Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

KONSEP ILMU DI DALAM ISLAM : PERANAN DAN SUMBANGAN INSTITUSI PONDOK (TRADISIONAL) DALAM SEJARAH PENDIDIKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA.

1.PENDAHULUAN

Pada umumnya, bila para pengkaji membicarakan tentang sejarah pendidikan di Malaysia, titik tolak selalunya dimulakan dari pembukaan sekolah - sekolah hasil dari kedatangan Barat. Ini memberi tanggapan seolah - olah sebelum kedatangan Barat tidak wujud sistem pendidikan formal dikalangan pribumi di negeri ini. Sesungguhnya jauh sebelum kedatangan Barat sudah ada sistem dan institusi pendidikan formal di negara ini yang berperanan mendidik masyarakat yang sesuai dengan kontek zamannya. Sistem pendidikan ini ialah sistem pendidikan Islam yang tumbuh berkembang bersama dengan berkembangnya agama agama Islam di negara ini. Pertumbuhan sistem pendidikan Islam ini adalah dari falsafah pendidikan yang wujud di dalam Islam itu sendiri. falsfah pendidiakn Islam ini mempunyai doktrin yang utuh yang tidak luntur digugat zaman dan sesuai pula dengan segala perubahannya. Masalah yang membedakan dari segi maju mundurnya pendidikan ialah masalah penerokaan, kaedah penyampaian dan masalah mempraktiknya.ia bergantung pada kemajuan teknikal, kemampuan intelektual dan penghayatan masyarakatnya. Sesunggguhnya, melalui tamadun dan peradaban pendidikan Islam telah menghasilkan berbagai - bagi pendekatan pegajaran, melahirkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan dengan tokoh - tokoh ilmiawan terkenal dalam lapangan masing - masing. Perkembangan Islam di Malaysia telah melahirkan suatu bentuk pendidikan yanag mempunyai ciri - ciri khusus dan berperanan menyebarkan agama Islam disamping melahirkan tokoh - tokoh ulamak dengan karya - karya penulisan mereka yang berperanan menanamkan nilai - nilai keislaman di tengah masyarakat. Sistem pendidikan yang pada zaman tradisi begitu terkenal itu dikenali dengan sistem " Pengajian Pondok ".

2.FALSAFAH PENDIDIKAN DI DALAM ISLAM.

Segala prinsip Islam - termasuklah pendidikan adalah bersumberkan al - Quran dan al - Hadis. di dalam hal ini banyak sekali unsur - unsur falsafah pendidikan Islam dapat dipetik dari ayat - ayat al - Quran. Antaranya yang menunjukan Islam memandang tinggi orang yang berilmu dan ilmu pengetahuan itu sendiri sebagai mana fiman Allah :

Bermaksud :

Katakanlah adakah sama antara orang yang berilmu dengan orang tidak berilmu?

Az-zumar (9:39)

FirmanNya lagi :

Bermaksud :

Allah mengangkatkan orang - orang yang beriman dari kalangan kamu dan orang yang dikurniai ilmu pengetahuan kepada beberapa darjat.

Al-Mujadalah (11:58)

Oleh kerana pentingnya ilmu pengetahuan Allah menuntut supaya orang - orang Islam membaca menulis sebagai mana firmanNya :

Bacalah dengan nama Tuhan engkau yang mencipta. Mencipta insan dari setitik baka. Bacalah dengan nama Tuhan engkau Yang Maha Mulia. Yang mengajarkan dengan pena. Mengajar insan yang tidak diketahuinya.

Al-'alaq(59:96)

Bermaksud : Lantas digesa orang Islam mencintai ilmu dan gemar mencari dan gemar bertanya dengannya sebagaimana firmanNya :

Bermaksud :

Bertanyalah kamu kepada orang yang mengerti jika kamu tidak mengetahui.

An-Nakhli (43:16)

Tujuan utama ilmu pengetahuan ialah untuk membentuk manusia yang bertaqwa lagi patuh kepada Allah sebagaimana firmanNya :

Bermaksud :

Sesungguhnya kami jadikan engkau khalifah di bumi

. Kerana insan sedemikianlah paling wajar mewarisinya sebagaimana firman Allah :

Bermaksud : .

Sesungguhnya bumi diwarisi oleh hamba - hambaku yang salih

Al-anbiya' (105:21)

Disamping ayat - ayat al - Quran di atas banyak pula hadis - hadis yang dapat dijadikan dasar falsafah pendidkan islam yang selari dengan firman - firman Allah yang dipetik di atas. Syeikh Hussein Nasir b. Muhammad Taib al - Nas'udi al - Banjari di dalam memperkatakan tentang kelebihan ilmu pengetahuan di dalm kitabnya yang berjudul Usul al - Tauhid telah memetik antara hadis - hadis berikut bagi menguatkan hujahnya :

Bermaksud :

Menuntut ilmu itu fardu ke atas orang muslim dan muslimah.

Bermaksud :

Tuntut olehmu akan ilmu walau ke negeri China.

Bermaksud :

Catat olehmu akan ilmu dengan tulisan.

Bermaksud :

Ilmu itu perbendaharaan; kunci - kuncinya ialah soalan. Oleh itu soal olehmu sesungguhnya diberi ganjaran berhubung dengannya empat orang iaitu orang bertanya, yang mengetahui, yang mendengar dan yang kasih kepada semua mereka.

Bermaksud :

Seorang yang memahami ilmu itu lebih baik dari seribu hamba yang tidak berilmu.

Bermaksud :

Menghadiri majlis ilmu itu lebih baik dari beribadat enam puluh tahun.

Bermaksud :

Engkau berpagi - pagi pergi dan belajar satu bab dari ilmu lebih baik dari engkau bersembahyang seribu rakaat.

Bermaksud : Orang alim itu orang yang dipercayai Allah di bumi ini.

( Hussein Nasir, 1393H : 3-5 )

Meneliti dari firman - firman Allah dan hadis - hadis Nabi di atas dapat ditarik beberapa prinsip pendidkan di dalam Islam memberi kedudukan yang tinggi pada ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu lebih tinggi mertabatnya untuk mengatasi kejahilan, maka Islam mewajibkan penganut - penganutnya menuntut ilmu pengetahuan sekurang - kurangnya pada peringkat ilmu yang fardu.

Islam menekankan akan kepentingan pembaaan dan penulisan. Ianya menjadi isu terawal di dalam penurunan wahyu. Tuntutan mempelajari ilmu pengetahuan tidak terhad kepada bersifat tempatan, kalau perlu hendaklah ke luar negeri. Konsep tuntutan kepada pembelajaran di dalam Islam adalh merupakan tuntutan sepanjang hayat, kerana hanya dengan ilmu sahaja insan dapat memahami hakikat ciptaan Allah dan dengan memahaminya ia akan lebih mendekati Allah dan lebih tertanam di dalam jiwanya, sifat taqwa. Sesungguhnya dengan ilmu manusia dapat menerokai, menguasai dan memakmurkan alam sesuai dengan tarafnya sebagai khalifah Allah di bumiNya, kepadanyalah diamanahnya.

