Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Konsep Dakwah
KEGIATAN DAKWAH DAN PERMASAALAHANNYA Dl SEKOLAH

Disediakan oleh:

Haji Ahmad b . Haji Awang
Pusat Penyelidikan Islam
Jabatan Perdana Menteri
Kuala Lumpur


Firman Allah bermaksud:
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata sesungguhnya aku termasuk orang yang menyerah diri".

Dan firmanNya lagi bermaksud:
"Katakanlah: "lnilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutikau mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata "'
.
Berdasarkan keterangan ayat-ayat di atas bahawa dakwah bererti mengajak atau memanggil umat manusia agar menerima dan mempercayai keyakinan dan tasawwur (Konsep hidup) Islam. Jadi berdakwah adalah kerja menyampaikan seruan Islam supaya manusia mendapat kebahagian dunia dan akhirat. Berdakwah adalah menyampaikan Islam seba.gai "addin" iaitu "agama" meliputi akidah, dan cara hidup serta nilai akhlak yang menjamin kesejahteraan manusia.

Objektif Dakwah

Firman Allah bermaksud:
"Hai orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu..."

Dan maksud firmanNya lagi:
(Fussilat : 33)

" Inilah kitab yang kami turunkannya kepada kamu untuk mengeluarkan manusia daripada gelap gelita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka kepada jalan yang perkasa, lagi terpuji "


Jesteru itu tujuan dakwah adalah untuk memberi makna kepada kehidupan manusia agar mereka dapat benar-benar hidup menghayati peraturan, undang-undang dan nilai-nilai hidup yang luhur ya~g ditetapkan Allah. Tanpa dakwah Islam, manusia
akan terus meraba-raba dalam kegelapan/kesamaran untuk mencari kebenaran yang hakiki.
(Yusuf : 108)
(AI Anfal : 24)

(Ibrahim : 1)

.
Ringkasnya tujuan dakwah Islam adalah untuk melahirkan kehidupan manusia yang sem.puma yang mampu menjadi i:nakhluk Allah yang termulia dan beramanah dengan ilmu yang diberi oleh Allah untuk melaksanakan tugas, beribadat kepada
Allah dan menjadi "Khalifah"Nya di muka bumi ini.


Firman Allah bermaksud:
"Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkat mereka di daratan dan di lautan, kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk "

FirrnanNya berrnaksud:
"Dan Aku (Allah) tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadat kepada Ku ..." .
(az Zariyat: 56)


Dan firrnanNya lagi berrnaksud:
"Oialah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah (penguasa yang diberi amanah oleh Allah) di bumi ini "
{a} An'am: 165)


Begitulah juga firmanNya bermaksud:
"lngatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi. "
(Al Baqarah : 30)


Kegiatan dakwah di Sekolah

Dalam konteks kegiatan dakwah di sekolah tujuan dakwah adalah untuk mendidik dan membimbing murid/pelajar supaya dapat menghayati Islam sebagai seorang muslim yang sempurna dengan memiliki ciri-ciri orang berilmu, beriman, bertaqwa
dan berakhlak mulia. Dengan memiliki ciri-ciri hidup muslim seperti itu ia akan dapat melaksana1<an tugasnya terhadap Allah, sesama manusia dan dirinya serta alam sekelilingnya. .
Pentingnya kegiatan dakwah di sekolah tidak dapat dinafikan lagi, kerana sekolah adalah merupakan institusi terpenting bagi membina jenerasi ummah/rakyat sesebuah negara. Dalam konteks Islam dakwah itu pada prinsipnya adalah pendidikan, kerana dakwah adalah suatu proses pembinaan manusia yang berterusan melalui asuhan, latihan dan pemeliharaan potensi kemanusiaan individu-individu manusia itu.

Firman Allah bermaksud:
"... Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli-ahli kamil daripada api neraka "
{Attahrim : 6)


Menurut perakuan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran, Kegiatan Pendidikan Islam hendaklah dijalankan untuk memperkuatkan pendidikan agama Islam:
"Pengaiaran dalam aspek-aspek yang masih perlu diberi liputan hendaklah diadakan secara non-formal dengan menggunakan masa di luar sekolah. Segala kegiatan non-formal perlu dirancang, diatur dan diawasi pelaksanaannya. ,

(348: JKMPDP)



Mulai 1979 kegiatan dakwah di sekolah telah dijalankan di sekolah-sekolah menengah, setelah tertubuh Unit Dakwah di Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran. Di peringkat rendah pula kEgiatannya bermula setelah terlantik
Pegawai-Pegawai Dakwah di Jabatan Pelajaran Negeri. Guru-guru agama di sekolah-sekolah rendah dan menengah secara langsung terlibat dalam kegiatan tersebut.

