Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 
     
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 
   

 

Info On-Line

Syarat Pembelian

Pengguna akan memilih set yang dikehendaki melalui halaman katalog. Sekiranya berminat terhadap set-set yang ada, pengguna dikehendaki melengkapi borang yang disediakan. Hanya pengguna yang tinggal di Malaysia sahaja. Luar dari kawasan ini penghantaran tidak dapat dibuat. Syarikat akan mengembalikan dan mengantikan barangan yang rosak semasa dalam perjalanan penghantaran.

Penghantaran

Barang yang telah tempah akan dihantar melalui pejabat pos. Masa penghantaran bergantung pada jarak sesuatu tempat.

Pembayaran

Pengguna hendaklah membuat pembayaran di kaunter pejabat pos. Bayaran akan ditukar dalam bentuk postal money yang mana mempunyai nombor siri yang akan digunakan oleh pengguna dalam borang tempahan.

Pemulangan Barangan

Barangan yang rosak atau mempunyai kerosakan semasa diterima oleh penguna boleh dikembalikan semula pada syarikat. Bagi barangan kraftangan dan alat muzik, pengguna dikehendaki memeriksa semasa penerimaan barangan daripada wakil pos. Apabila berlaku kerosakan pemulangan hendaklah dibuat pada masa tersebut kepada wakil pos. Bagi barangan seperti pakaian tradisional pemulangan boleh dibuat dalam masa tiga hari dari tarikh penerimaan barang tersebut. Pemulangan akan dibuat di pejabat pos yang berhampiran di tempat pengguna.