Islam meletakan insan antara Allah dan alam pada tempat yang istemewa. Allah adalah hakikat tertinggi yang mutlak wujudNya. Dialah yang mencipta segala - galanya. Dilihat dari segi kosmologi insan adalah kejadian yang paling sempurna dan istemewa di antara ciptaan Allah. Ia merupakan titik tengah atau paksi atau intisari dari segala kejadian. Kelebihan ini menjadikannya sebagai khalifah di bumi Allah. Sebagai khalifah insan haruslah bertanggungjawab kepada Pencipta. Sebagai khalifah ( ketua ) ianya haruslah mengetahui dengan mendalam apa yang diketuainya ( alam ) iaitu menguasai ilmu pengetahuan supaya ia dapat menjalankan amanah untuk kepentingan insan dan kesejahteraan alam. Taanggungjawab ini sama sifat vertical atau horizontal memerlukan ilmu pengetahuan.

Kalau kita kaji dari sudut etmologi Islam, istilah " alam " mempunyai pertalian yang erat antara Pencipta dengan insan dan alam yang mana termasuk di dalamnya insan. Istilah alam adalah bertalian dengan istilah ilmu yang menjadi slah satu sifat yang mencerminkan kesempurnaan Allah tanpa terlindung dari Nya sebarang zarah jua pun. Dihubungkan dengan makhluk Allah di dalam alam ini, sifat ilmu tidak dapat diniibahkan kepada yang lain, kecuali pada manusia. Dalam maksud hanya insan yang mempunyai kemampuan mengetahui maklumat alam ini sesuai dengan yang diberikan kepadanya sebagai khalifah Allah. Sifat kekhalifahan ini tidak sempurna tanpa mempunyai sifat ilmu, idealnya, sebagaimana Allah bersifat dengan ilmu seharusnya insan cuba mendekati kesempurnaan walaupun tidak mungkin, dengan berilmu. Keilmuan ini termasuk mengetahui persoalan metafizik termasuk ketuhanan dan keilmuan terhadap segala kandungan alam. Dari segi etimologi istilah yang berhubung dengan ilmu yang merupakan pecahan daripadanya dikaitkan dengan insan dan alam contohnya seperti istilah - istilah alam maklumat, ilmiah dan alamiah.Ini menunjukan bahawa insan sahajalah yang berdaya menakluk alam ini dengan ilmu. Dengan menguasai ilmu dan rahsia alam yang dicipta Allah insan dapat menggunakannya untuk kemanfaatan sesama manusia dan memakmurkan alam ini untuk kepentingan bersama. Ini sesuai dengan firman Allah bermaksud : " Sesungguhnya bumi diwarisi oleh hamba - hambaKu yang salih (21:105) sebagaimana telah disebut. Dan puncak dari berilmu dan mengetahui rahsia Allah dalam alam ini membentuk insan yang patuh dan bertaqwa kepada Allah sebagaimana firmanNya yang telah di sentuh bermaksud :

" Sesungghnya yang patuh kepada Allah dari kalangan hamba - hambaKu ialah orang - orang yang beriman. ( 35:28 )

Keilmuan terhadap Alllah dan pengetahuan terhadap hakikat alam yang mencerminkan keagunganNya, mencetuskan pula rasa penyerahan dan kepatuhan yang mendalam yang berkaitan pula dengan konsep Islam yang memberi rasa sejahtera dan selamat . Denagn pengetahuan yang mendalam terhadap Allah dan rahsia alam mengukuhkan lagi pegangan keimanan dan merasa aman dengan keyakinan yang dianuti dan mempunyai pertalian pula dengan konsep keimanan di dalm Islam. Dalam erti kata yang lain istilah islam dan iamn dengan maksud yang terdapat di dalamnya mempunyai pertalian yang erat dengan istilah ilmu dan insan itu sendiri (Shafie,1979:15-18 )

3.KATEGORI ILMU.

Konsep di dalam Islam sebenarnya merupakan suatu kesatuan yang integrated ; tidak ada pemisah antara satu sama ilmu dengan ilmu yang lain dalam maksud tidak ada ilmu Islam dengan ilmu yang tidak Islam. Setiap ilmu menuju kebenaran setiap ilmu jika didekati dengan perspektif Islam akan membuktikan kebenaran dan menguat keimanan, namun begitu Islam melihat ilmu mempunyai martabat - martabatnya. Menurut susunannya keilmuan yang paling atas adalah yang berhubung dengan ketuhanan. Kedua ialah keilmuan yang berhubung dengan kealaman yang diperlukan di dalam kehidupan individu dan masyarakatnya dan yang ketiga ialah ilmu yang diharuskan.

Dilihat dari sudut hukum, maka keilmuan di dalam Islam dapat dikategorikan kepada keilmuan yang wajib dipelajari ( fardu ) iaitu keilmuan yang berhubung dengan ketuhanan. yang kedua ialah keilmuan yang dikategorikan sebagai fardu kifayah, iaitu yang berhubung dengan keperluan insan di dalam kehidupan samada keperluan peribadi, masyarakat atau yang bersangkut dengan keperluan yanag berhubung dengan suruhan Allah seperti keperluan bagi menyempurnakan ibadat dan kategori ketiga ialah keilmuan yang diharuskan dan ianya bukan merupakan keperluan mendesak.

Kategori pertama yang merupakan keilmuan yang wajib iaitu keilmuan yang berhubung dengan ketuhanan. ianya merupakan asas keimanan seseorang yang menyelamatkannya dari terjatuh kelmbah syirik. Dilihat dari perspektif Islam, tanpa mempelajari keilmuan yang berhubung dengan ketuhanan, sebelum dari keilmuan yang lain, maka segala taklif yang dikenakan ke atas seseorang menjelang balighnya tidak terangkat. Ada pun ilmu - ilmu yang digolongkan ke bawah kategori kifayah ialah keilmuan yang tanpa mengganggu kepentinagan umat Islam. Sebagai contoh ilmu perubatan penting untuk kesejahteraan umat dari segi kesihatan jasmaninya, demikian juga umpamanya ilmu yang berhubung dengan perindustrian yang berhubung dengan pembuatan kain umpamanya. Dengannya dapat menyelesaikan keperluan umat menyempurnakan penutupan aurat samada di dalam ibadat atau pakaian kebiasaan begitulah juga keperluan keperluan kepada ilmu yang berhubung dengan pertanian dan lain - lain lagi dari bidang ilmu yang menjadi keperluan umat. Tanpa wujudnya pengusaha - pengusaha di dalam bidang yang diperlukan bagi menunaikan keperluan umat, maka seluruh masyarakat menanggung dosa.

Manakala ilmu - ilmu yang dikategorikan di bawah bahagian harus ialah ilmu - ilmu yang tidak menyangkut keperluan yang darurat bagi umat, tapi tidak dapat dinafikan dari segi faedahnya misalnya ilmu - ilmu di dalam lapangan kemanusiaan dan kemasyarakatan sebagai contohnya pengajian sastera, sejarah dan sebagainya. satu lagi bidang yang tidak di kategorikan - sebenarnya patut dianggap bukan sebagai ilmu, iaitu ilmu - ilmu yang diharamkan kerana ia tidak berfaedah dan boleh memudaratkan manusia. Ini termasuklah sihir, perkara - perkara sedemikian tidak dapat memberi sumbangan intelektual dan kerohanian kepada individu dan masyarakat umat Islam.

