Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Pengajian Kitab Hikam Kuliah Maghrib Hari Khamis ( 19. 04. 2001 /  27 Muharram 1422)
KERAMAT YANG HAKIKI
YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SEBENAR-BENAR LIPAT
Sambungan Dari Pengajian Terdahulu

Terjemahan dan Keterangan Tok Pulau Manis,  dari Kalam Hikmah Sheikh Ibnu Athoillah As-Kanddari ra yang berikutnya;
 

Bermula lipat yang hakiki itu bahawa dilipatkan pengantaraan(medan) dunia daripadamu hingga engkau lihat akan akhirat itu hampir kepadamu daripada dirimu. 

Keterangan Suluk

Lipat ialah suatu istilah yang dirujuk kepada suatu keistimewaan atau Keramat yang mencarik adat yang dikurniakan Allah kepada seseorang hambaNya.  Ianya jarang-jarang berlaku  dan jika ianya terjadi,  peristiwa itu sering dikaitkan dengan kelebihan seorang Aulia Allah.

"Lipat bumi" di mana ianya bermaksud seorang hamba punya keistimewaan yang membolehkan mereka pergi dan pulang dari satu destinasi ke satu destinasi dalam waktu yang singkat.
Contohnya seorang yang tinggal di Terengganu tetapi bersholat Jumaat di Mekah dan kembali semula dan kemudiaannya dapat bersholat Asar di Madinah.  Perjalanan mereka dapat disingkatkan dalam beberapa langkah sahaja di mana jika mengikut adat kebiasaannya jika berjalan kaki;  ianya  akan mengambil masa berbulan-bulan lamanya.

Terdapat banyaklah cerita-cerita mengenai kelebihan orang-orang Sholeh dahulu kala yang dapat melipat bumi(menyingkatkan perjalanan yang jauh) ini sebagaimana yang pernah dicatitkan oleh As-Sariy As-Saqqathy r.a,  Ibrahim Adham,  Zin-Nun rahimahullah,  dan Aulia-Aulia Allah yang lain.

Mendengar cerita-cerita dan kelebihan-kelebihan beberapa orang hamba Allah yang istimewa itu memang menarik dan mengkagumkan.  Penuh dengan kehebatan-kehebatan yang sukar untuk ditandingi dengan sebarang teknologi dan kadang-kadang sampai memukaukan pandangan hati seorang murid dan salik.  Pun demikian,  kelebihan-kelebihan tersebut hendaklah diambil sebagai i'tibar dan pengajaran dalam memantapkan keyakinan kita kepada Kehendak dan Kekuasaan Allah Yang boleh memecahkan sesuatu aturan yang sedia teradat di samping Pengiktirafan Allah di atas kebenaran jalan-jalan yang ditempuh oleh Aulia Allah.  Janganlah dijadikan pula keramat yang boleh melipat bumi sebagai maksud atau tuju hati;  jauh sekali daripada mengharap-harapkan keistimewaan itu sebagai peneguh amalan atau tanda-tanda bagi mendapatkan kewalian.

Ini adalah kerana lipat bumi yang sedemikian bukanlah lipat yang hakiki atau keistimewaan yang sebenar-benarnya yang perlu dicari.  Lipat yang hakiki itu ialah dilipatkan pengantaraan(medan) dunia daripdamu hingga engkau lihat akan akhirat itu hampir kepadamu daripada dirimu  yakni memiliki keyakinan Iman yang tinggi dan teguh kepada Kekuasaan Allah sehingga dapat dilihat yang akhirat itu terlebih hampir dan dekat melebihi dekatnya dengan diri sendiri.   Keyakinan Iman yang tinggi ini memancarkan cahaya makrifat di jiwa mereka sehinggakan bisa menembus pandangannya melewati sebab dan aturan malahan bisa menembus dimensi masa dan ruang dalam tilik yang sesaat.

Bukankah ini yang dikatakan sebenar-benarnya lipat atau yang paling  pantas.

Tetapi bahkan;
Cepatnya langkahan keyakinan dan makrifat mereka sehingga melewati dari alam dunia ini sehingga mengembara ke alam barzakh,  yaumul masyar,  ke syurga  dan neraka dalam setiap nafas hidupnya. Inilah hakikat sebenarnya lipat,  dan hakikat "keramat lipat" yang sebenarnya.  Melipatkan segala sesuatu hinggakan dengan pantas dan cepat,   jiwanya sentiasa teguh berada di alam akhirat atau alam yang memisahkan antara yang haq dengan yang batil.

