Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 
   

KBFestival@yahoo.com

Tel:088-689211 fax:088689210

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

Info On-Line

Syarat Pembelian

Pengguna akan memilih set yang dikehendaki melalui halaman katalog. Sekiranya berminat terhadap set-set yang ada, pengguna dikehendaki melengkapi borang yang disediakan. Hanya pengguna yang tinggal di Malaysia sahaja yang dapat membuat tempahan. Luar dari kawasan ini penghantaran tidak dapat dibuat. Syarikat akan mengembalikan dan mengantikan barangan yang rosak semasa dalam perjalanan penghantaran.

Penghantaran

Barang yang telah tempah akan dihantar melalui pejabat pos. Masa penghantaran bergantung pada jarak sesuatu tempat. Bagi pengguna di Sabah dan Sarawak tempoh penghantaran adalah seminggu manakala bagi pengguna Semanjung penghantaran adalah dalam masa dua minggu.

Pembayaran

Disini terdapat dua cara pembayaran yang disediakan oleh pihak pengurusan iaitu menggunakan kad kredit dan wang pos. Mana-mana pengguna boleh memilih mana-mana salah satu sara pembayaran yang disediakan. Bagi pengguna yang menggunakan wang pos pengguna hendaklah membuat pembayaran di kaunter pejabat pos. Bayaran akan ditukar dalam bentuk wang pos yang mana mempunyai nombor siri yang akan digunakan oleh pengguna dalam membuat bayaran tempahan. Nombor siri akan dikirimkan melalui alamat syarikat oleh penguna.

Sekiranya nombor rujukan tidak diterima oleh pihak pengurusan dalam masa satu minggu dari tarikh penempahan maka secara automatik tempahan yang dibuat akan dibatalkan oleh pihak pengurusan. Bagi pembayaran menggunakan kad kredit, pengguna hanya perlu memberikan butir-butir kad kredit seperti yang terdapat dalam borang tempahan.

caj tambahan akan dikenakan bagi pembayaran kos penghantaran. Kos penghantaran di Sabah adalah adalah RM 10, Sarawak RM 15 dan bagi kawasan Semanjung adalah 20. Kos penghantaran ini akan dicampur dengan harga sebenar set tempahan. Oleh itu jumlah bayaran akan dibuat dalam satu wang pos sahaja yang mana nombor siri tersebut akan diberikan oleh pengguna semasa membuat tempahan.

Pemulangan Barangan

Barangan yang rosak atau mempunyai kerosakan semasa diterima oleh penguna boleh dikembalikan semula pada syarikat. Bagi barangan kraftangan dan alat muzik, pengguna dikehendaki memeriksa semasa penerimaan barangan daripada wakil pos. Apabila berlaku kerosakan pemulangan hendaklah dibuat pada masa tersebut kepada wakil pos. Bagi barangan seperti pakaian tradisional pemulangan boleh dibuat dalam masa tiga hari dari tarikh penerimaan barang tersebut. Pemulangan akan dibuat di pejabat pos yang berhampiran di tempat pengguna.