Dari satu sudut yang lain, keilmuan dalam Islam dapat dibahagikan kepada ilmu yang diterima secara penganugerahan dan ilmu yang dituntut menerusi akal fikiran. Ilmu yang pertama puncaknya ialah wahyu ketuhanan menerusi orang - orang terpilih iaitu Nabi - nabi dan Rasul - rasul. bagi manusia biasa pengalaman - pengalaman kecil tentang sesuatu ditanggapi secara tak semena - mena khususnya berhubung dengan persoalan kerohanian yang merupakan semacam petunjuk ( hidayah ) kecil dari Allah. keadaan seperti ini lebih - lebih lagi di alami oleh orang - orang yang bersih jiwanya yang menjadi sebagai cermin bagi hidayah Allah dan bagi nabi - nabi dan rasul - rasul pengalaman kewahyuan itu tentulah jauh lebih tinggi suci dan murni. penerimaan keilmuan sedemikian adalah bersifat kejiwaan dan bukan bergantung kepada rasional keakalan.Sebab itu keilmuan rohani yang bersifat hidayah dikenali dengan ilmu makrifat. Oleh kerana wahyu adalah petunjuk tertinggi melalui rasul, maka prinsip prinsip yang diturunkan adalah tetap. ianya menjadi smber hukum dan unsur nilai etika umat. Ianya terkenal dan tidak boleh diinterpretasikan secara bebas tanpa panduan.

Manakala keilmuan - keilmuan yang didasarkan kepada akal, ialah ilmu yang tidak mutlak dan tidak terlepas dari unsur keraguan oleh kerana berdasarkan akal yang sifatnya mencari - cari dan tidak pasti. Sebab itu ilmu - ilmu yang berdasarkan akal haruslah berpedomankan prinsip - prinsip nilai keislaman. ( Al - Attas, 1397H : 10 - 17 )

4.TRADISI KEILMUAN DI DALAM ISLAM

Dalam sejarah tamadun umat, keilmuan Islam berkembang dari rahim peradabannya yang suci berdasarkan al - Quran dan al - Hadis serta penekanannya lebih kepada keilmuan yang fardu. Pusat pengajarannya ialah di masjid - masjid, manakala di peringkat rendahnya berlangsung di Kuttab dan Dar Al - Quran.

Guru yang mengajar keilmuan Islam yang fardu pada zaman Nabi termasuklah

Selepas dari zaman nabi,keilmuan fardu berkembang luas hingga lahirlah keilmuan - keilmuan yang khusus yang ditimbang dari al - Quran dan al - Hadis dengan tokoh - tokohnya seperti

ilmu Fiqh, maka lahirlah tokoh - tokoh terkenal antaranya ialah

Ilmu Usuluddin, dalam bidang tokoh - tokohnya seperti

Ilmu tafsir; terkenal dalam bidang ini seperti

Ilmu hadis yang melahirkan tokoh - tokoh seperti

Dan ilmu tasawuf yang tokoh - tokohnya seperti

Mereka semua tergolong di bawah golongan penegak aliran ahli al- Sunnah waal - jama'ah. Turut sama berkembang ilmu - ilmu bantu bagi keilmuan di atas dengan tokoh - tokohnya yang tersendiri. ilmu - ilmu tersebut seperti ilmu nahu, saraf, balaghah, mantiq, mustalah dan lain - lain lagi.

Pada zaman berkembangnya tamadun dan peradaban Islam terutama pada zaman kerajaan Abbasyiah di Baghdad ( 750 - 1258 ) dan kerajaan Islam di Sepanyol ( 750 - 1492 ), ilmu - ilmu yang diperlukan ( fardu kifayah ) dan ilmu - ilmu umum yang diharuskan turut sama berkembang pesat, ini diusahakan dan diterokai oleh umat Islam sendiri dan melalui terjemahan dari sumber Yunani, Parsi, India, dan Mesir. Maka itu lahirlah

 

Selain dari itu berbagai - bagai lagi ilmu pengetahuan turut berkembang dengan tokoh - tokoh yang pakar di dalam bidang berkenaan. Pada pokoknya segala bidang keilmuan di atas adalah menurut perspektif Islam demi untuk kepentingan umat, walaupun tidak dapat dinafikan timbulnya kontroversi di dalam sesetengah bidang ilmu pengetahuan seperti ilmu falsafah. kemajuan ilmu pemgetahuan di dalam Islam yang pada asalnya bepusat di masjid telah berkembang menjadi pusat - pusat pengajian tinggi bertaraf universiti misalnya

Di samping itu, pada zaman keemasan kerajaan islam turut terdirinya sekolah - sekolah, maktab - maktab, universiti - universiti dan perpustakaan antaranya maktab Nizamiah dan Universiti - universiti Cordova, Seville, Malaga dan Granada ( M.M.Shariff, 1970:35 ). dengan kemajuan ilmu pengetahuan yang sedemikian umat Islam telah pernah mengatasi orang - orang Islam di dalam bidang - bidang keilmuanhingga mampu mencpai taraf tamadun dan peradaban yang tingggi dan darinya bangsa Eropah pernah terhutang budi kerana berpeluang menikmati ilmu pengetahuan dari umat Islam dan memperluaskannya di dalam tamadun dan peradaban mereka.

PENGAJIAN PONDOK DARI PERSPEKTIF PENDIDIKAN DAN KEILMUAN ISLAM .

Pengajian pondok yang pernah berkembang di dalam tradisi pendidikan dan pengajian ilmu - ilmu keislaman di Tanah Melayu secara khusus dan alam Melayu pada umumnya adlah merupakan lanjutan kaedah pendidikan dan pengajian yang pernah berlaku di pusat - pusat utama tamadun dan peradaban Islam. ianya juga berkembang dari pengajian yang berpusatkan masjid dengan penekanan pengajian terhadap ilmu - ilmu yang fardu disamping ilmu bantu yang lain. Dari sudut sejarahnya, seawal - awal kedatangan Islam ke Tanah Melayu secara khusus dan ke alam Melayu secara umumnya iaitu sejak abad ke-13 telah turut sama dibawa corak pendidikan yang berasaskan masjid. Ianya menjadi puncak pengajian di sesebuah qaryah yang bermula di peringkat bawah yang berlangsung di rumah, rumah tok guru, lebai dan sebagainya. Masjid pula adalah bersifat terpusat sebagai terpusatnya ilmu - ilmu ketuhanan, iaitu terletak di tengah - tengah sebuah qaryah. Dari pengajian di masjid, pelajar - pelajar boleh meningkatkan pengajian ke taraf yang lebih tinggi seperti pengajian di rumah ulamak dan pengajian yang lebih tinggi ialah pengajian pondok yang berkembang dari sebuah masjid yang biasanya maju dengan pengajian dengan wujudnya guru - guru yang mursyid di situ. Pengajian pondok merupakan puncak bagi pengajian tempatan pada zaman tradisi yang memungkinkan pelajar meningkat ke pengajian yang paling puncak iaitu pengajian di Masjid al - Haram di Mekah. ( Shafie, 1980:6 ).

