Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 
   

KBFestival@yahoo.com

Tel:088-689211 fax:088689210

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 
   

 

Maklumat

Ruang Rujukan

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

Pakaian kaum wanita

Sinuangga : Baju blaus lengan pendek dan leher berbentuk U dipakai oleh wanita muda. Mempunyai sulaman berwarna suramdi sepanjang lubang kepala dan lengan, dan sepanjang jahitan tepi dan pertengahan belakang. Benang berwarna merah, kuning, dan krim digunakan.

Jahitan utama : sinusuk bulus (jahitan rantai), tantop (jahitan bulu). Teknik jahitan bulu juga digunakan untuk membuat binuunsi', satu jalur merah dan kuning sempit yang ditenun seperti tali kasut.

Butang betawi : dilingkar dengan tali di bahagian dalam. Ini ialah supaya butang ini dapat digunakan dengan blaus yang lain. Butang betawi pada satu masa dahulu dilekat sehingga ke leher baju untuk upacara tertentu dan separuh dari bahagian bawah blaus untuk pakaian seharian. Pada masa kini, tidak banyak perbezaan nya. Butang-butang ini diikat dari bahagian atas ke bawah blaus menggunakan benang kapas.

Butang perak Betawi yang disalut emas merupakan simbol status bagi kaum Kadazan Penampang. Sesiapa yang mampu mempunyai 30 butang dianggap kaya.

Sinompukung Blaus :dengan lengan ¾. Tidak mempunyai sulaman. Biasanya dipakai di luar sinuangga' seperti jeket apabila sipemakai keluar meninggalkan rumah. Pada hari ini, sinompukung biasanya dihias dan dipakai oleh wanita tua sebagai blaus dan bukan jeket seperti dahulu kala.

Kihongon Blaus : dengan lengan panjang, di pakai oleh wanita tua dan spesialis ritual ataupun Bobohizann semasa sesuatu upacara. Sulamannya adalah sama dengan yang terdapat pada sinuangga'.

Simis - blaus dalam warna putih dibuat dari kain kapas. Kadangkala, kain tudung putih dimasukkan kedalam leher bentuk U.

Tapi' Sarung panjang berbetuk silinder, dahulunya kain kapas hitam. Pada zaman sekarang, ia diceraikan denagn siring, perhiasan keemasan, disepanjang paha, hadapan sarung, bersilang dengan satu jaluran perhiasan dari pinggang hingga ke bawah.

Aksesori

Himpogot Tali pinggang dibuat dari duit perak. Biasanya tiga di pakai bergantung kepada kekayaan pemakai, satu di keliling pinggang, dan dua lagi di atas dan di bawah tangkong.

Tangkong. Tali pinggul yang dibuat daripda 84 gelang tembaga berukir. Tiga tangkong dipakai bersama, diikat dengan tali ratan merah(hindagang), hitam(initom) . Tali ratan merah digunakan untuk wanita yang belum berkahwin dan hitam untuk wanita yang sudah berkahwin. Tali in biasanya di biarkan kosong di bahagian belakang untuk mengelakan dari sesak nafas.. Tangkong ini boleh di regangkan untuk berbagai tujuan, satu darinya ialah memudahkan seseorang membawa bakul di belakang.

Titimbak Pin rambut digunakan untuk menghias dan mengetatkan sanggul.

