![]() |
KBFestival@yahoo.com Tel:088-689211 fax:088689210 |
|||||
|
||||||
|
|
|
||
|
|
Maklumat
Kuda Bajau
Suatu keunikan yang hanya terdapat di daerah ini adalah Kuda Bajau dan penunggangnya yang disarungi pakaian penuh warna-warni dan bergerak mengikut rentak bunyi loceng dan gaya pahlawan suku kaum Bajau. Kuda-kuda yang sememangnya sudah dilatih, amat faham akan kehendak tuannya, terutama sekali apabila mengetuai sesuatu majlis keramaian atau persembahan.
Kota Belud Sepintas Lalu
Meliputi keluasan 1,385.6 km persegi, terletak hampir dengan kaki gunung kinabalu dan sebahagian besar rupa buminya adalah tanah tinggi dan bukit bukau. Kawasan tanah rata hanya terdapat disepanjang sungai-sungai dan pesisir pantai. Kedudukan Kota Belud yang strategik menjadikannya daerah persinggahan beberapa daerah di Bahagian Pantai Barat (Utara), seperti daerah Kudat, Kota Merudu, Pitas, Banggi dan Matunggong. Masyarakat di daerah ini terdiri pelbagai suku kaum iaitu Bajau, Kadazan-Dusun, Irranun, Cina, Ubian dan dan mempunyai populasi sekitar 60,000
Aktiviti Festival
Sepanjang festival pelbagi acara dan aktviti dijalankan. Selain daripada pameran gerai-gerai, persembahan kebudayaan juga turut diadakan antaranya adalah persembahan Bertitik dan Berunsai, persembahan kebudayaan suku-suku kaum, pertunjukkan penunggang kuda bajau dan pertandingan lumba kerbau.
Kalender
Festival ini diadakan pada bulan November setiap tahun.




Festival Kota Belud ( KB )
Diadakan di padang pekan Kota Belud. Festival ini dijalankan dikawasan terbuka dimana para peniaga akan membuka gerai masing-masing. Individu bebas menyertai jualan yang ingin dijual. Disamping itu pentas yang sedia ada dikawasan itu akan dihias bagi majlis perasmian festival ini juga bagi acara persembahan kesenian. Pelbagai barangan hasil tempatan boleh diperolehi. Hasil kraftangan eperti tudung saji, tikar "lampit", bakul, kuih muih tradisional seperti panjaram dan kuih cincin dan berbagai-bagai lagi jenis hasil yang menarik boleh didapati.