Dari sudut sejarah kepondokan, menurut hamka seawal - awal kedatangan Islam, sudah wujud pengajian pondok di Pasai, ia merupakan pengajian pondok tertua di alam Melayu ( Hamka, 1981 : 196 ) demikian pengajian pondok juga wujud di Melaka, iaitu bertempat di Pulau Upih. Pengajian ini kemudiannya memuncak berkembang di Acheh pada abad ke 17. Perkembangan pengajian ini telah melahirkan tamadun dan peradaban yang tinggi di Acheh. Kemudian pada abad ke 18 pengajian pondok berkembang di Terengganu.

Antaranya yang diketahui pada peringkat awal ini ialah

Kemudian pada abad 19 hingga pertengahan abad 20 pengajian pondok merupakan fenomena pengajian yang umum berkembang terutamanya di negeri - negeri yang kuat dengan nilai keislamannya antaranya

6.KONSEP PEENGAJIAN PONDOK

Istilah pondok dimbil dari kata Arab , yang bererti tempat tumpangan. Istilah di atas digunakan untuk erti kata yang moden bermaksud hotel. Istilah ini dipinjam dan menjadi perbendaharaan kata melayu yang khusus bagi satu corak pengajian trdisi berorientasikan keagamaan, manakala dalam erti kata yang umum bermaksud sebuah rumah kecil yang bersifat sementara. Terbentunya sebuah pondok pada asalnya ialah kerana wujudnya guru yang mursyid yang mengajar di sesuatu masjid, surau, balai atau madrasah. Ia merupakan guru yang mungkin pernah mendapat pendidikan di Mekah, Mesir, India atau pondok - pondok pengajian tempatan yang terkenal seperti di Patani, Kedah atau Kelantan. Kerana tertarik kepada pengajarn seseorang guru dan untuk mengikuti pengajaran seterusanya, terutama bagi pelajar - pelajar yang jauh, mereka datang menetep secara sementara di keliling masjid atau tempat - tempat pengajaran yang lain yang disebutkan dengan mendirikan bangunan - bangunan kayu yang kecil yang dikenali segan pondok. Selain dari itu ada juga bentuk pengajian sedemikian sengaja didirikan sama ada dari inisistif guru yang mahu mengajar di pengajian pondok tersebut atau dengan bantuan gotong - royong penduduk - penduduk di sesuatu qaryah tertentu. Pengajian yang berpusatkan masjid sebagai titik tengah mencerminkan falsafah pengajian dan keilmuan Islam yang berorientasikan pendidikan kerohanian dan keibadtan secara praktikal.

Dilihat dari segi peranannya di dalam konteks zaman tradisi pengajian pondok memberi sumbangan yang besar di dalam mendidik masyarakat tradisi dengan nilai - nilai keislaman. Dari segi konsepnya ia merupakan bentuk pengajian berasrama terawal di negara ini.

ianya didirikan secara berdikari dan juga gurunya mengajar secara sukarela dengan mendapat nafkah dari harta persendirian, harta wakaf atau dari hasil - hasil zakat yang dikeluarkan. Para pelajarnya juga adalah berdikari dari segi kehidupan di dalam pengajian dengan mendapat bantuan dari ibu bapa atau bekerja sambilan di sawah atau mengambil upah tertentu atau turut sama menerima habuan zakat. di dalam kehidupan di pondok pelajar - pelajar mengurus sendiri makan, minum mencuci pakaian dan menguruskan pondoknya.

Dengan wujudnya pengajian pondok seperti ini serta saluran - saluran pengajian yang lebih kecil di bawahnya telah memutuskan pandangan konsep ilmu orang - orang Melayu sebelum menerima Islam yang menganggap bahawa ilmu itu penerimaan secara warisan, secara keturunan dan yang layak mempelajarinya hanya dari kalangan pawang dan mereka ayng menguasai kesaktian bukannya sebagai hak rakyat umum. Dengan konsep pendidikan Islam, ilmu bukan menjadi hak orang tertentu, tetapi menjadikan kewajipan yang menyeluruh bahkan difardhu dan kifayahkan. pengajian pondok adalah menjadi salah satu institusi pengajian tinggi pada zaman tradisi yang sesetengahnya terus wujud hingga kini bagi menampung tuntutan ini. Sebagai mana falsafah pendidikan Islam seperti yang telah disentuh adalah merupakan pendidikan - pendidikan seumur hidup, maka demikianlah pada pengajian pondok mempraktikkan falsafah pendidikan ini di dalam konsep pendidikannya. Dari segi kemasukan pelajar tidak ada sekatan had umur bagi pelajar - pelajarnya hingga setua - tuanya, samada yang sudah berkeluarga atau bujang.

7.KURIKULUM PENGAJIAN PONDOK

Pada pokoknya pengajian pondok lebih menekankan ilmu - ilmu fardu di samping ilmu - ilmu bantu bagi pengajian ilmu - ilmu tersebut. Ilmu - ilmu tersebut merupakan kepakaran bagi guru - guru yang menerima pendidikan di pusat - pusat pengajian seumpamanya, lagi pula ia merupakan ilmu - ilmu yang diperluakn oleh masyarakat tradisi semasa. Tidak berkembangnya ilmu - ilmu umum pada masa itu sebagaimana pernah berkembangnya pada zaman kemuncaknay tamadun Islam. Oleh kerana ketiadaan pakr - pakar di dalam bidang - bidang berkenaan dan merupakan keprluan semasa di dalam masyarakat yang besifat tradisi. Lantas tanggapan tentang ilmu tidak meluaskan skopnya, ianya terhad kepada yang berorientasikan keagamaan, sedangkan konsep ilmu di dalam Islam adalah begitu luas, seluas wujudnya segala ilmu di dalam berbagai - bagai bidang yang menyelaraskan diri dengan falsafah ilmu.

Pengajian yang ditekankan di dalam pengajian pondok ialah pengajian di dalam bidang - bidang

Pengajiannya boleh dibahagikan kepada dua tahap rendah yang menggunakan kitab - kitab berbahasa Melayu (jawi), manakala peringkat yang lebih tinggi menggunakan karangan - karangan berbahasa Arab. Antara karangan yang dapat disebutkan sebagai contoh di dalam bidang - bidang keilmuan di atas yang biasa digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran; contoh kitab - kitab berbahasa Melayu di dalam ilmu Usuluddin ialah seperti

Di dalam bidang fikh pula biasa digunakan kitab - kitab karangan seperti

Manakala di dalam bidang tasawuf pula ialah seperti

Manakala di dalam bidang tafsir ialah seperti taksir

Di dalam bidang hadis pula ialah seperti

Dan di dalam bidang perubatan pula dipelajari karangan Awang Kenali dengan karangannya yang berjudul Kitab Mujaraabat dan juga risalah ringkas berhubung dengan perubatan.