Berkenaan memandang akhirat itu terlebih dekat daripada diri sendiri  sehingga melewati semua dimensi masa dan ruang,   sukalah dipetik kata-kata Imam Ghazali dalam Misykaatul Anwar sebagaimana berikut;

Orang-orang yang mempunyai makrifat seperti ini(lipat hakiki) tidak perlu menunggu kebangkitan hari Qiyamat untuk mendengar Allah berfirman;

"Siapakah yang berkuasa hari ini?  Allah sahaja Yang Esa dan tidak ada tandinganNya"(Al-Quran).

kerana firman itu sentiasa kedengaran oleh mereka yang mempunyai makrifat (lipat hakiki)itu.  Mereka hairan mengapa diteriakkan "Allahhu Akbar" yang menunjukkan ia lebih besar daripada segala kebesaran yang lain.  Kenapa? kerena yang besar itu adalah Dia dan Dia sahaja yang mempunyai kebesaran.  Lain dari Dia tidak ada besarnya bahkan yang lain itu adalah kosong,  tiada ada yang bersekutu dengan Dia.  Semua yang wujud ini,  pada hakikatnya adalah WujudNya jua.(Intaha: Misykaatul Anwar; Imam Ghazali)

Sebagai detailnya lagi,  marilah kita sama-sama jelujuri pula keterangan-keterangan Tok Pulau Manis berkenaan lipat yang hakiki ini sebagaimana yang terdapat .........

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Bermula lipat pengantaraan(medan) dunia itu hanya sanya tasawwur daripada hamba itu jikalau bercahaya Nurul Yakin dalam hatinya.

Maka pada ketika itu nafilah dunia dalam nazhornya dan terlipatlah(dunia)  dalam i'tibarnya;  dan dilihat akhirat hadir kepadanya;  maujud kepadnya;  dan dilihatnya(akhirat) terlebih hampir kepadanya daripada dirinya kerana zat(tubuh)nya fana' terlebih dengan i'tibar ini(akhirat) .

Keterangan Suluk

Perenggan pertama menegaskan kepada kita bahawa tidak akan terlipat medan(dimensi masa dan ruang) dunia  ini  melainkan pada hati atau jiwa hamba yang telah terterap atau terupa(tasawwur)  Nurul Yakin(Cahaya Keyakinan).  Hanya dengan tahqiqnya cahaya keyakinan(Nurul Yakin) ini,  segala sesuatu yang samar dan jauh akan jadi terang dan dekat.

Maka pada ketika itu yakni pada ketika bercahayanya hati dengan keyakinan yang teguh itu,

Di mana akan dilhatnya dirinya sentiasa berhadapan dengan keadaan alam akhirat; Ini adalah kerana diri seseorang itu akan terlebih-lebih lagi fana bila berhadapan dengan alam akhirat ini.

Perlu dijelaskan di sini,  yang dimaksudkan dengan akhirat itu ialah alam di mana;

Bukankah kebolehan untuk melipat dunia ini dan terus secara langsung melihat akhirat itu sebagai satu-satunya keramat yang lebih sempurna dan hakiki daripada keramat lipat bumi itu?  Persoalan inilah yang ingin ditegaskan dari Kalam Hikmah dan keterangan Tok Manis di atas.

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Maka barangsiapa ada dengan ini Musyahadah,  maka tiadalah tasawwur daripadanya kasih yang ghaib yang fana  iaitu dunia;   dan digantinya dengan yang hadir yang kekal iaitu akhirat.

Keterangan Suluk

Maka apabila hati seseorang hamba sentiasa berada dalam keadaan Musyahadah kepada sesuatu yang kekal dan yang haq,  maka sudah tentu tidak akan terupa dan terterap lagi di hatinya cenderung dan kasih kepada sesuatu yang akan hilang dan binasa iaitu dunia dengan segala isinya.

Bukan semestinya nya dengan dibuang segala harta benda yang ada
Bukannya semestinya dengan membuang diri ke bukit atau gua

Tetapi dalam musyahadah itu,  segala sesuatu yang mengelilinginya tidak sempat dipandang kerana telah terlipat dunia dan idea-idea yang berkaitan dalam musyahadahnya kepada sesuatu yang nyata di depan matanya,  sesuatu yang kekal iaitu alam akhirat.

Maka tidak munasabahlah,  dalam Musyahadah ini,  masih terdapat lagi pandangan dan tilikan kepada dunia;

Inilah pandangan Ahli Musyahadah yang memiliki keramat "melipat" dalam erti kata yang sebenar(hakiki).

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan kerana demikian itu adalah asal roghob pada dunia itu dan melemahkan dia atas akhirat itu tanda dhoif al-yakin.

