Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

15/03/2006  @   15  Safar  1427

 
 

 

 

 


Hadith Pilihan

 

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulu ‘Llah (salla ‘Llahu ‘alayhi wa sallam)   melarang (memanfaatkan) hasil penjualan anjing, hasil pelacuran dan mengupah tukang tilik.”

(Riwayat Imam Muslim)

 

 

Di dalam hadith di atas  Rasulu ‘Llah    (salla ‘Llahu ‘alayhi wa sallam)

telah menjelaskan mengenai tiga perkara yang dilarang, perkara-perkara tersebut ialah;

 

1.                 Dilarang memanfaatkan hasil jualan anjing. Iaitu kita tidak dibenarkan menjual anjing dan mengunakan atau membelanjakan wang hasil jualan anjing tersebut. Termasuklah juga di dalam larangan ini wang hasil jualan babi dan setiap perkara yang haram di dalam syarak dien Islam.

 

2.                 Dilarang memanfaatkan atau mengunakan wang hasil pelacuran. Pelacuran adalah suatu perbuatan yang haram, keji dan amat dilarang di dalam syari’at  Islam. Oleh itu setiap wang hasil dari aktiviti pelacuran secara langsung atau tidak secara langsung adalah haram.

 

3.                 Dilarang mengupah tukang tilik.  Perbuatan menilik nasib adalah suatu perbuatan yang haram kerana ia bertentangan dengan akidah Islam yang meletakkan bahawa hanya Allah Ta’ala yang Maha Mengetahui mengenai suatu yang baik dan buruk, bahkan hanya Allah Ta’ala sahaja ynag Maha Mengetahui mengenai perkara-perkara yang belum berlaku ataupun perkara ghaib. Oleh yang demikian sesiapa yang mengupah tukang tilik nasib untuk menentukan kebaikan atau keuntungan dirinya dalam apa jua bentuk dan cara maka ia telah melakukan suatu perbuatan yang amat besar dosanya dan juga amat merbahaya kepada aqidahnya.

 

Sebagai seorang muslim kita wajib menyakini bahawa hanya Allah Ta’ala yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu di alam ini. Semua perkara dan urusan itu berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah Ta’ala. Tidak ada makhluk yang boleh menentukan suatu kebaikan atau kemudartan kepada makhluk yang lain. Tidak ada makhluk yang mengetahui suatu perkara yang belum berlaku atau yang akan berlaku di masa hadapan.

 

Umpamanya, ada sesetengah manusia yang mempercayai keterangan tukang tilik mengenai nasib dirinya atau perniagaannya berdasarkan tarikh lahir, warna kegemaran, kedudukan tempat dan sudut premisnya atau lainnya.  Ada pula yang mempercayai dengan memakai suatu benda tertentu pada dirinya atau meletakkan suatu benda tertentu di tempat tinggal atau premisnya, maka ia akan dijauhi dari apa jua kemudaratan dan akan menyebab dirinya dan premisnya itu memberi keuntungan  kepadanya.  Semuanya ini adalah perbuatan yang dilarang dan perlulah dijauhi untuk menyelamat aqidah dan keimanan kepada Allah Ta’ala.