Bagi peringkat yang lebih tinggi dalam bidang yang lebih luas digunakan kitab - kitab di dalam bahasa Arab misalnya di dalam bidang Usuluddin digunakan karangan seperti Hasiah al - sharqawi oleh Abdullah ibn Hijazi, hasiah al - Bajuri Matn al - Jawharah oleh Ibrahim al - Bajuri, Hasiah 'ala Sharh Risalat al - Samarqan diyyah oleh Muhammad al - Hudayyni al - Damanhuri, Sharh al - Mukhtasar 'ala Fahm al Aqidat Imam al - Jami' Bayn al - Shariah wa al - Haqiqah ( Muhammad al Sanusi ) oleh Muhammad ibn Umar ibn Ibrahim al - Tilmasani, Tahsil Nayl al Muramli Bayan Manzumat'Aqidat al - Awwam oleh Sayyid Ahmad al - Marzuqi dan Hasyiah 'ala Sharh Imam al - Hudhudi 'ala al - Sanusiyyat oleh Abdulah al - Sharqawi dan lain - lain.

Di dalam bidang fikh dan usul al - fikh digunakan karangan - karangan seperti Fawaid al - Shanshuriyyah Sharh al - Manzumat al - Rabbiyyah karanagn Abdullah Muhammad al - Mahalli, Hasyyiah 'ala al - Minat oleh Ali Halabi, Hayiah al - Bajuri oleh Ibrahim ibn Ali al Fairuz Abazi, Hashiah al - Khudari oleh Muhammad al - Sharbini al - Khatib, Al - Iqna' oleh Sulayman ibn Umar al - Bujairimiyy oleh Kitab Al - adhkar oleh Yahya b. Sharaf al - Nawawi, Fathu al - Wahab oleh Yahya Zakariyya al - Ansari, Kitab Rath al - Muin oleh Zainuddin al - malibari, Fath al Qarib al - Mujib oleh Ahmad ibn Husayn ( Abu Ahuja' ) dan I'anat al - Talibin oleh Al - Sayyid al - Bakri.

Di dalam bidang tasawuf digunakan kitab - kitab seperti

Di dalam bidang digunakan karangan - karangan seperti kitab Tafsir al - Jalalayn karangan Jalaluddin al - Sayuti bersama Jalaluddin al Mahalli, Tafsir al - Khatib karangan Muhammad al - Sharbini al - Khatib, Hasyiah al - Jamal 'als al - Jalalayn karangan Sulayman al - Jamaldan lain - lain lagi. Manakala di dalam lapangn hadis antaranya diggunkana kitab- kitab seperti majlis al - Saniyyah fi al - Kalam 'ala al - Arba'in al - Nawawiyyah oleh Ahmad ibn Hijazi al - Fasi, Hasyiyat 'ala al - Bajuri, Al - Jwahir al - Bahiyyat Sharh Arba'in al - Nawawiyyah dan lain - lain. Di dalam bidang mustalah digunakan karangan seperti Hasyiat 'ala Matn al - Bayquni karangan jad al - mwla dan lain - lain.

Di dalam bidang nahu antara karangan - karangan terkenal yang selalu digunakan ialah Matn al - Ajrumiyyat karangan Sanhaji, hasyiat 'ala Mmatn al - Jurumiyyat oleh Abdullah al - Uthmniyyah dan lain - lain sharh ke atas Matn al - Jurumiyyat, begitu juga digunakan Qatru al - Nada wa Ball al - Sada karangan Abdullah ibn Hisham al Ansari dan lain - lain sharh terhadapnya, Kitab Manhaj al - Masalik ila al - Malik karangan Abu al - Hassan Ali ibn Muhammad al - Ushumi dan banyak lagi sharh - sharh terhadap Matn al - Fiyat, kitab Fath al - Malik al - Majid karangan Ahmad al - Dairabi, Hashiah 'ala Sharh al - 'Allamat al - Ushmuni karangan Muhammad ibn Ali al Sabban dan dalam bidang saraf digunakan karangan seperti Kitab al - Tasrif karangan Abu Hassan Ali ibn Hisham al Kaylani, Matn al tasrif karangan Al- Zanjani dan lain - lain. Di dalam bidang ilmu 'arud dan qafiah untuk mempelajari kaedah dan timbangan puisi digunakan Tashil al - 'Arudi fi 'Ilm al - 'Arud karangan Abdul Malik al - 'Isami al - Shafi'i, kitab Matn al - Kafi fi 'Limay al - 'Arud wa al - Qawafi karangan Ahmad ibn Imad, karangan Al - Muqaddimat al - Samargandiyyah karangan Ibrahim al - bajuri dan lain - lain.

Di dalam bidang mantik digunkan karangan Al - Tadhhid fi sharh al - Mantiq karangan Abdullah ibn fadillah al - Khadari, kitab Sharh al - Sullam karangan al - Akhdari, Hasiah 'ala Sharh al - Syakh al - Islam Zakariyyah al - Ansarri 'ala Matn Isaghuji fi al Mantiq oleh Hassan al - Attar, Idah al - Mubham karangan al Shaykh Ahmad al - Damanhuri, Hashiah al - Syakn Mustafa 'ala Shakh matn al - Sullam fi 'lim al Mantiq karanagn Mustafa al Balaq dan lain - lain. Di dalam bidang balaghah pula dipelajari seperti kitab Al - Jauhar al - Makmun karangan Al - shaykh Makhluf al - Munyawid dan lain - lainnya. berhubung dengan miqat dan falak dipelajari kitab Tashih al - Manafi' fi al - Tibb wa al - Hikmah karangan Ibrahim ibn Abn al - Rahman ibn Bakr al - Azraq, Kitab Mujarabbat oleh Ahmad al - Dayrabi dan risalah - risalah berkenaan dengannya, manakala di dalam bidang satera di pelajari seperti kisah - kisah nabi ( Shafie, 1976/77:474 - 580 ). Contoh kitab - kitab di atas hanyalah sebahgian kecil sahaja dari senarai kitab - kitab yang dipelajari di pondok.

8.ORGANISASI PENTADBIRAN DAN ATURAN

Sesebuah institusi pengajian pondok, kadang - kadang berkembang dari pengajian di masjid dengan wujudnya guru yang mursyid dan biasanya mendpat didikan tinggi pengajian keagamaan seperti di Mekah, India, Mesir atau pengajian - pengajian pondok tempatan. Pengajian guru yang mursyid ini diikuti dengan kedatangan pelajar - pelajar mendiami secara semntara di ekliling pusat pengajian dan ibadah itu. Dalam begini, tapak pusat pengajian adalah tapak masjid yang menjadi harta wakaf. Tetapi setengah pengajian pondok di dirikan oleh pegasas secara persendirian, maka biasanya ia merupakan milik persendirian atau menjadi milik institusi berkenaan khususnya ianay di dirikan hasil dari inisiatif orang ramai. Walau apa pun sifat berdikari adalah menjadi ciri penting di dalamkelangsungan institusi berkenaan, ia tidak bergantung pada sumbangan pemerintah, tetapi pada wakaf atau harta milik institusi pengajian pondok itu.Biasanya guru yang memiliki pondok pengajian dan kawasannya boleh mendapat rezekinya dari hasil perkebunan di tanahnya atau dari tanah yang lain yang tanamannya seperti padi dan sebagainya di tanam secara bergotong - royong oleh masyarakat setempat. Di samping itu guru - guru juga diberi hadiah dan hasil zakat. Pelajar juga sebagaimana disentuh berdikari, kalau tidak mendapat sumber bantuan dari kampung, mereka juga bekerja sambilan di sawah ladang di samping mendapat sedekah dan zakat.

