cerita lucu
PEKAK
Ada seorang lelaki berjumpa dengan seorang doktor.Dia mengadu kepada doktor itu yang dia tidak dapat mendengar dengan jelas.selepas mengambil ubat dia pun pulang ke rumahnya.sewaktu dia tiba di rumah ,dia mendapati isterinya sedang memasak.lalu dia pun ke dapur. suami:awak masak apa hari ini? isterinya tidak menjawab dia bertanya sekali lagi. suami:awak masak apa hari ini? isterinya masih lagi mendiamkan diri,lalu dia pun mendekati isteri nya dan bertanya sekali lagi. suami:apa yang awak masak hari ini? isteri:ya allah ya tuhan ku,kenapa abang nie?dah tiga kali saya jawab.sambal tumis udang .abangnie memang pekak. lelaki itu berjumpa dengan doktor sekali lagi sambil membawa ubat yg di beri doktor tersebut sambil berkata"doktor saya nak bagi balik lah ubat nie".doktor itu hairan ,lantas bertanya"kenapa awak dah dapat dengar dengan jelas ke?"lelaki itu menggelengkan kepala sambil berkata"saya dah pekak terus".
|
|
|
|
Nyanyok
Di sebuah rumah orang2 tua,ada 3 orang nenek yng nyanyok.Pada suatu hari mereka bercerita tentang kenyanyukan diri sendiri.Nenek pertama berkata "Selepas aku makan aku tak tau yng aku sudah habis makan ke belum".Nenek kedua pula berkata"Bila aku naik tangga aku tak tau yang aku sudah turun atau naik".Nenek ketiga ketawa berdekah-dekah sambil mengetuk-ngetuk meja,tiba-tiba dia berhenti mengetuk-ngetuk meja.."Kamu berdua tau tak sape yng ketuk pintu tu?"
|
|
|
|
Entah ape-ape ntah.
Ada tiga orang sahabat yang bernama Gaduh,Gila & Otak.Pada satu petang mereka berjalan-jalan di bandar.Sedang mereka berjalan-jalan,Gaduh pun hilang.Gila pun pergi ke pondok polis berhampiran sementara Otak menunggu di bandar. Setibanya di balai polis....
Polis:Ye cik,boleh saya bantu? Gila:Saya nak cari Gaduh. Polis:Apa!!! Awak ni gila ke? Gila:Ye.Memang saya Gila. Polis:Awak tak ada otak ke? Gila:Otak tak de ngan saya.Dia ada kat bandar. Polis:?????????
|
|
|
|
Dr sAkIt jiwA
Pada suatu hari seorang doktor ingin menguji 3 orang pesakitnya yang didapati menghidap sakit mental. Doktor itu kemudiannya membawa ketiga-tiga pesakit itu ke sebuah kolam renang yang kering (tiada air). Kemudian doktor itu menyuruh pesakit pertama terjun kedalam kolam renang itu. Pesakit pertama itu pun terjun kedalam kolam renang itu. Doktor menggelengkan kepala tanda pesakit itu masih belum siuman. Tiba pula giliran pesakit kedua. pesakit itu pun terjun kedalam kolam renang itu apabila diarahkan. Sekali lagi doktor menggelengkan kepalanya tanda masih belum siuman. Kemudian tiba giliran pesakit ketiga. Apabila disuruh terjun, dia hanya mencangkung ditepi kolam renang itu. Doktor gembira kerana menyangka bahawa pesakit ketiga itu sudah pulih. Kemudian doktor bertanya
Doktor : kenapa awak tak terjun...? Pesakit 3 : Taknak lah doktor Doktor : Kenapa??? Pesakit 3 : Pasal air die sejuk sangat kot,tengok kawan2 saya tue semua berkerut dahi pasal air die sejuk sangat kot.
Kemudiannya doktor itu kemudiannya menepuk dahinya sendiri kerana pesakit ketiga itu juga masih tidak siuman.
|
|
|
|
pengemis
pada suatu petang .....sedang tuan kamal memandu kereta melalui sebuah taman.dia ternampak 2 orang lelaki meragut rumput.. lalu dia pun keluar dari keretanya untuk pergi kat dua orang lelaki itu...
tuan kamal:kenapa kamu makan rumput disini
lelaki 1&2:kami miskin
tuan kamal:kesian ..jom ikut saya balik..
lelaki 1:tapi tuan saya ada isteri dan 3 orang anak .. boleh saya membawanya sekali.
tuan kamal:lagi bagus ..
lelaki 2:saya pun ingin membawa isteri dan 5 orang anak saya yang sedang kelaparan di rumah
tuan kamal:bawalah mereka semua ...
dalam perjalanan ke rumah tuan kamal...
lelaki 2:baik sungguh hati tuan..hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas nya
tuan kamal:tak perlu berterima kasih lagipun dah lama saya tak memotong rumput kat rumah saya..
lelaki 1&2&keluarga:bengang
|
Kalau merah jambu?
