Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!



HomepagesMP3sEmailGames

MAKSUD:

PERSILATAN GERAKAN SUCI MANGKUBUMI

Seni Persilatan Gerakan Suci Mangkubumi adalah gerak buah dan tari fizikal yang terhasil dari gerakan dalaman diri seseorang manusia. Gerakan ini adalah yang bersesuaian dengan fitrah dan kejadian manusia itu sendiri. Gerakan ini mengeksploitasi kesemua kekuatan yang dijadikan Allah pada diri setiap manusia. Sebagai contohnya pada tangan seseorang ada LIMA UNSUR KEKUATAN yang dikurniakan Allah yaitu Buku Lima, Ruas Jari, Papan Sisi Tapak dan Tapak Depan.
Kelima-lima unsur kekuatan ini dimanifestasikan dalam gerak pencak silat PGSM.

Pelajaran awal adalah berkisar kepada latihan menggunakan kesemua unsur kekuatan yang ada pada diri seseorang manusia. Ia akan dibantu melalui gerakan pencak silat dalaman kurniaan Illahi yang dipohon terus dari Illahi tanpa menggunakan bantuan Jin dan sebagainya. Gerakan pencak silat dalaman ini adalah terhasil dari amalan zikir dan doa ke hadrat Illahi.

Gerakan Suci juga membawa maksud keutamaan kepada kesemua ahli agar mensucikan diri dari maksiat dan syirik termasuk syirik yang tersembunyi. Para ahli diingatkan agar tidak meninggalkan solat lima waktu dan kewajipan yang lain serta menghurmati ibu-bapa, guru, rakan seperguruan dan seni persilatan yang lain.

Mangkubumi bermaksud memangku bumi yang dipijak agar kedudukan langkah kaki sentiasa tetap dan tidak mudah bergoyang atau tergelincir. Langkah Kuda-Kuda yang dipasangkan adalah menggunakan unsur kekuatan tenaga dalam yang padu dan jitu pada bumi.

Mangkubumi juga membawa maksud persilatan yang mempergunakan keempat-empat unsur yang terdapat pada bumi yaitu Tanah, Air, Api dan Angin. Unsur tanah adalah unsur diri setiap insan, unsur penyejuk kerana kadang-kadang amalan zikir dan doa boleh membakar semangat juang seseorang. Para ahli juga diberi minum air penawar untuk menyejukkan unsur dalaman diri mereka. Semangat juang yang membara adalah perlu kepada setiap insan agar menjadikan mereka insan yang berani dalam menghadapi apa jua situasi.

Namun semangat ini perlu bertempat agar mereka tidak mencari permusuhan sesama ahli atau dengan persilatan yang lain terutama sesama umat Islam.