Perjalanan sesebuah pondok pengajian biasanya tidak memerlukan satu organisasi pentadbiran dari lembaga luar tetapi dikendalikan oleh guru dengan bantuan guru - guru pembantu yang di antaranya dari kalangan pelajar - pelajar yang baik dalam pengajian di dalam pondok itu juga. Di dalam pengajian pondok peraturan dan nilai - nilai yang berasaskan akhlak Islamiyah amat ditekankan. Pelajar - pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan pondok pengajian dan jikalau keluar hendaklah dengan pakaian khusus yang menjadi identiti pengajian pondok berkenaan. Biasaanya berpakaian kain pelikat, berbaju Melayu dan berketayap. Walaupun kelihatan cara pentadbiran pengajian pondok agak sederhana, tetapi ia membawa satu prinsip penting iaitu berotonomi tanpa digugat oleh mana - mana pihak.

9.KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penyusunan masa belajar di pengajian pondok semacam penyusunan jadual waktu yang dilaksakan pada pusat - pusat pengajian tinggi kini dan semua pengajaran yang diajarkan di pengajian pondok tidak diikuti oleh semua pelajar, ia terpulang pada tahap pengajian pelajar dan pilihan yang dibuat. Taburan jadual pengajaran adalah bertebaran dari Subuh membawa ke Malam. Biasanya dilakukan mengiringi sembahyang - sembahyang fardu. Apabila selesai sembahyang guru mengajar dalam bentuk kuliah berlandaskan kitab - kitab tertentu. Murid - murid mengelilinginya dalam bentuk halaqah ( bulatan ) mendengar di samping menadah kitab. Masa pengajaran bersifat kuliah dijalankan pertanyaan tidak diajukan. Perbincangan dibuat dibawah bimbingan guru - gur penolong samada di tempat pengajaaran itu kemudiannya atau di pondok pembantu guru. Mereka seolah - olah tutor ( pengajar ) di dalam konteks pengajian tinggi kini. Tidak semua pengajaran yang mengiringi di wktu sembahyang fardu dikendaliakn oleh guru utama, tetapi setengahnya dijalankan oleh guru - guru pembantu. Di samping pengajaran yang dilangsung di pusat utama pengajaran juga dilakukan oleh guru - guru pembantu di pondok - pondok mereka yang biasnya diiluti oleh pelajar - pelajar yang lebih rendah pengajian mereka. Pada hari - hari tertentu diadakan pengajaran terbuka paada setiap minggu untuk diikuti oleh pendengar - pendengar yang datang dari kampung - kampung di persekitaran. Pengajaran diberi oleh guru - guru pembantu bergantung pada ramai atau sedikitnya pelajar - pelajar. Pondok - pondok yang maju mungkin mempunyai ratusan pelajar yang memerlukan berpuluh guru pelatih.

Penyusunan pelajaran mengikut jadual yang diatur misalnya selepas sembahyang Subuh mungkin dipelajari Usuluddin dan diikuti dengan fikh hingga waktu Dhuha, kemudian pelajar - pelajar rehat atau mengikut pengajian di bawah bimbingan pembantu - pembantu guru di dalam pelajaran - pelajarn tertentu. Selepas menunaikan sembahyang Zohor dipelajari umpamanya pelajaran nahu dan saraf, selepas Asar dipelajari tafsir dan hadis. Dan selepas Maghrib hingga Isyakdipelajari tasauf. Pelajaran pada hari - hari berikutnya mungkin disusun dengan pelajaran - pelajaran yang lain kecuali hari minggu yang biasanya hari Jumaat di mana pada malamnya pelajar - pelajar berlatih berzanji, marhaban, qasidah, nasyid dan sebagainya sebagai kegiatan - kegiatan tambahan. ini perlu oleh kerana pelajar - pelajar selalu dijemput oleh orang - orang kampung untuk upacara - upacara tertentu seperti perkahwinan dan perayaan - perayaan seperti maulud nabidan sebagainya di mana mereka memperdengarkan kebolehan mereka di dalam bidang - bidang di atas. Biasanya di dalam bulan ramadhan pengajian pondok ditutup sepenuhnya dan masa inilah pelajar - pelajar pulang mempraktikkan apa yang dipelajarinya di kampung mereka.

Di dalam penyampaian pengajaran, terdapat beberapa kaedah penyampain iaitu cara pertama dinamakan muhadarah iaitu guru menyampaikan pelajaran dengan berkuliah berdasarkan kitab - kitab tertentu dan pelajar - pelajar mengelilinginya secara bersila dalam bentuk bulatan ( halaqah ) di samping itu mereka mencatat isi - isi pelajaran yang dikuliahkan. cara ini adalah cara umum yang digunakan di dalam penyampaian pengajaran. Cara kedua ialah secara bermunazarah, iaitu menerusi perbincangan. Cara ini bertujuan untuk melatih pelajar - pelajar berhujah untuk menambah lagi kecerdasan akal mereka, mereka juga digalakkan mengeluarkan pendapat mereka walaupun bertentangan dengan pendapat guru. Biasanya cara demikian dibuat di bawah guru - guru pembantu kanan. Cara ini dicontohi dari munazarah antara Hassan Basari dengan dengan muridnya Hassan ibn Ata yang mempelopori aliran Muktazilah. Cara ketiga ialah penyampain bersama pembantu. Menurut cara ini guru mengguanakan pembantu ( murid ), pada permulanya guru menyampaikan matan kuliahnya dan matan ini disyarah oleh pembantunya, guru akan menambah mana yang kurang atau membetulkan mana yang dianggap kurang tepat. Cara ini digunakan oleh Syeikh Tabari dengan guru pembantunya ( tutornya ) Abu Ishaq Shirazi. Cara keempat ialah cara bebas di mana para pelajar bebas untuk memilih mata pelajaran dan guru yang mereka suka untuk mengikuti pelajaran.

Walau bagaimanapun, dibandingkan dengan kaedah penyampaian kini ianya mempunyai kekurangan - kekurangan umpamanya pengajaran lebih bergantung pada kitab - kitab tertentu dari pengambilan dari pelbagai sumber, penerangan pula lebih bersifat lisan tanpa menggunakan alat tulis yang boleh dipandang. Kemahiran menulis para pelajar menerusi amalan mencatatkan keterangan - keterangan guru yang biasa ditulis di tepi helaian kitab atau di antara barisan - barisan tulisan kitab. Cara ini dikenali dengan istilah 'dabit'. Orientasi pengajian pula lebih bersifat menghafal terutama terhadap matan - matan bagi sesuatu pelajaran misalnya menghafal Matan al - Fiyah bagi nahu, Matan Sullam bagi mantiq, Matan Jawharah bagi ilmu Tauhid ( Usuluddin ) dan sebagainya. Kadang - kadang aspek kefahaman diabaikan meski pun diingati. Di samping itu pengajian berbentuk pengajian pondok ini amat bergantung pada minat pelajar tanpa diwujudkan sekatan peningkatan, maksudnya tidak ada peperiksaan bagi menilai pencapaian pelajar, kemajuan pelajar terpulang kepada inisiatif mereka sendiri. Sebab itu sesetengah pelajar terpaksa berada di pengajian pondok begitu lama dibandingkan dengan masa yang sepatutnya mereka dapat mengusai bidang - bidang penagjian. Pelajar yang keluar dari pengajian berkenaan tidak diberi ijazah secara formal sebagaimana yang diberikan oleh pusat - pusat pengajian kini. Ijazah sebenarnya bagi mereka ialah pengiktirafan masyarakat terhadap kebolehan mereka membimbing masyarakat terhadap kebbolehan mereka membimbing masyarakat dengan keilmuan yang diterima.

