EDITOR REDAKSI MAJALAH AEROANGKASA SAINS DALAM ISLAM
SEJARAH SAINS ALAM HIDUPAN BIOLOGI GALERI GAMBAR

HUJAN METEOR DI ANGKASA MALAYSIA


PERTUNJUKAN BUNGA API SEMULAJADI

Apabila kita memandang dan merenung ke langit pada malam hari, kita akan dapat saksikan suatu objek berekor panjang sekali sekala melitasi angkasa. Melihat langit saban malam bukan sahaja memberikan ketenangan, tetapi jauh di sudut hati kita akan memuji kebesaran Tuhan Pencipta Alam.

Fenomena menakjubkan yang ditunggu-tunggu
Sebagaimana yang ditunggu-tunggu oleh peminat kaji bintang, pada awal pagi 18 dan 19 November 1998 suatu fenomena yang mengasyikan telah dapat dilihat di langi Malayssia walaupun tak seceria yang diharapkan.Hal ini kerana nagara kita mengalami hujan lebat dan lengit gelap gelita diselaputi awan tebal.Pada awal pagi tarikh tersebut ,pertunjukan bunga api semulajadi' telah menerangi ruang angkasa kita. Hal ini berlaku kerana suatu aliran debu meteor yang tebal terlepas dari ekor komet lalu memasuki ruang udara Malaysia lalu terbakar. Denagn itu berlakulah hujan meteor yang seperti suatu panorama percikan bunga api dan mercun roket yang cukup menakjubkan.

Bagi mereka yang dapat menyaksikan hujan meteor sudah pasti akan menjadi suatu kenangan sepanjang hayat. Kemunculannya bukannya setiap tahun.Menurut ahli kaji bintang kemunculan fenomena sebegini hanya datang kira-kira 33 tahun sekali, dan kita kita akan dapat menyaksikannya sekali lagi pada November 2031, iaitu hampir 33 thn dari sekarang.

kembali ke muka utama