Keterangan Suluk

Dengan keterangan yang telah diperhalusi sebelum ini,  maka hendaklah difahami bahawa asal atau punca yang menyebabkan tidak terlpatnya akhirat dalam pandangan hatinya ialah kerana roghob atau gemar/cenderung hati pada dunia atau pada sesuatu yang bersifat sementara dan akan binasa.

Dan ketahuilah,   lemahnya pandangan kepada akhirat itu dengan sebab cenderung dan gemar kepada sesuatu dunia,  maka itu menunjukkan tanda-tanda yang seseorang itu memiliki Iman yang dhoif/lemah keyakinannya.   Masih dibelenggui dengan syak dan waham dalam Ketuhanan.

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Maka;


Keterangan Suluk

Setelah difahami bahawa tahqiq hatinya seorang hamba dengan Nurul Yakin yang memancarkan cahaya makrifat,

Dan inilah sesuatu yang tidak diberikan sebarang nilai dan harga pun di sisi Allah.

Masya Allah......betapa ruginya...............

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Maka inilah lipat yang hakiki bagi pengantaraan dunia yang memuliakan Haq Taala dengan dia segala kekasihNya;  dan dengan dia Tahqiq Ubudiyah mereka itu bagi Tuhan mereka itu.

Tiada terlibat pengantaraan,  terkadang ada ia Istidraj dan Makri.

Keterangan Suluk

Maka dengan memiliki Nurul Yakin yang memancarkan cahaya makrifat sehingga dilihatnya akhirat berdiri di depannya inilah yang dikatakan sebagai "Lipat Yang Hakiki" selagi seorang hamba itu masih berada di medan dunia ini.  Dengan anugerah "Lipat Yang Hakiki"  inilah Allah Taala memuliakan para KekasihNya di kalangan hamba-hambaNya Yang Terpilih.

Berhiasan dan berpakaianlah mereka dengan jiwa yang Tahqiq Ubudiyahnya bagi Tuhannya Allah.

Kekasih-kekasih Allah ini tidak terlibat sama sekali dengan sebarang pengantaraan keramat dunia dengan kelebihan lipat dunia atau berjalan di atas air.

Sama sekali mereka tidak akan terlibat dengan sebarang pengantaraan medan dunia  ini,
kerana keramat-keramat dunia ini Demikianlah betapa mulia dan istimewanya anugerah Nurul Yakin ini kepada hamba-hamba yang dipilih sebagai KekasihNya.

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan dikata setengah mereka itu(sufiah);

Bermula dunia itu satu langkah mukmin;  yakni bahawasanya dilangkahinya dengan zahid dalam satu ketika.

Keterangan Suluk

Memperkukuhkan keterangan sebelumnya,  maka petikan kata-kata Sufi di atas diperturunkan.  Betapa singkat dan betapa sempitnya di dunia jika dibandingkan dengan ahli-ahli cahaya(Nur Yakin/Makrifat) yang jiwa mereka dapat menjangkau alam Ketuhanan dalam satu langkahan sahaja.  Menurut Tok Pulau Manis orang-orang Mukmin yang dapat melangkahi dunia ini sehingga menjejaki Alam Ketuhanan ini adalah  kerana hal keadaan diri mereka yang zahid yakni dingin hati dan tidak gemar kepada sesuatu keistimewaan yang berbentuk keduniaan.  Walau untuk seketika sahaja sudah cukup kerana Zahid ini melepaskan terus kaitan dirinya dengan pengaruh nafsu syahwat dan basyariyah.

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan dikata orang bagi Abu Yazid[Al-Bustomin ra.];


Keterangan Suluk

Keterangan Aulia Allah yang memang harum namanya ini cukup jelas dalam membimbing kita kepada apa sepatutnya dihairankan.  Bukan dengan melipat bumi,  bukan dengan berjalan di atas angin,  bukan dengan berjalan di atas air tetapi bahkan apa yang perlu hairankan ialah;

bukannya dengan asyik melilau dan berkeliling dengan ilmu ini dan ilmu itu,  amalan ini dan amalan itu,  sebabnya begini aturannya bergitu.

Semata-mata keistimewaan dirinya yang boleh berada dalam "pekerjaan"  itu dan "keadaan"  itu  dalam satu masa jua. (Untuk santapan "jiwa yang memikir dan membuat kesimpulan".   Jiwa yang bercahaya dan dapat menjadikan sesuatu yang lain bercahaya)

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Kata Murna'is ra:;

Barangsiapa diperoleh daripada menyalahi hawa nafsu,  nescaya terlebih besar daripada yang berjalan di atas air dan di atas angin.

Keterangan Suluk

Bersambung lagi dalam catatan pengajian yang berikutnya .....Ihsan Allah .Insya Allah

[[Kembali ke Index Pengajian Kitab Hikam]]
Semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya
Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Besar