Di dalam pengajian pondok sebagaimana yang disentuh antaranya menggunakan kitab - kitab berabhasa Arab, sebab itu pengajian nahu dan saraf amat ditekankan, namun begitu walaupun diakaui pelajar - pelajar pengajian pengajian pondok yang mendalam di dalam ilmu nahu dan saraf dan dapat memahami kitab - kitab bahasa Arab dengan baik, tetapi mereka amat lemah untuk bercakap di dalam bahasa tersebut kerana mereka mengabai dari mempraktikkannya di dalam penuturan. Pada umumnya kebanyakan institusi pengajian pondok mempunyai sejumlah koleksi - kitab - kitab yang biasanya dimiliki oleh guru - guru dan untuk untuk penggunaan mereka sahaja. Mereka tidak memikir tidak memikir untuk mewujudkan khutubkhanah ( perpustakaan )untuk kepentingan pelajar - pelajar keseluruhan, pada hal usaha mendirikan perpustakan ini dilakukan pada zaman keemasan Islam. Pengajian berbentuk pondok juga amat prajudis terhadap sebarang kegiatan sukan ( riadah ) kerana dianggap melaalikan dan berdosa, tetapi tidak ada penyusunan teratur untuk kepentingan kesihatan badan pelajar misalnya dengan mewujudkan perkebunan yang diusahakan secara kolektif supaya pelajar - pelajar bekerja mengeluarkan peluh disamping mendapat hasil dari kegiatan tersebut.

10.KEISTIMEWAAN

Meski pun apa yang disentuh di atas setengahnya boleh disifatkan sebagai kelemahan, tetapi perlulah disedari adalah tidak wajar untuk melihat pengajian pondok di dalam koteks kini secara bandingan dengan kemajuan pengajaran dan pembelajaran sekarang. Sebenarnya di dalam konteks tradisi pengajian ini adalah merupakan cara terbaik dan termaju pada zamannya ianya berperanan menyebarkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat dan menanamkan nilai - nilai keislaman di kalangan mereka. Pengajian sedemikian pada awalnya adalah mencontohi pengajian yang berlaku di Masjid al - Haram di Mekah. Dari pengajian sedemikian bukan saja mewujudkan pengajian pondok, tetapi juga berkembang menjadi pusat pengajian yang berasal dari masjid yang meningkat ke taraf universiti seperti Universiti Qairawan dan Universiti Azhar. Kalau kita perhatikan banyak ciri - ciri pengajian pondok diambil baiksecara langsung atau tidak langsung dan digunakan di dalam kaedah - kaedah pengajian moden misalnya aspek berdikari dan sifat otonominya seboleh - bolehnya mahu dipraktikan oleh pengajian tinggi kini. Dengan kebebasan yang ada penerokaan terhadap ilmu pengetahuan tidak diganggu oleh kepentingan - kepentingan yang lain - seperti kepentingan politik dan sebagainya . Pengajian pondok boleh disifatkan sebagai pengajian berasrama sepenuhnya dan ia merupakan bentuk pengajian berasrama tertua di negara ini. Konsep pengajian seperti ini diikuti terutama pada peringkat menengah dan pengajian sekolah berasrama adalah pengajian yang popular dan termaju. Namun dibandingkan dengan konsep asrama di pondok pelajar - pelajarnya jauh lebih berdikari dari pengajian berasrama di sekolah - sekolah kini. Pusat - pusat pengajian tinggi juga mempraktikkan konsep pengajian berasrama sedemikian. Pada pengajian pondok kita dapati taburan jadual pengajaran berlangsung dari waktu Subuh hingga ke Malam dan pelajar - pelajarnya mengikuti dan memilih pelajaran mengikut taraf kemampuan dan minat mereka di dalam bidang - bidang pelajaran berkenaan. Di dalam pengajian moden juga trend sedemikian diikuti cuma mereka dikenakan sekatan peperiksaan berasaskan keperluan - keprluan unit yang dipilih. Di dalam pengajian pondok falsafah menuntut ilmu adalah kerana Allah dan ilmu yang dipelajari itu ialah kerana kepentingan ilmu itu di dalam meningkatkan martabat insan sebagaimana firman Allah yang telah disentuh, ini berlainan dengan pengajian keilmuan moden yang bertujuan untuk mencari ganjaran kewangan. Dari sudut pendidikan pengajian pondok sesungguhnya berjaya membentuk konsep pendidikan yang sebenarnya kerana keilmuan yang dipelajari dipraktikkan dalam kehidupan. Sebagaimana ilmu - ilmu yang dipelajari mereka memusatkan kepada hubungan kepada Allah maka keilmuan ini digunakan di dalam kehidupan dan ibadat mereka yang berpusatkan hati yang sentiasa dibersihkan menerusi pendidikan yang dilalui menerusi pusat pengajian tradisi. Kita dapati banyak pengistilahan yang merujuk kepada ilmu dan kaedah pengajian yang digunakan di dalam pendidikan Islam diwarisi penggunaannya di dalam pendidikan moden. Ambil saja contoh umpamanya kuliah, makmal, jadual, darjah, kursi, ilmiah, ilmu, maklumat, muzakarah, syarah, mutalaah khutubkhanah, ustaz, ijazah, fakulti, hisab, kitab, kalam dan berbagai - bagai lagi.

Sesungguhnya pada zaman tradisi institusi pengajian pondok telah menjadi institusi pendidikan intelektual masyarakat. Keluaran pengajian sedemikian pada masa itu berperanan dalam memimpin masyarakat baik bertaraf ketua kampung, alim ulamak, imam dan sebagainya menerusi pengajian demikian yang merupakan pengajian tertinggi pada zaman tradisi ilmu pengetahuan keIslaman tersebar dan mengukuhkan nilainya di tengah masyarakat. dilihat dari sudut kelanjutan keilmuan institusi pengajian pondok telah melahirkan ramai barisan - barisan ulamak terkenal bukan sahaja mengajar berbagai - bagai bidang keilmuan, tetapi mereka telah menghasilkan karangan - karangan kitab di dalam bahasa Melayu ( jawi ) di dalam berbagai - bagai bidang ilmu pengetahuan keIslaman. Antara mereka adalah merupakan kelahiran dari sistem pengajian pondok samada seperti di Aceh, Patani dan negeri - negeri Melayu yang lain yang terkenal dengan ciri - ciri keIslaman. Antara mereka yang disebut seperti Syeikh Abdul Rauf Singkel, Muhammad Zain b. Al - Faqin Jalaluddin dari Aceh. Syeikh Abdul Malik b. Abdullah dan Syeikh Abdul Rahman b. Syeikh Muhammad dari Terengganu. Syeikh Daud b. Abdullah dan Syeikh Zainal Abidin b. Muhammad dari Patani. Syeik Abdul Samad dari Palembang, Syeikh Muhammad Arshad dan Syeikh Muhammad Nafis dari Banjar. Syeikh Muhammad Salih ibn Umar dari Semarang, Syeikh Abdul b. Muhammad Salih ( Tuan Tabal ) dan Syeikh Muhammad Ali b. Abdul Ghafur ( Kotan ) dari Kelantan, Tuan Hussein Nasir b. Muhammad dari Kedah dan lain - lain lagi. ( Shafie, 1977 : 569 - 581 )

