Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
  Pengajian Kitab Hikam Kuliah Maghrib Hari Khamis ( 26. 04. 2001 /  02 Safar 1422)
BALASAN YANG DISEGARAKAN
SEBELUM DAN SEWAKTU MENDIRIKAN AMALAN
Sambungan Dari Pengajian Terdahulu

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan kata setengah hukamah;

Sabar atas ketiadaan itu terlebih mudah daripada menanggung Kurnia.

Keterangan Suluk

Kata berhikmah di atas terbit dari seorang yang menjejaki hakikat fakir.  Pada mereka menahan sabar sewaktu tidak memiliki sesuatu terlebih mudah daripada menahan kesabaran sewaktu mendapat sesuatu Kurnia dari Allah.

Biasanya apabila seseorang itu merasa dia memiliki atau mendapat sesuatu tidak mampu untuk menahan kesabarannya daripada memenuhi runtunan nafsu dan sifat-sifat basayariyahnya.
Sabar orang kaya yang berkedudukan tidak semudah sabar miskin yang fakir.

Dengan itu sedar-sedarlah ........Bukankah dengan berkedudukan dalam sesuatu hal itu lebih mudah untuk menanggung kesabaran daripada mempertahankan kesabarannya dalam menyimpan ketinggian ilmunya daripada terkalung ke leher unta atau anjing.

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Maka adalah Haq Taala itu apabila Mengasih akan hambaNya,  nescaya dihijabkannya(tidak diberikan) dunia,  dan disyughulkannya padaNya,  dan diAnugerahi Taufiq dan ikhlas dalam amalnya.

Keterangan Suluk

Bila Allah Kasih pada seseorang hamba,  maka akan ditegahkan mereka daripada mendapat dan memiliki dunia dan habuan-habuannya.

Dan apa sahaja bentuk-bentuk keduniaan yang menjadi buruan kebanyakan hambaNya.  Sebaliknya orang yang diKasihi Allah ini akan dihadapkan perhatian dan gerak rasa untuk ta'bud  kepadaNya sentiasa.  Mereka akan dilimpahkan Anugerah; Berikhlas dan berikhlas sehingga menjejaki hakikat dalam ikhlas itu.  Beruntung dan berbahagialah hamba yang mendapat Kasih Sayang Allah yang melimpah ruah itu.

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan kata Sheikh ra.;

Terjemahan dan Keterangan Tok Pulau Manis,  dari Kalam Hikmah Sheikh Ibnu Athoillah As-Kanddari ra yang berikutnya;
 

Maha besar Tuhan kita daripada mu'amalahkan hambaNya akan Dia dengan tunai;  maka membalas Ia akan dia dengan bertangguh.

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Bermula balas segala orang yang mu'amalah itu tiada tertentu dalam negeri akhirat,  tetapi[bahkan] terkadang diZhohirkan Haq Taala daripadanya bagi setengah kekasihNya dalam negeri dunia;  dan demikian itu kerana bahawasanya pekerjaan orang yang mengambil upah yang adil itu diberi upahnya sebelum selesai pekerjaannya.

Keterangan Suluk

Kalam hikmah dan syarah di atas adalah berkaitan dengan ibadat yakni mu'amalah dan balasan terhadapnya.  Ketahuilah,...... dengan kebesaran Allah Yang Maha Tinggi segala pembalasan di atas amal taat dan ibadat yang dikerjakan di dunia ini bukanlah hanya tertentu balasannya di dalam negeri akhirat nanti,  bahkan setengah daripada Kekasih Allah yang dipilih telah pun mendapat habuan balasan mereka secara tunai lagi dunia ini.  Balasan yang tunai sebagaimana tunai amal ibadat yang telah didirikan mereka.   Betapa beruntungnya golongan kekasih Allah ini kerana;

Segala-galanya seakan-akan telah nyata dan terbuka di depan matanya,  berada dalam pekerjaanNya dan menetap pada KeadaanNya.
 

Demikianlah hebatnya limpahan Kasih Sayang Allah sehingga

Hal yang demikian itu adalah kerana  bahawasanya pekerjaan orang yang mengambil upah yang adil itu diberi upahnya sebelum selesai pekerjaannya. Yang dimaksudkan upah yang adil ialah Dengan kerana mereka memiliki hal ta'bud yang adil itu,  maka selayaknya mereka diberikan pembalasannya sebelum dan semasa mendirikan hak-hak Ubudiyah mereka.  Antara contoh mudah wajah pembalasan ini ialah dengan sholat; Allah jua yang menentukan dan mengkadarkan segala sesuatu buat hamba-hambaNya.   Keterangan yang lebih terpeninci berkenaan dengan wajah-wajah pembalasan ini boleh diperolehi dari.........

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan ketahui olehmu bahawasanya Haq Taala itu baginya Ihsan yang terdahulu yang membalas dengan Dia akan orang yang mengerjakan amal kemudian.

Maka

Dan tiap-tiap demikian itu semata-mata AnugerahNya daripada tiada mustahak dan tiada sebab.

Keterangan Suluk

Adalah tiap-tiap daripada wajah Ihsan Allah di atas adalah sebagai satu Anugerah dari Allah Taala semata-mata;

Semata-mata sebagai satu limpah kurnia yang diAnugerahkan buat hamba-hambaNya yang terpilih.  Hamba yang diKasihi dan hamba yang diRedhoi.

Terjemahan dan Keterangan Tok Pulau Manis,  dari Kalam Hikmah Sheikh Ibnu Athoillah As-Kanddari ra yang berikutnya;
 

Maka memadailah daripada balasan Allah akan dikau atas kebaktian itu bahawa Redho Ia akan dikau bagi taat itu halnya.

Keterangan Suluk
 

Bersambung lagi dalam catatan pengajian yang berikutnya  Hamba Yang Diredhoi........

[[Kembali ke Index Pengajian Kitab Hikam]]
Semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya
Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Besar