Suatu hari di hostel....Ana bertanyakan kepada Ani mengenai warna kertas yang selalu digunakan oleh Ani apabila dia menulis surat kepada pakwenya.... Ana:Mengapa kau menulis surat dgn kertas berwarna Hijau Muda? Ani:Surat warna Hijau Muda itu ertinya 'Aku Cinta Padamu'. Ana:Kalau kertas itu warna kertas Biru Muda ertinya apa? Ani:Melambangkan suasana pilu Ana:Kalau kertasnya berwarna Merah? Ani:Asmara yang membara. Ana:Kalau kertasnya warna Putih? Ani:Suci, bersih, jujur, dan terbuka... Ana:Kalau kertasnya Kuning? Ani:Melambangkan hati yang gersang. Ana:Kalau Merah Jambu? Ani:Sedang jatuh cinta. Ana:Kalau Abu-abu? Ani:Melambangkan hati yang sedang sendu... Ana:Kalau kertasnya Hitam? Ani:Itu Karbon, bodoh....@#*&
|
'bikini'
pada satu hari tu...kam semua baru pindah umah baru. ader sorang member aku tu suka sangat ngan umah tu.ntah camner die punyer excited ngan umah tu sampai cuci umah tu pun die boleh nyanyi lagu hindi..kami sumer pun menggelengkan kepala kami melihat telatah die.tengah kitorang syok mencuci lantai ngan sabun 'dolla cantik' member kami yang digunakan untuk basuh baju..kami buat basuk lantai..ah gasaklah...belsah jer..dah takder sabun..tetiba handphone member kitorang tu pun berbunyi ngan nyaringnyer...pas tu die pun angkat dan terkeluarlah dialek terengganunyer tue... "mu nok tahu dok..umah kami besa..pas tu..yang bes tu hok ade 'bikini'...tu yang bes tu..."kata member kami tu..kami yang mendengarnya pun bertanya arr pada die ape hal die sebut bikini...tu tadi.die jawab.."aku bagitahu kawang aku yang umoh kite dok ader bikini.."katanya sambil menuding kearah balkoni kami ataupun beranda...kami semua pun apalagi...ketawa tak ingat dunialah...kesian member tu..tersengih-sengih cam kerang busuk..kitorang pun kasi tahulah kat die salah tu..bukan 'bikini' tapi balkoni..."iyer ker.."sahutnya..Masyallah... sapai hari nie kami ketawa biler die sebut balkoni... Kui...kui..kui.........
|
jenaka ujian darah :-)
Sebaik mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Farid sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Farid.
Shan - Kenapa awak menangis ? Farid - Saya datang untuk ujian darah. Shan - Habis tu kenapa menangis pulak. Awak takut ke... ? Farid - Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah memotong jari saya.
Mendengar penjelasan Farid, tiba-tiba Shan menagis...
Farid - Eh, kenapa awak menangis pulak ? Shan - Saya datang untuk ujian air kencing.....
|
daun bunga tahi ayam disangka ulam raja.....
tragedi ni terjadi masa raya ke 4 baru ni....aku menjemput member2 lama aku dtg umah...dsbbkan umah aku jauh ,so aku masakkan nasik hidang utk diorg ni...aku masak gulai talang,ayam masak merah,sambal ngan ulam ....depa mai 8 org lelaki semuanya,depa mkn dengan lahapnya ,mcm tak pernah mkn 5 thn....ada member aku seorng tu nak ulam lagi ,aku ingat mak aku ada tanam ...aku pegi la kutip..aku nampak daun ulam raja..aku tanya diorg...diorg kata diorg telan je...aku pun ambik basuh dan letak terus dlm pinggan dia....pastu sesudah mkn,member aku yg panjang ni bawa pinggan tu pi dapur ,lalu mak aku tegur la daun apa dlm pinggan tu....aku cakap la -ulam raja..mak kata mana ada dia tanam...dia kata ni daun bunga tahi ayam....haaaaaaaa ..apalagi habih la semua pakat gelak kat aku....kesian kat aku...depa kata aku buat naya depa ,jamu daun tahi ayam....isssh kesian..nasib tak dok yg mkn..semua kenal daun tu..aku je tak kenai...buat kengkawan aku tu..jgn segan silu nak mai umah aku lagi...kat umah org lain tak de ulam camtu tau...aku masak semua masakan tu sendiri...alih2 ada yg silap gak....issshhk ...maluuuuuu..
yg tak kan ulang kesilapan lagi.....aku
|
pekerja baru
Amir dan Aman adalah dua kawan baik dan peniaga kaya yang gemar mempersendakan pembantu peribadi masing-masing kerana lurus bendul..
