Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Pengajian Kitab Hikam Kuliah Maghrib Hari Khamis ( 26. 04. 2001 /  02 Safar 1422)
IHSAN ALLAH
WAJAH KEBAIKAN DI SEBALIK SESUATU TEGAH
Sambungan Dari Pengajian Terdahulu

Terjemahan dan Keterangan Tok Pulau Manis,  dari Kalam Hikmah Sheikh Ibnu Athoillah As-Kanddari ra yang berikutnya;
 

Bermula pemberian daripada makhluk itu dinding;  dan tegah daripada Allah itu kebajikan.

Keterangan Suluk

Kalam Hikmah di atas membawa kita kepada perihal yang berkaitan dengan "pemberian"  dan "tegah".    Kita diminta agar dapat memahami dan membezakan mana satunya hakikat "pemberian" yang sebenarnya dan mana satu yang dimaksudkan sebagai "tegah".

Mengikut kebiasaan basyariyah,  kita akan rasa dan seronok apabila "diberikan"  sesuatu hadiah dari seorang kawan.  Kita berterima kasih kepada sahabat kita di atas perhatian dan kebaikan yang diberikannya.  Kita akan sentiasa mengingati kebaikan-kebaikan yang mereka berikan kepada kita.  Setiap kali mereka berbuat kebaikan kepada kita,  bertambahlah kesukaan kita kepada kawan kita itu.   Namun apa yang perlu disedari ialah tilikan kita kepada kebaikan dan kesukaan kita kepada kawan kita itu,  dari segi hakikatnya adalah dinding atau hijab.  Hijab-hijab yang mendindingkan kita daripada melihat dan menyaksikan Yang Haq    Sepatutnya kita melihat kepada "Yang Memberi"  bukannya kepada apa yang diberi dan bukannya kepada asar(kesan) atau asbab.

Dengan demikian hendaklah difahami bahawa melihat  pemberian daripada makhluk itu adalah dinding yang menghijabkan  seseorang daripada memandang kepada Yang Ampunya Haq.  Sebailknya tegah daripada Allah itu adalah bermaksud menerima suatu kebaikan daripada Allah Taala.

Sebenarnya,  mengikut perkiraan makrifat, pelbagai sekatan dan tegahan daripada mendapatkan itu dan ini adalah sebenarnya kebaikan dan kebajikan yang Allah limpahkan kepada kita.  Bagaimana ya???? Tak dapat,  tak kesampaian maksud dikatakan sebagai satu kebajikan!!!!!

Kebajikan itu terhimpun dalam tegahan itu secara berhikmah dan seni sekali.  Demikianlah perlakuan Allah Taala buat hamba pilihanNya.  Jika kita susurgalurkan perjalanan para Ambiya' dan Rasul serta Mursalin,  kita akan dapat kebanyakan daripada mereka ditegahkan untuk bahagian kesenangan di dunia ini.

Maka apabila dimengertikan hakikat tegahan itu,  maka fahamlah oleh mereka yang memahami bahawasanya mereka sebenarnya dilimpahkan dengan pelbagai nikmat dan kebajikan dari Allah Taala.

Masya Allah.......bagaimanakah mungkin dapat disyukuri nikmatnya yang tiada kehinggaan ini????

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Bermula diberi daripada makhluk bagimu itu dinding atas sebenar-benarnya kerana;

dan tegah daripada Allah Taala bagimu itu kebajikan kerana bahawasanya melazimkan ia kan dikau berdiri pada pintuNya.

Keterangan Suluk

Keterangan selanjutnya menjelaskan kenapa pemberian makhluk itu dikatakan sebagai dinding atau hijab yang sebenar-benarnya?   Sebab-sebab ianya menjadi dinding adalah;

Kenapa pula  tegahan Allah daripada mendapatkan nikmat-nikmat keduniaan sebagaimana yang diberikan kepada hambaNya yang lain boleh dikatakan sebagai setu kebajikan yang besar????.  Sebab-sebab yang menjadikannya kebajikan ialah; Bukankah dengan berdirinya hamba di depan pintuNya ini menunjukkan mereka telah diberikan kebajikan dan kebaikan yang besar;  melebihi kebaikan-kebaikan yang lain???????

Oleh kerana itu,  kebajikan ini sebenarnya adalah sebagai satu Kurnia dari Allah Taala buat hamba pilihanNya.

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Maka adalah tegah daripada Allah itu keadaan Kurniaan;  dan Kurniaan itu kaedaan tegah bagi orang yang faham murad(maksud)nya.  Dan tiada faham akan yang demikian itu melainkan orang yang Sidiq.

Keterangan Suluk

Sebagai rumusannya,  maka Tegah daripada Allah itu sebenarnya adalah wajah atau keadaan anugerah Kurnia dariNya.  Dan sememangnya sesuatu Kurniaan itu adalah sentiasa berkeadaan atau berwajahkan Tegah daripada memiliki sesuatu habuan yang berbentuk keduniaan.   Kenyataan ini pula hanyalah disedari oleh mereka yang faham akan maksud di sebalik sesuatu hakikat itu.  Dan  sesungguhnya tidaklah akan dapat memahami Kurniaan dalam Tegahan itu melainkan orang-orang yang Sidiq yakni mereka;

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
 

Dan kata Sheikh Abu Hasan ra:;

Berwasiat akan daku [oleh]Sheikhku Abu Muhammad Abdul Salam Mushaisin rahimallah.  Maka katanya;

Engkau lari daripada kebajikan manusia itu baik daripada barang yang engkau lari daripada kejahatan mereka itu.  Maka bahawasanya

dan bahawasanya


Keterangan Suluk

Satu peringatan dan pesanan yang amat berguna buat para Salik yang masih banyak bermain-main dengan manusia atau lain-lain makhluk.  Waspadalah wahai diri yang lalai;

Semuanya itu adalah berupa;   menagihkan kebajikan daripada mereka yang akan meninggalkan kesan dan bekas di hatimu.  Bila membekas di hati,  pandangan mata hatimu akan tersasar daripada Yang Haq dengan menumbuhkan pelbagai penyakit dan janabah yang akan membenamkan engkau ke tempat yang hina dan liwat(kotor).  Untuk itu;

Hendaklah engkau bersungguh-sungguh lari dan jauhkan dirimu daripada mendapatkan kebajikan dan kebaikan makhluk.  Lebih baik bagimu terima apa sahaja keburukan yang dikenakan pada badan engkau.

kerana kejahatan mereka itu akan cuma meninggalkan kesan pada anggota badannmu sahaja.  Dan inilah tidak berapa bahaya sangat jika dibandingkan kebaikan mereka yang akan melekatkan di hatimu yang nantinya akan membenamkan hati  engkau ke dalam lembah kekufuran.
Masya Allah......berapa keratkah mereka yang dapat berkeadaan begini; Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan kata setengah mereka itu(sufiah);

Mulia mencacikan diri itu terlebih mulia daripada suka beroleh faedah

Keterangan Suluk
 

Bersambung lagi dalam catatan pengajian yang berikutnya BALASAN YANG DISEGARAKAN

[[Kembali ke Index Pengajian Kitab Hikam]]
Semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya
Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Besar