Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 


 

Belitan Sejarah

Pergerakan menuntut pembebasan di kalangan orang Melayu Islam di Patani bertambah di tengah-tengah tentangan terhadap dasar kerajaan mahu mengasimilasi mereka dalam budaya Buddha/Siam. Gerakan penentangan itu mulanya dipimpin oleh golongan istana. Ia kemudian beralih kepada golongan pemimpin agama yang menjadi tulang belakang politik pemisahan di Patani dalam tahun-tahun 1970-an. Sejarahnya dapat disusur kembali kepada sekitar 200 tahun lalu sejak kerajaan Siam menjajah kerajaan Patani, yang kini terdiri daripada empat wilayah di selatan Thailand. Kebangkitan semangat kebangsaan Melayu Islam di selatan Thailand dapat dibahagikan kepada empat zaman.
 

PERLUASAN KUASA KERAJAAN SIAM (1785-1867)

1785: Di bawah pemerintahan Rama I, Siam menakluki Patani. Kedah ditawan semula Kelantan dan Terengganu menjadi wilayah pinggiran (tributary states).
1789-1791: Pemberontakan di Patani. Patani dipecahkan kepada tujuh wilayah: Patani, Saiburi (Teluban), Nongchik, Yaring, Yala, Rahman dan Rangae.
1832: Rahman (dekat sempadan Thailand-Perak), mengisytiharkan menjadi republik. Wilayah lain, kecuali Yaring, ikut memberontak, tetapi dipatahkan.
1838: Pemerintah Nongchik, Yala, Rahman dan Rangae bekerjasama dengan pemberontak Kedah.
1839: Kedah dipecahkan kepada empat kawasan: Kedah, Kabangpasu, Perlis dan Satun. Pemecahan Pattani dan Kedah melemahkan kedua-dua negeri itu.

PENTADBIRAN BIROKRATIK SIAM (1868-1931)

Integrasi secara paksa bermula.
1897: Siam dan Britain menandatangani satu persetujuan secara rahsia. Bangkok berjanji tidak akan memberi keistimewaan kepada sebarang kuasa asing tanpa persetujuan Britain; Britain pula menyokong kekuasaan Siam ke atas negeri-negeri Melayu.
1901: Tujuh wilayah Melayu di selatan disatukan, berpusat di Pattani. Bangkok campur tangan dalam pemilihan raja di wilayah selatan. Tengku Abdul Kadir, Raja Patani, ketuai bantahan dan usaha mendapatkan simpati Britain.
1902: Tengku Abdul Kadir ditangkap.
1906: Tujuh wilayah di selatan disusun semula menjadi empat wilayah: Patani, Yala, Saiburi (Teluban) dan Narathiwat.
1909: Britain mendesak Siam menandatangani Perjanjian Anglo-Siam. Hasilnya, kuasa Siam ke atas Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis diserahkan kepada Britain. Sebagai gantinya, Britain mengiktiraf kedaulatan Siam ke atas negeri Melayu di utara Malaya.
1922: Petani di wilayah Patani bersatu menentang kerajaan Siam.
1932: Siam menjadi negara raja berperlembagaan. Setiap wilayah di selatan dianggap hanya sebuah daerah Thailand dan diletakkan di bawah penyeliaan Kementerian Dalam Negeri di Bangkok.

SIAM DI BAWAH SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN (1932-1948)
Siam mengasimilasi orang Melayu (menyerap orang Melayu dalam budaya Buddha Siam) melalui dasar mengajar sejarah dan bahasa Siam di sekolah.
1938: pemerintahan tentera pimpinan Phibul Songkhram memaksa asimilasi:
 

1941: Perang Dunia Kedua bermula. Jepun menakluki Semenanjung Tanah Melayu dan menyerahkan pentadbiran Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam sebagai membalas sokongan Siam kepada Jepun.
1944: Orang Melayu, di bawah pimpinan Tengku Abdul Yala Nasir, anggota parlimen bagi Narathiwat, menghantar bantahan kepada Perdana Menteri. Bantahan tidak diendahkan.
Lepas Perang, 1945: Harapan orang Melayu agar Britain dan pasukan Bersekutu menghukum Siam kerana menyokong pakatan Axis, punah. Britain tidak mengilhak (annex) Pattani, Narathiwat, Yala dan Satun.
1947: Haji Sulong, Presiden Majlis Ugama Islam, menuntut agar wilayah selatan diberi kuasa autonomi. Permintaan ditolak.
Hujung 1947: Rampasan kuasa tentera berlaku di Siam. Phibul Songkhram kembali berkuasa. Pemimpin Melayu mengirim petisyen kepada kerajaan Britain di London supaya tidak mengiktiraf kerajaan Phibul dan membantu membebaskan wilayah Melayu. Britain mengiktiraf pemerintahan tentera di Siam. Rayuan tidak dilayan.
1948: Orang Melayu meningkatkan bantahan. Haji Sulong ditangkap. Pemberontakan berlaku di beberapa kawasan di Patani, Yala dan Narathiwat pada Februari, April dan Julai. Sekitar 2,000 hingga 6,000 orang Melayu lari ke Malaya.

KEBANGKITAN PERTUBUHAN PEMISAH MELAYU (1949 -- KINI)
Pertubuhan pemisah Melayu sejak selepas Perang Dunia Kedua:
 

*****************************************************