| Amal Ahli Mahabbah & Ahli Ikhlas |
5 nasihat yang menginsafkan.
Telah di ceritakan dalam kitab Tawwabin bahawa seorang lelaki menemui
Ibrahim Bin Adham. Ia berkata kepada Ibrahim "Hai bapa Ishaq
(Ibrahim). Saya ini telah menzalimi diriku sendiri, maka terangkanlah
padaku sesuatu yang dapat menginsafkan diriku dan menyelamatkan hatiku."
Ibrahim Adham menjawab "Jika engkau dapat men erima dan boleh melakukan
lima perkara (yang akan aku katakan) Nescaya apa saja kesedapan yang engkau
kecapi tidak akan memudaratkan dirimu. Lelaki tersebut pun berkata
"apa dia? Cubalah engkau beri tahu wahai bapa Ishaq."
Ibrahim menerangkan.
"Pertama. Apa bila engkau hendak menderhaka kepada Allah Azza
Wajalla maka janganlah engkau memakan rezekinya! Lelaki itu meninggalkan
dan berkata "Dari sumber mana lagi hendak makan, sedangkabn segala
yang ada didunia ini ialah rezeki kurniannya." Ibrahim Adham mencelah
"Wahai fulan adakah patit dan wajar engkau memakan rezeki dan kurnian "Tentu
tidak" Jawabnya "Baiklah yang kedua?" Ibrahim menerangkan lagi.
"Bila engkau hendak menderhaka kepada Allah maka janganlah engkau menginap
dimana-mana pun diatas dunia ini." Lelaki itu pun berkata "Ini lebih
hebat dari yang pertama. Kalau Timur Barat dan antara kedua-duanya
semuanya adalah milik Allah maka dimana pulak aku nak tinggal?" "Ibrahim
mencelah "Hai fulan adakah patut makan rezeki Allah, tinggal di buminya
kemudian engkau derhaka padanya?" " Tidak" jawabnya. "Baiklah
yang ketiga apa?" "Kalau engkau mahu juga menderhaka sedangkan engkau
memakan rezekinya dan tinggal dibuminya maka carilah tempat yang kira dia
tidak nampak engkau mencabar perintahnya, kalau sudah engkau temui,
Nah engkau lakukan maksiat tersebut. Lelaki itu pun berkata :
"Hai Ibrahim! bagaimana dapat aku membuat demikian sedangkan Allah
Maha Mengetahui, malah ia tahu apa yang tersembunyi sekali pun?!
Ibrahim menjawab "Hai fulan adakah patut engkau memakan rezekinya,
tinggal di buminya, menderhaka kepadanya walhal ia mengetahui hakikatmu
dan melihat apa yang engkau lakukan secara terang-terang?" "Tanya
lelaki itu lagi. Jawab Ibrahim "apabila tiba malaikat maut
hendak mencabut nyawamu maka katakanlah kepadanya. "Berikan aku tempoh
untuk bertaubat nasuhah dan untuk beramal solleh kerana Allah." Takkanlah
dia mahu menurut perintah. Jawab lelaki itu. "Hai fulan"
Kata Ibrahim. "Apakah dalam keadaan engkau tidak berdaya menolak
maut, untuk mendapat tempoh bertaubat, dan engkau faham betul
bahawa maut datang engkau tidak akan diberi tempoh maka dalam keadaan begitu
engkau masih mengharapkan engkau boleh selamat?" Lelaki itu bertanya
lagi "Yang kelima?" Ibrahim menerangkan "Apabila datang malaikat
Zabaniah pada hari qiamat hendak membawamu masuka neraka maka janganlah
engkau mahu pergi bersamanya!". "Sudah tentu mereka tidak akan biarkan
aku, atau menerima permintaanku". Sampuk lelaki itu.
Kata Ibrahim "Kalau begitu bagaimana engkau boleh selamat?" "Lelaki
itu pun berkata "Wahai Ibrahim cukuplah? Saya minta ampun kepada
Allah dan saya bertaubat kepadanya. "Lelaki itu ikut beribadah bersama
Ibrahim Adham hinggalah mereka dipisahkan oleh ajal masing-masing.
NASIHAT KEPADA MASYARAKAT
"Aku bersahabat dengan sebahagian besar ahli ibadah di Gunung Lubnan.
Semuanya menasihatkan begini : "Kalau engkau kembali ke masyarakat nasihatilah
mereka deengan empat perkara:
"Barang siapa banyak makan tidak akan menemui nikmatnya ibadah. Barang siapa banyak tidur umurnya tidak ada berkatnya. Siapa yang ingin diredhai oleh manusia sahaja maka janganlah mengharap redha Allah s.w.t.. Barang sipa banyak omong kosong dan banyak mengumpat, maka ia akan keluar dari Agama Islam, jadi Suul Khatimah (akhir hayat yang buruk) na'uzubillah."
Syarat Maqbul doa :
Beliau pernnah ditanya "Mengapa kami berdoa, tetapi tidak dimakbulkan,
padahal Allah berfirman (maksud) "berdoalah kamu sekalian kepadaku,
nescaya aku kabulkan. "Jawab Ibrahim Adham, "Hal itu kerana matinya
hati anda. "Kemudian ditanya, "Apakah yang menyebabkan matinya
hati itu? Jawab Ibrahim Adham aku ada lapan perkara yang menyebabkan
matinya hati :
1. Anda mengetahui hak Allah tetapi tidak anda tunaikan.
2. Anda membaca Al-Quran, tetapi anda tidak
amalkan ajaran-ajarannya.
3. Anda mengatakan kami cinta pada Rasulullah s.a.w.
padahal anda tidak mengamalkan sunnah baginda.
4. Anda mengatakantakit mati, tetapi anda tidak
bersiap-siap untuknya.
5. Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya syaitan itu
musuh kalian, maka perlakukanlah sebagai musuh" (surah Fathir
ayat 6) akan tetapi kamu bersahabat dengan dia untuk berbuat berbagai-bagai
dosa.
6. Anda takut neraka, tetapi anda menjuruskan
badan anda ke arah neraka.
7. Anda mengatakan cinta kepada syurga, tetapi
anda tidak beramal untuk mendapatkan syurga.
8. Apabila anda bangun dari tempat tidur anda menyembunyikan
aib anda ke belakang dan
membentangkan keaiban orang lain dihadapan anda. Lalu anda membuat
kemurkaan Allah. Bagaimana Allah akan mengabulkan doa anda?"
"Seseorang tidak akan mencapai darjat orang solihin sehingga melalui enam rintangan :
1. Menutup pintu kemuliaan, membuka pintu kehinaan.
2. Menutup pintu nikmat, membuka pintu kesukaran.
3. Menutup pintu istirehat, membuka pintu perjuangan.
4. Menutup pintu tidur, membuka pintu jaga.
5. Menutup pintu kakayaan, membuka pinti kemiskinan.
6. Menutup pintu harapan, membuka pintu bersiap
menghadapi maut.
.
|
|
|
|