Keutamaan dan Amalan
Bulan Zulhijjah
Salah satu
cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat
pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah. Kelebihan berpuasa pada hari itu
berbeza-beza pula, menurut sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh
Ibnu Abbas r.a., Rasulullah bersabda maksudnya;
- 1 ZULHIJJAH,
kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa berpuasa pada hari
itu, diampuni Allah akan dosanya.
- 2 ZULHIJJAH, doa
Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barang siapaberpuasa pada hari
itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat
sedikit pun.
- 3 ZULHIJJAH, doa
Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari
itu, diperkenankan Allah segala doanya.
- 4 ZULHIJJAH, Nabi
Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu
terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari
kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat
- 5 ZULHIJJAH, Nabi
Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas
ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
- 6 ZULHIJJAH, Allah
membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya, barang siapa
berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh
rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.
- 7 ZULHIJJAH, pintu
neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah.
Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30
pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.
- 8 ZULHIJJAH, Nabi
Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih
puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya
dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan dari
"Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa
pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung
jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.
- 9 ZULHIJJAH, turun
ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah
al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini
diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H
ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga
Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih
anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan.
Justeru pada hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu).
Barang siapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah
dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
- 10 ZULHIJJAH, adalah
Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar"
(menyembelih). Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor
korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan
itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya.
Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir
miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan
oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta
timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat
di Madinah.
Ganjaran Bagi Mereka
Yang Memuliakan Zulhijjah Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang
memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan
anugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:"
- Berkat pada umurnya
- Bertambah hartanya
- Kehidupan
rumahtangganya akan terjamin
- Membersihkan diri
daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
- Amal ibadat serta
kebaikannya akan berganda
- Allah akan
memudahkan pada saat kematiannya
- Allah akan menerangi
kuburnya selama berada di alam barzakh
- Allah akan
memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
- Selamat daripada
kejatuhan kedudukannya di dunia
- Martabatnya akan
dinaikkan pada sisi Allah.
- 1 hingga 9 hb -
Sunat berpuasa
- 8 hb - Hidupkan
malamnya dengan banyak beribadat
- 9 hb (Hari Wukuf di
Arafah) - Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat.
Disunatkan berpuasa
bagi orang yang tidak mengerjakan haji, Membaca surah Al-Ikhlas 1000
kali
- Solat pada awal
waktu.. jadilah ianya amalan harian hendaknya..
- Solat sunat qabliyah
asar
- Selepas solat asar -
Baca Surah Yasin 3 kali
- Membaca
Laillahaillalah wahdahula....huallakulishaiinkodir sebanyak 400 kali
(bermula dari asar - isyak boleh sambung2) Fadhilatnya bagaikan
memerdekakan 100 hamba.
- Solat sunat qabliyah
& ba'diyah maghrib
- Selepas solat
maghrib - solat sunat awwabin 6 ra'kaat (3 salam) Fadhilat
penghapusan dosa bagi 50 tahun - hadith... jadikanlah ianya amalan
bulanan/mingguan hendaknya...
- Solat sunat tasbih
- Solat sunat hajat
- Berdoa dengan doa
Nabi Adam iaitu robbana zolamna... sebanyak 50 kali
- 10 hb - Hari Raya
Haji/Korban - Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca
takbir, Melakukan korban
- 11, 12 dan 13 hb
(hari-hari Tasyrik) - hidupkan malamnya dengan banyak beribadah,
takbir selepas sembahyang waktu
- 29hb atau 30hb -
Selepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib
membaca doa tahun baru.
|