munafik dan hamba mukmin dalam menerima sesuatu limpah kurnia dari Allah Taala.

    Untuk mengenali sama ada sesuatu pemberian nikmat itu Istidraj atau tidak,  maka kunci utamanya ialah meneliti dan menilai keadaan diri kita.  Jika diri sentiasa dalam keadaan melakukan kejahatan dan maksiat,  sedangkan nikmat datang bertimpa-timpa,  maka itulah Istidraj.

    Awaslah dan waspadalah kerana di sebalik segala limpahan nikmat itu terselindung ghurur atau tipu daya yang bisa menghumbankan seseorang pada lembah kemusnahan  dengan tiba-tiba.  Ya... secara terkejut dan tiba-tiba saja,  segala kesenangan dan nikmat itu akan disentak yang menjadikan mereka itu  putus daripada Rahmat(Allah).

    Maka barangsiapa menyenangkan ia dengan ihsan(yakni kebaikan Allah) kepadanya pada halnya ia(bergelumbang dengan) kejahatan,  maka iaitu Istidraj.
     

    Keterangan selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

    Dan kata Sahl bin Abdullah r.a. dalam makna ayat itu;

    Kami kurniai mereka itu dengan segala nikmat dan Kami lalaikan mereka itu akan segala syukur atas nikmat;  iaitu maka apabila cenderung mereka itu kepada nikmat dan didinding mereka itu daripada yang memberi nikmat,  maka [mati terkejut] diambil mereka itu.

    Keterangan Suluk

    Untuk memperkembangkan lagi idea dan kefahaman berkenaan Istidraj ini,  selanjutnya didatangkan keterangan tokoh-tokoh ulama sufi yang terkenal.  Dari kata-kata Sahl bin Abdullah r.a. di atas dapat kita fahami bahawa beliau mentafsirkan ayat;   "Lagi akan Kami lorongkan mereka itu daripada sekira-kira tiada mengetahui mereka itu pada yang demikian itu" dengan maksud apabila seseorang itu kufur pada sesuatu nikmat pemberian Allah yakni dengan tidak merasai dan melihat kepada Allah yang memberi nikmat,  maka itulah Istidraj yang akan melalaikan mereka dengan nikmat-nikmat tersebut sehingga segala-galanya akan disentak(ditarik) dengan tiba-tiba tanpa sempat bertaubat dan menyedarinya.

    Keterangan selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

    Dan kata Abu Abbas Ibnu Athoillah;

    Manakala mendatangkan mereka itu akan kesalahan,  maka kami datangkan bagi mereka itu akan nikmat dan kami lupakan mereka itu Istigfar daripada segala kesalahan.

    Keterangan Suluk

    Keterangan di atas lebih kurang sama dengan yang sebelumnya di mana,  orang-orang yang sentiasa ligat dengan melakukan dosa dan maksiat akan dilimpahkan kepada mereka dengan pelbagai nikmat kesenangan duniawi sehingga melalaikan mereka daripada meminta ampun dan bertaubat dengan dosa dan maksiat itu.  Inilah Istidraj.

    Dengan kata lain bolehlah kita katakan apabila sudah berada dalam keselesaan dan kesenangan hidup yang mewah tanpa banyak halangan,  maka biasanya ramai yang akan lupa diri dan berterima kasih kepada Allah,  malahan menggunakan nikmat-nikmat tersebut untuk berbuat dosa dan menderhakai Allah.  Jauh sekalilah orang yang sebegini akan teringat untuk beristigfar dan bertaubat kepada Allah.

    Kenyataan ini boleh difahami dari

    Dan kata abu Qasim al-Qusyairi r.a.;

    Bermula Istidraj itu berturut-turut nikmat dengan tiada takut fitnah.

    Keterangan selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

    Dan tersebut dalam hadis; Telah menceritakan akan dia Ahmad dan lainnya daripada 'Uthbah bin 'Amir r.a.;

    Bahawasanya apabila engkau lihat akan Allah mengurniai akan hambaNya daripada dunia barang yang dikasihnya pada halnya ia mendirikan atas segala maksiatnya,  maka yang demikian itu Istidraj daripadaNya.

    Keterangan Suluk

    Dari keterangan hadis di atas,  maka bolehlah kitakan;

    Demikian jugalah tidak jauh bezanya dengan; Keterangan selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

    Setengah daripada jahil murid akan dirinya dan akan Haq TuhanNya,  bahawa dijahatkan akan adab.  Maka diakhirkan balasan daripadanya.  Maka berkata ia(murid);  Jikalau ada kerjaku ini jahat adab,  nescaya diputuskan  Allah akan tolongNya dan diwajibkan jauhNya.  Dan ini satu bahagi daripada Istidraj yang telah terdahulu sebutnya;  dan jahat adab murid itu mewajibkan bagi balasan,  tetati segala balasan itu bersalah-salahan.

    Keterangan Suluk

    Bersambung lagi di bawah Tajuk yang berikutnya.....Antara Taufiq dan Jizlan

    [[Kembali ke Index Pengajian Kitab Hikam]]

    Semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya
    Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Besar