Sebagai kesan dari perkembangan keilmuan pengajian pndok yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengajaran dan penerangan kitab - kitab berbahasa Melayu ( jawi ) secara tidak langsung meningkatkannya menjadi bahasa ilmiah yang mampu mendukung berbagai - bagai istilah ilmu pengetahuan ( Naguib, 1972 : 42 ). Dengannya memperkukuhkan bahasa Melayu menjadi bahasa yang menyatupadukan masyarakat di rantau alam Melayu yang menganut agama Islam hinggakan bahasa tersebut menjadi salah satu dari bahasa terbesar umat Islam. Menerusi Islamlah bahasa Melayu berkembang dan kini menjadi bahasa rasmi di Malaysia, Indonesia dan Brunei.

11.KESIMPULAN

Pengajian pondok sebagaimana disenth telah berjaya menjadi institusi pendidikan yang penting di dalam menyibarkan ilmu - ilmu keIslaman pada zaman tradisi. Dilihat dari segi konsep dan falsfah kelimuan dan pendidikan di dalam Islam sebagaimana telah dibicarakan pada permulaan, maka jelaslah bahawa orientasi pendidikan yang ditumpukan oleh pendidikan pengajian pondok adalah lebih bersifat penumpuan pengajian terhadap ilmu - ilmu keagamaan atau ilmu - ilmu yang lebih menekankan keilmuan fardu, kurang dari keilmuan kifayah dan yang diharuskan yang juga berperanan di dalam kehidupan masyarakat.

Kalau kita kembali kepada sejarah perkembangan peradaban dan keilmuan Islam, ilmu - ilmu yang berhubung dengan keilmuan umum sebenarnya turut sama diterokai, tetapi tidak sedemikian nampaknya pada pengajian pondok. Ini ialah kerana masalah sejarah yang dialami oleh umat Islam sejak kemundurannya yang lari dari memberi perhatian terhadap keilmuan keagamaan semata - mata. Ini ialah kerana perbalahan falsafah dengan keilmuan keagamaan semata - mata. Ini ialah kerana perbalahan falsafah dengan agama sehingga ilmu - ilmu yang tidak ada hubungan dengan falsafah yang di dalam kategori umum juga ditolak.

Secara kebetulan penerimaan Islam di alam Melayu selepas zaman kemunduran umat Islam, jadi pandangan yang sedemikian sedikit sebanyak turut terpengaruh yang tercermin di dalam orientasi pengajian pondok. Pandangan ilmu secara global sebenarnya terangkum di dalam falsafah Islam sebagaimana dibincangkan. Kemajuan ilmu pengetahuan secara menyeluruh yang pernah dicapai oleh uamt Islam pada zaman keagungannya terpercik ke Barat dan mereka telah mempekembangkannya terutama di dalam bidang keilmuan umum. Hasil dari kegigihan mereka telah maju di dalam keilmuan berkenaan yang membentuk tamadun mereka itu.

Kehadiran keilmuan moden yang beasal dari rahim tamadun Islam dengan pendekatan yang saintifik dengan kaedah dan peralatan yang lebih sempurna dan dengan dokongan pihak pemerintah ( penjajah ) dan pengiktirafan terhadapnya memundurkan pengajian pondok, bahkan boleh dikatakan pupus. Walaupun ada yang cuba megubah untuk menyesuaikan kepada bentuk pengajian sekolah - sekolah yang didirikan oleh pemerintah. Kepupusan ini bukan dari kerana lemahnya falsafah dan konsep pendidikan Islam tetapi oleh fakto - faktor pendekatan, pengiktirafan, ekonomi dan kemasyarakatan akibat dari penjajahan.

12. PENUTUP

Sebagai pengakhiran dapatlah dikatakan bahawa pengajian pondok yang pernah berkembang sebagai institusi pendidikan penting pada zaman tradisi dapatlah dijadikan sebagai akar kepada sistem pendidikan masyarakat Melayu dan sejarahnya menjadi kebanggaan masyarakatnya. Walaupun dibandingkan sistem pengajian pondok dengan kemajuan pendidikan kini, pengajian pondok sudah jauh ketinggalan, namun dari segi falsafahnya tetap utuh. Di dalam menghadapi tentangan moden perspektif ilmu dan falsafahnya dari sudut keIslaman hendaklah dilihat secara menyeluruh merangkumi semua bidang ilmu ( Ismail al - Faruqi, 1982 ). Pencapaian ini boleh dilakukan dengan penilaian kembali terutama ilmu - ilmu yang bercanggah pendekatannya dengan nilai yang bersesuaian dengan Islam. Kesederhanaan terhadap pentingnya digubal suatu sistem pendidikan bernilai Islam yang dapat mengatasi suatu sistem pendidikan sekular telah mulai dilakukan oleh beberapa kalangan yang berwibawa mulai peringkat idea seperti seminar-seminar pada peringkat nasional (Dr. kamal hassan,1978) dan di peringkat antarabangsa seperti seminar mengenai pendidikan Islam di Universiti King Abdul Aziz Jeddah pada tahun 1977 dan hasil daripadanya telah keluar beberapa siri buah buku tentang pendidikan Islam. Dan dalam rangka pelan yang lebih menuju kepada sifat yang lebih praktik pihak International of Islamic Thought telah menyusun rangka kurikulum keilmuan menurut prespektif Islam. (Ismail R. Al-Faruqi, 1402/1982). Bahkan usaha-usaha yang timbul dari keinginan yang kuat telah memperlihatkan hasilnya bilamana kita dapati telah lahir beberapa buah universiti Islam di beberapa buah negara temasauk Malaysia. Ini semua haruslah dilihat sebagai sambungan daripada istitusi pendidikan Islam yang telah wujud di dalam peradaban umatnya dan kelangsungannya bertujuan memenuhi keperluan ilmu sebagai yang dituntut oleh Islam sebagaimana yang tercermin di dalam falsafah pendidikannya

Sekian wa'llahua'lam.


Shafie abu Bakar,
Jabatan Persuratan melayu,
Unoiversiti kebangsaan malaysia,
Bangi Selangor.
11 Muharram, 1405/6 Oktober 1984

 


Bahan-bahan rujukan

 

 


Kertas kerja ini adalah sebahagian daripada koleksi adikku yang ku sayangi

Hayatun Nazirah bt Khalid Abbas
yang telah kembali ke rahmatullah pada tanggan 10 ramadhan 1420
Kupanjangkan ilmu ini dengan harapan semoga akan dapat memberikan kebaikan
kepada umat Islam Amnya dan pahalanya Allah ganjarkan kepada Ruh Adikku.