Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 sejarah.gif (25575 bytes) SEJARAH SMKSIS II

Perancangan untuk menubuhkan sekolah menengah di daerah Gerik telah dibuat
pada tahun 1961 tetapi pada tahun 1965, barulah sekolah menengah pertama di
daerah ini berjaya ditubuhkan. Kumpulan pertama pelajar sekolah ini adalah
seramai 200 orang iaitu terdiri daripada 6 buah kelas dari tingkatan peralihan
hingga tingkatan 2 dalam aliran Melayu dan Inggeris. Pada peringkat awal, pelajar
menumpang di Sek. Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Gerik dan
Sek. Kebangsaan Gerik dengan 8 orang guru termasuk En Nasarathanam sebagai
guru besar pertama. Sekalah ini dinamakan Sek. Menengah Rendah Gerik.
Pada tahun 1966, bilangan pelajar bertambah lebih sekali ganda, pihak sekolah
terpaksa pula menumpangkan sebahagian pelajarnya di
Sek. Ren. Jeni Kebangsan (Cina) Chung Hwa, Gerik.

Tapak asal sekolah ini ialah berhampiran dengan Lapangan Terbang dan
bersebelahan dengan Sek. Kebangsaan sri Adika Raja tetapi dialihkan ke
Kampung Air Panas ( 6 km daripada Pekan Gerik ). Tapak ini asalnya ingin dijadikan
Lapangan Terbang Tentera. Pada tahun 1967 dengan peruntukan sebanyak
RM 26,000.00 dua buah bangunan didirikan. Bangunan itu kini dikenali
sebagai Blok C dan Blok D. Dengan pencapaian yang baik dalam LCE dan SRP
serta tunjuk perasaan dan desakan ibubapa, kelas tingkatan 4 mula ditubuhkan.

Taraf sekolah dinaikkan sebagai sekolah menengah dan dinamakan
"Sek. Men. Sultan Idris Shah II, Gerik" sempena nama Paduka sultan Perak
yang memerintah ketika itu. Bermula daripada itu, SMSIS II semakin berkembang
dengan kewujudan kelas Menengah Atas Aliran Sains pada tahun 1977,
kelas tingkatan enam pada tahun 1984, kelas Menengah Rendah Aliran Agama
pula diperkenalkan pada tahun 1989 dan diikuti dengan kelas Menengah atas
aliran agama Pada tahun 1996. Pada tahun 1997, Asrama Sri Didik bagi
menempatkan pelajar asli diletakkan dibawah pentadbiran sekolah berikutan
kemasukan pelajar keturunan asli ke sekolah ini. Pada tahun 2001 pula, kelas
tingkatan enam sains diwujudkan dengan bilangan pelajar seramai 30 orang.

Kini SMKSIS II yang terletak dalam kawasan berpagar seluas 10.5 ekar terdiri
daripada enam buah bangunan iaitu satu blok bangunan tiga tingkat (blok A),
3 blok bangunan 2 tingkat ( Blok B, C dan D ) dan 2 Blok 1 tingkat ( Blok E dan F ).
Juga terdapat blok bangunan asrama lelaki yang didirikan pada tahun 1974 dan 1
bangunan asrama perempuan yang didirikan pada tahun 1976 serta 7 buah rumah
guru warden Sekolah mempunayi 34 bilik darjah, 5 buah makmal sains, 7 buah bengkel
kemahiran hidup sebuah bilik pejabat, bilik gerakan, bilik kuliah, bilik guru, bilik amali
pendidikan Islam, bilik alat bantu mengajar, pusat sumber sekolah, kantin, setor,
bilik komputer dan padang. Selain itu satu blok bangunan 1 tingkat berhmapiran
Asrama Sri didik sedang dibina sebagai makmal komputer baru sekolah.

Sumber data diperolehi daripada buku sejarah SMKSIS II.
Nantikan kemunculan sejarah silam bekas pelajar SMKSIS II pada awal pembukaannya.

| originality graphics by didiz® | smksis2 2001 copyright reserved |

 

| sekapur sirih | sejarah | profail | agenda | emel | galeri | matlamat |
| lencana | tenaga pengajar | guestbook | x-student | webmaster | links |

didiz® | smksis2 website 2001