Tiningkokos Gelang lingkar dibuat dari tembaga atau perak

Gohong Gelang tembaga atau perak

Hamai Rantai leher

Simbong Subang

Paun Kerongsang dibuat dari duit syilling emas

Siga do bobohizan Dipakai oleh Bobohizan semasa sesuatu upacar ritual. Ia merupakan tengkolok penuh dengan hiasan daripada bulu burung merak atau turki. Bulu burung ini diikat dan dijahit keatas satu jalur kain yang lebar. Bulu ini memberi sokongan dan bentuk kepada tengkolok tersebut, yang mana kelihatan dari hadapan hampir ditutup oleh kain seperti kipas di kepala. Dari bahagian belakang, bulu-bulu ini hampir semua kelihatan. Jalur kain dimana bulu itu dilekatkan dihiasi dengan renda, sulaman dan manik-manik. Andavi do tandaa' ataupun bulu panjang ayam jantan juga dijahit di hadapan kain tersebut. Hujung setiap bulu diikat dengan potongan kain yang berwarna-warni. Dari bahagian bawah kedua dua tepi tengkolok, dijahit beberapa lingkaran manik berwarna warni yang bergantung di bahagian hadapan/dada.. Tengkolok ini diikat dengan kain di belakang kepala. Tinggi tengkolok ini ialah kira-kira 1 ½ kaki.

Husob Kain berwarna warni yang dipakai oleh bobohizan diatas bahu dan melintangi badan. Biasanya dua husob dipak

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BAJAU

Pakaian Wanita

Badu Sipak Blaus Satin yang berwarna cerah, biasanya warna kuning. Lengan baju yang kembang menunjukkan lipatan bawah dalam warna kontras kehitaman. Kembang lengan baju adalah 2 inci lebih panjang daripada panjang lengan dan tangan. Ia dipakai semasa majlis perkahwinan. Butang Betawi dipasang dihadapan baju, kadang-kadang juga dibahagian lengan.

Badu sampit Blaus satin lengan panjang yang berwarna cerah, dipakai semasa majlis keramaian.

Kain mogah kain barung panjang tenunan tangan, dengan jalur mendatar, biasanya warna merah dan hitam, dengan tambahan corak melintang. Dipakai semasa majlis perkahwinan.

Olos berangkit kain sarung hitam yang panjang dengan jalur tegak berangkit di bahagian depan. Gaya motif seperti bunga kapas dan pucuk rebung. Pakaian kahwin yang eksklusif ini adalah jarang sekali dipakai sekarang.

Selendang Selendang yang dipakai pada bahu.

Aksesori:

Mandapun Kain datar yang dipakai sebagai hiasan leher dengan lipatan kertas emas dan perak.

Sarempak Dua keping hiasan kepala dalam bentuk kapal dibuat daripada kertas emas perak atau peralatan moden sebagai ganti. Perhiasan kecil yang terjuntai di kedua-dua hujungnya adalah dipanggil garigai. Perhiasan ini dicucuk pada sanggul di atas kepala, tiga jejari daripada garisan rambut.

Galang Gelang perak.

Subang Anting-anting emas atau perak.

Keku Penutup jari emas, perak atau tembaga yang panjang meruncing yang dipakai oleh pengantin perempuan.

Ingkot pangkat Tali pinggang perak berbentuk syiling dengan gesper lebar.

Pakaian Lelaki

Badu : Blaus satin yang berwarna cerah, biasanya hijau, dengan lengan baju yang kembang menunjukkan lipatan bawah dalam warna kontras kehitaman. Kembang lengan baju adalah dua inci lebih panjang daripada panjang lengan dan tangan. Dipakai semasa majlis perkahwinan. Butang Betawi di bahagian depan, kadang-kadang juga di bahagian lengan.

Suar : Seluar panjang daripada kain yang sama dalam warna yang kontras dan hiasan warna merah. Warna hitam dipakai untuk majlis perkahwinan.

Tanjak : Lipatan kain dastar untuk hiasan kepala (dipakai semasa majlis perkahwinan). Podong, dipakai oleh penunggang kuda.

Ingkot pangkat : Tali pinggang perak berbentuk syiling dengan gesper lebar dengan cantuman yang dipanggil supu iaitu perak bulat yang digunakan sebagai tempat menyimpan rokok oleh orang Bajau.

Selendang : Kain selempang yang diikat dipinggang.Nota: Nama Betawi adalah merujuk kepada Batavia. Sekarang dipanggil Jakarta dan bekas ibu negeri India Belanda. Butang yang sama adalah menjadi fesyen di Belanda dan masih menjadi sebahagian daripada pakaian tradisional orang Belanda.

__________________________________________________________________________
Maklumat | Program | Rujukan | Penginapan | Peta