Amir :Kau nak tengok .,betapa bodohnya pembantu baru aku ni. (Pembantu Amir dipanggil ) Amir : Nah ambil RM 50 ini dan bawakan saya kereta mercedes benzzz. Pembantu :Baik tuan ...... Amir : bodoh betul pembantu aku tu .Rm 50 mana cukup nak beli mecedes benzzz . Aman : Pembantu aku lagi bodoh .kau tengok hah!! (pembantu Aman dipanggil ) Aman : saya hendak awak balik kerumah saya dan lihat sama ada saya ada dirumah atau tidak (dalam perjalanan , kedua˛ pembantu itu bertemu dan membincangkan masalah masing˛). pembantu Amir : Bos aku memang bodoh .Ada ka dia suruh aku beli kereta mecedes benzzzzz .hari ni hari ahad ,mana ada kedai kereta dibuka . Pembantu Aman : bos aku lagi biul .dia suruh aku pergi kerumah dia untuk lihat sama ada dia adda dirumah atau tidak .bukan kah dia ada telefon bimbit .telefon sajalah lagi senaggg...kan mudahhhh... pembantu Amir : wakakakakaka..bos kita memang bodohhhhh bin biullll
|
duit dulu!!!!
cam nie kisahnya.. ada seorang pemadu texsi .bertanya kepada penumpangnya.kemana dia hendak pergi.
pemandu texsi:Pak cik hendak kemana? penumpang:pakcik hendak ke bukit senyum...anak boleh hantar pakcik kesana ke? pemandu texsi:Bolehhh..Tapi pakcik kena bayar duit dulu. penumpang: Apa!! duit dulu.pakcik tak ada duit dulu.tapiii duit sekarang ada lah... pemandu texsi :#%@%!*(&*^&^
|
Hadiah Untuk Yang Tersayang
Pada suatu hari, Rosli nak belikan hadiah hari jadi untuk kekasih barunya, Mek Senah. So Rosli ni pun ajaklah adik perempuan sepupunya untuk temankan dia shopping kat Golok.
Oleh kerana mereka baru dua bulan berkawan jadi si Rosli membuat keputusan untuk membelikan Mek Senah satu topi kain fesyen baru saje, kaler hitam berbunga-bunga,supaya taklah nampak dia beriya-iya sangat. Adik sepupu Rosli pulak pegi beli satu seluar dalam hitam, pun berbunga-bunga, sebab ada sale hari tu.
Masa membayar, dengan tak sengaja cashier dah tertukar kotak topi kain hitam tu dengan seluar dalam hitam adik sepupu Rosli! Selepas membayar Rosli pun terus pergi kaunter hadiah dan suruh diaorang bungkus tanpa ekek ceh bagitau owang kg bahagia kang check dulu. Kemudian dia balik ke rumah dan tulis surat untuk Mek Senah serta mengeposkannya bersama hadiah yang dah tersilap tu.Surat yang dia tulis tu berbunyi cam nie:
Istimewa untuk kekasihku Mek Senah, Sli pilih hadiah nie kerana Senah tak pernah pakai bila kita keluar jalan-jalan dan selalu mengadu sebab panas. Kalau bukan sebab adik sepupu Sli, Sli dah nak beli yang lagi jarang supaya kalau berpeluh tak lembab sangat. Tapi Sli tengok adik sepupu Sli pakai yang ada bunga tu nampak cantik pulak. Sli pilih warna hitam tu supaya tak nampak luntur. Promoter yang jual tu tunjuk dia punya dah seminggu tak basuh. Nampak elok saje. Sli suruh dia try Senah punya sebab saiz promoter tu lebih kurang Senah je. Memang cantik dan menarik! Harapnya Senah suka sebab Sli rasa memang sesuai engan Senah.
Tak sabar rasanya nak tengok Senah pakai depan Sli. Sli harap Senah akan pakai untuk Sli hujung minggu nie.
Salam sayang untuk kekasihku, Mek Senah.........
Yang Menyayangimu, Sli
P.S: Kalau Senah nak pakai, stail terbaru ialah dengan melipat bahagian depan dan menampakkan sedikit rambut.
>
|