Program Kegiatan

Permasaalahan


Permasaalahan dakwah di sekolah dapat dilihat dari berbagai segi, antaranya

  1. Masaalah pendakwah,
  2. Masaalah sasaran dakwah.
  3. Masaalah kepimpinan sekolah
  4. Masaalah suasana persekitaran.


Masaalah Pendakwah

Kekurangan pendakwah yang benar-benar berkemampuan dan komited sepenuhnya dengan dakwah adalah satu masalah yang perlu diatasi. Guru-guru Agama yang berminat piIla tidak semuanya berkemampuan berdakwah secara yang berkesan. Dalam hal ini guru-guru yang berugama Islam tidak didedahkan kepada kegiatan dakwah ugama agar mereka ikut bergiat di bidang dakwah menurut kemampuan mereka. Guru-guru ugama juga digalakkan supaya terlibat secara berkesan dan berusaha meningkat kemampuan untuk berdakwah.
Pendakwah luar yang tidak begitu memahami kedudukan alam sekolah juga menjadi masaalah dakwah. Bagaimanapun masaalah ini tidaklah merupakan masaalah besar, kerana dengan usaha penyelarasan dan pengawasan yang munasabah,
masaalah tersebut dapat diatasi.

Masaalah sasaran

Sasaran kegiatan dakwah di sekolah pada pokoknya ialah pelajar-pelajar Islam, di sekolah rendah dan menengah. Tetapi guru-guru muslim juga merupakan sasaran kegiatan dakwah secara tidak langsung. Masaalahnya berkisar dari segi sambutan
pelajar terhadap kegiatan dakwah yang berbentuk non-formal. Sebahagian murid/pelajar memandang kegiatan dakwah tidak penting disertai. Dakwah kadang-kadang dipandang sebagai kegiatan bersifat NEGA TIF oleh setengah pelajar. Latar belakang pelajar-pelajar yang tidak terasuh dengan agama, sama ada kerana ibubapa/penjaga mereka tidak berpelajaran atau dari kalangan intelek yang sekular adalah satu dari masaalah yang ketara dalam sasaran dakwah .

Kepimpinan Sekolah

Kepimpinan sekolah kadang-kadang menimbulkan masaalah juga dalam kegiatan  dakwah di sekolah, apabila Guru Besar khasnya atau guru-guru lain amnya tidak dapat menyesuaikan diri dengan perkembangan dan trend dakwah yang bersifat
menyeluruh dan bersepadu seperti yang ujud pada masa kini. Keadaan yang tegang di setengah-setengah sekolah, sebahagiannya berpunca dari kelemahan kepimpinan sekolah memahami persoalan dan selok-belok dakwah dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam dan menggalakkan pelajar menghayati Islam.

Masaalah suasana sekolah

Kehidupan/suasana di sekolah dengan budaya dan cara hidup yang kadang-kadang bercanggah dengan nilai dan hukum Islam adalah juga menjadi satu masaalah kepada kegiatan dakwah di sekolah. Kegiatan dakwah kadang-kadang dianggap
membawa cara hidup yang menjadikan pelajar "TERPENCIL" dari kehidupan yang biasa dihayatinya di sekolah, sama ada dari segi pakaian, pergaulan, sukan/permainan, bahkan dalam pelaksanaan karikulum sekolah sendiri. Masaalah-masaalah
suasana atau alam sekitar ini memberi kesan yang negatif kepada kegiatan dakwah di sekolah.

Demikianlah sepintas lalu permasaalahan dakwah di sekolah yang perlu diatasi oleh semua pihak yang terlibat di sekolah.
Cara mengatasinya yang berkesan hendaklah dilakukan den~an semangat dan amalan "musyawarah" dan persefahaman.yang berdasarkan kepada rasa tanggung-jawab untuk melaksanakan tugas dakwah bagi yang muslim dan tanggungjawab
untuk melaksanakan tugas pendidikan bagi semua pihak yang muslim dan bukan muslim.
Wabillahittaufiq Wal-Hidayat


 

Dipetik daripada :

Himpunan kertas kerja
Krusus Dakwah dan Kepimpinan bagi guru-guru (bukan guru agama ) Sekolah Menenengah dan Rendah
1984
Terbitan: Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur