(sambungan dari siri yang lalu...)
Sampai jer kat IKIM tu aku terus naik kat ofis Ikim.FM. Diorg
masih melepak kat situ rupanya, melantak kuih2 deepavali yang belum
habis. Lepas setengah jam lepak kat situ, kebanyakan masa dihabiskan
bertekak tentang tempat mana nak lepak sambil bersahur, akhirnya
kitorg bergerak ke Uncle Don, Sri Hartamas.
(nantikan sambungannya Part 3 bulan
hadapan.. kah kah kah).
:: 7 Perhentian ::
Sampai sekarang aku masik lagik belum
tengok citer 7 Perhentian, nie semua gara-gara desakan Waheeda
sendiri yang kata citer tu tak best dan membosankan. Wawa suggest
aku tgk I Know What U Did Last Raya berbanding 7 Perhentian. Menurut
kawan2 aku yg lain yang dah tengok 7 Perhentian, diorg pun kata
citer tu boring. Takde matlamat. Belum sampai perhentian ke tujuh,
baru perhentian ke dua dah menguap, masuk perhentian ketiga terus
tertido. Tu mujur 7 Perhentian, kalau 40 Perhentian sampai
berjanggut la nak tunggu filem tu nak abis..
Tapi yg kalakarnya, aku dgn riaknya
join Wawa ngan Farid Kamil buat promo 7 Perhentian kat JB ngan Batu
Pahat. Lagak aku mcm aku dah empat belas kali tgk citer 7 Perhentian
tu. Ha ha.. Pegi promo, tapi haram tak tgk punn.. Klakar sungguh..
Yang bestnyer, masa promo tu Wawa dgn Farid sendiri tak tgk citer
tu. Wawa pi layan IKWYDLR, si Farid plak layan The Incredibles.
Actually, aku taklah suka sgt si Farid
Kamil tu. Sebelum gi promo aku siap buat lawak dgn Wawa nak ludah si
Farid tu.. Tapi korg paham2 jer la kan.. Tgk la gambar kat atas tu,
aku paras bahu dia jer.. Kalau aku ludah dia, silap2 kena muka aku
balik..
Berbalik pada 7 Perhentian tu,
sebenarnya semangat aku membuak nak tgk citer tu sebab aku tau yang
skrip dan jalan citer tu ditulis oleh bro Saniboey. Saniboey kiranya
one of the sifu yg aku hormat dalam industri nie. Wawa kata citer
asalnya memang best dan mistik giller, tapi lepas kena cincang
dengan JAKIM, citer tu terus jadi bosan.. Moral aku pun terus down
nak tonton.. Tgk vcd jer lah nanti.. He he.
9 November 2004
:: Trip Balik
Kampung (Part 1) ::
Masa yang
ditunggu-tunggu. Masa untuk balik kampung... Pagi nie aku bangun
around pukul 9 pagi, bersiap sedia untuk hantar eezzs ke airport.
Flight dia kalau tak silap aku dalam pukul 12.30 tghari. Punya la
banyak barang dier. Semua diangkutnya balik. Macam2 yang dia beli
untuk family. Macam-macam ada! Ada baju, seluar, kain, kuih, songkok
termasuklah salah satunya kain langsir. Aku ingat nak cadangkan dia
try langsir tu kat tingkap kapalterbang nanti. Sure meriah giller
kan!
Kul 11 kitorg
bertolak dari uum ke airport. Kalau tak silap aku ada dalam 7 kotak
barang2 yang si eezzs tu nak bawak balik kg. Rasa macam nak pindah
rumah pun ada. Kalau ikut peraturan, sorg penumpang cuma boleh bawak
15 kilo jer barang naik kargo. Timbang punya timbang, barang eezzs
semua 48 kilo. Mak oiii.. mau senget wallet nak bayar lebihan berat
tu. Tapi mujur lah, berkat rajin berkawan, si eezzs ni kenal lah
dengan sorg mamat kerja kat air asia tu. Maka dia tak perlu bayar
duit lebihan berat tu. Percuma jer. Harap maklum yer tuan2 dan
puan2. Percuma jer. Punyalah untung. Dia cuma mintak si eezzs tu
bawak balik kek sarawak jer. Dengan pertolongan gini, jangan kata
kek sarawak malahan kek2 lain mcm kek brunei, kek sabah, kek
filipina mahupun kek bangladesh pun si eezzs tu sanggup bawak.
Takder hal punyer. Hehe, so moral of the story: carik la kawan yang
kerja kat air asia ek.
Masa kat airport,
terserempak dengan Akmal Rizal dengan wife dier. Mamat tu kaki
berbungkus. Member aku kata sebab dia operate kaki dia. (actually
bukan dia operate kaki dia, tapi doktor yg operate kaki dia.. hehe).
Biasalah main bola, kena tackle, kena bentes, lama2 jahanam la.
Lepas jer aku hantar
eezzs, aku pun balik uum semula. Cadangnya dalam lepas asar nak
bertolak balik ke johor. Aku balik dengan member nama dia Ridd. Nak
balik tengahari tuh, panas sangat la plak. Lagipun sepatah haram aku
belum berkemas lagi. Barang2 yang aku nak bawak balik kg belum pun
susun masuk dlm beg lagi. Kalau aku balik terus, alamatnya beraya
pakai kain pelikat dengan singlet jer la jawabnya.
Balik tuh aku terus
berkemas. Memandangkan balik naik keter, maka boleh lah aku lenjan
bawak barang2 lebih sket. Mentang-mentanglah leh bawak barang lebih,
habis aku angkut macam2 baju ngan seluar aku tuh. Kopiah pun bawak
3-4 jenis. Yang fancy, yang mcm rappers, yang mcm ustaz, semua ada..
Aku bawak gak laptop kesayangan aku ngan dvd yang aku belum tengok.
Yang paling best siap bawak 2-3 buah buku lagik. Punyala riak nak
baca. Habis semua aku angkut. Nasib baik dekoder dengan piring astro
kat umah tu aku tak bawak balik skali. Kalau tak, mesti mak aku kata
aku gila.
Lepas asar, aku ngan
Ridd memulakan perjalanan kitorg dengan tema 'Pulang Ke Kampung
Dengan Perlahan Agar Selamat Bertemu Keluarga Tersayang'. Tak
rushing sangat. So malas nak laju-laju. Just slow and steady dan
kalau bleh nak rajin rehat kat perhentian. Kalau boleh 7 perhentian.
Untung-untung leh jumpa hantu Erra Fazira. He he.. First tempat
kitorg singgah Jitra, gi umah Prof Mus jap, hantar kaset Arab dia
yang aku pinjam dan buat-buat macam harta aku sendiri.
Lepas tu, kitorg
singgah gi tukar minyak hitam keter. Belum pun jejak time untuk
tukar, tapi demi keselamatan sebab nak jalan jauh, so aku tukar gak
minyak hitam tuh. Tak lama lepas kitorg gerak dari Jitra tu, Waheeda
call aku. Aku ada sms bagitau dia aku on the way ke kl, so dia nak
ajak ler berbuka skalik. Tapi manalah sempat, aku baru jer gerak
lepas asar. Kalau nak berbuka kat KL alamatnya kena lah drive ikut
kelajuan cahaya. So, aku janji dengan dia nak jumpa dia kul 12 tgh
malam, nak sahur sekali. Kul 10 dia on air kat ikim.fm. So habis dia
on air tu kitorg janji nak berjumpa kat ikim. So, memandangkan aku
nak kena ada kat ikim sebelum kul 12, maka aku adjust sket tema
perjalanan kitorg kepada 'Pulang Ke Kampung Dengan Agak Laju Semoga
Selamat Bertemu Waheeda Dan Keluarga Tersayang'. :)
Kitorang singgah
berbuka di Kepala Batas, Penang. Masuk kat susur keluar tol tu pun
dah kul 6 lebey. (mcm mana ayat aku nie, masuk kat susur keluar?
Ahh.. lantaklah). Singgah surau, pi solat asar sat. Punya la lewat,
6.30 ptg baru nak solat asar. Tapi solat tak ekspress, maintain jer
walaupun lewat. Actually aku dah janji nak buka dgn 2 org member yg
duduk kat area sit yg dah lama aku x jumpa iaitu si Azlan Kuim dan
Hisyam. Si Azlan Kuim tu bukan lah nama dia Azlan bin Kuim, tapi aku
banyak sangat member nama Azlan so aku panggil dia Lan Kuim sebab
dia study kat Kuim (Kolej Universiti Islam Malaysia). Kalau dia
study kat Kuktem tentu aku panggil dia Lan Kuktem. Eeee... buruknya
nama!
Ada satu kejadian
klakar masa kitorg nak berbuka tu. Kitorg berbuka kat sebuah
restoran mcm kampung style la. so, aku pun order la air dengan
makanan. Masa tu aku order teh o suam. Jaga suara la tu kononnya. He
he. So, aku rasa dlm 5 minit sebelum berbuka, minuman pun sampai.
Aku pun kacau la gula dalam gelas tu nak bagi sebati pastu dengan
tak semena-menanya dan dengan yakin dan macho nya aku pun hirup la
air tu. Konon mcm nak rasa la manis ker tak.. Elok jer air tu masuk
ke mulut aku, member aku si Ridd tu pun dengan terkejutnya tegur
aku. Aku pun mcm tergamam sebab terlupa yg aku masih dlm puasa.
Terus aku ludah balik air yg ada dalam mulut aku tuh. Memang aku
belum sempat telan lagi. Ceh, melepas rezeki nak rasa air teh yg
best tu. Member aku nie pun, bagi la aku seteguk dua baru lah
tegur.. Hehe..
Anyway, aku teringat
satu hadis, bunyik dia lebih kurang ginilah, 'barangsiapa yang makan
atau minum dengan tidak sengaja kerana ia terlupa, sedangkan pada
waktu itu dia sedang berpuasa, maka puasa dia itu tidak batal dan
teruskanlah berpuasa kerna org yang makan dan minum kerana terlupa
walhal dia berpuasa, sesungguhnya Allah yang memberi dia makan dan
minum itu'... Kalau terjadi kes mcm nie, biasanya kita sempat minum
atau makan sesudu dua jer kot, sebab biasanya lepas tu kita akan
tersedar. Kalau dah melantak makan 2 pinggan, minum 14 teguk masih
tak ingat yang dia masih puasa, memang dasar penipu la tuh.. :)
Lepas daripada
berbuka tuh, kitorg terus sambung semula perjalanan ke KL.
Memandangkan kitorg nak sampai ke KL sebelum pukul 12 tgh malam, so
kitorg niat jamak taahir je, kununnya nanti dah sampai KL baru nak
solat. Perjalanan malam tuh berjalan lancar. Hujan turun
renyai-renyai, kadang2 lebat gak, tapi kitorang steady dan maintain
kelajuan. Berenti kejap kat Sungai Perak untuk buang apa2 air yang
patut pastu on time kul 12 tu kitorang dah pun tercongok kat pintu
pagar IKIM Jalan Duta... (part 2 akan bersambung bila aku updet
tak lama lagi..)
1 November
2004
(keterangan
gambar: Ini gambar Sharifah Aini yer puan-puan. Korang tengok gambar
kat atas nie pun dapat tau betapa misterinya dier. Shuhaimi Baba
taknak ambik dia berlakon filem sambungan Pontianak Harum Sundal
Malam ke? Huhu..)
:: Kak Pah Yang
Misteri ::
Hamba Allah yang kat atas
tu claim yang dia diserang oleh 2 orang lelaki yang tidak dikenali.
Dia kena ugut dan kena pukul (ada kesam lebam kat tangan dia). Lebih
menghangatkan berita ini ialah apabila dia kata dia kena suntik
dengan suatu cecair yang tidak diketahui. Dah bila penjahat yang
suntik, kita tentulah expect dia kena suntik bahan toksik berbahaya
atau ntah2 virus HIV. Takkan penjahat nak suntik vaksin demam kuning
atau Vitamin C plak kan. Dan yang paling best skalik, dia mengaku
yang serangan tu ada kena mengena dengan kes saman dia terhadap
beberapa pihak yang membuat tuduhan dia terlibat dgn kes fitnah siti
nurhaliza melalui emel.
Masalah mula timbul bila
semalam Ketua Siasatan Jenayah Selangor bentangkan laporan tentang
hasil siasatan polis berkaitan kes tu. Laporan dah disiapkan dan
akan dihantar ke Bukit Aman. Laporan tu secara jelas menunjukkan
percanggahan siasatan polis dengan apa yang didakwa oleh Kak Pah.
Doktor kata takder sebarang sisa toksik atau bahan berbahaya dalam
sampel darah Kak Pah. Yg penting skali, takde kesan suntikan pada
tubuh badan Kak Pah. Walaupun tubuh badan Kak Pah dah tak segebu
dulu akibat kesan-kesan lebam, tapi tiada langsung kesan suntikan
sebagaimana yang dia dakwa. Takkan lah penjahat tu nak suntik guna
kaedah batin kot. Dan rakaman CCTV TV3 pula menunjukkan takder imej
motosikal dan 2 penyerang yang dikatakan menyerang Kak Pah tu. Yg
ada hanyalah sebuah kerete Mercedes Benz cantik berkilau milik Kak
Pah tu. Alone. Sendirian di tepi jalan. Kesimpulannya, sama ada
penyerang Kak Pah tu orang bunian yang tak nampak dek mata kasar
atau memang penyerang yang diwar-warkan tu memang tak
wujud.
Statement Kak Pah
sehingga kini masih konsisten, dia tetap kata dia diserang. Kalau
aku jadik dia, aku akan tetap berpegang dengan statement tu jugak,
tak kira lah sama ada benda tu betul atau tak. Ye lah takkan aku nak
kata, "Eh dulu saya ingat orang tu serang saya, rupanya tak ek.
Mungkin yang serang saya tu bukan orang kot. Makhluk asing kot. Saya
mengigau agaknya". Tapi statement dia skrg ditokok tambah dengan
dakwaan bahawa benda tu sebenarnya berlaku angkara orang2 yang nak
menjatuhkan dia. Bahkan dia kata dia masih teruk difitnah oleh
pelbagai org dalam industri hiburan tanahair walaupun dalam
sepanjang bulan Ramadhan nie. Dia kata dia sanggup merengkok dalam
penjara untuk menentang org2 yang tak senang dengan diri dia nie.
Kes nie sekarang dah jadik sulit. Kompleks.
Dalam apa2 hal pun, kita
tak dapat based dengan kata-kata sahaja. Kata-kata terdedah kepada
pembohongan. Kita kena berpegang dengan fakta. Fakta kes ini setakat
ini adalah Kak Pah tidak diserang oleh 2 org lelaki yang dia dakwa
tu. Unless muncul bukti2 lain pada masa akan datang, kes ini mungkin
boleh dibuka untuk siasatan semua.
Entri nie bukan nak judge
Kak Pah dari sisi negatif dari kesan kejadian tu. Tapi ini satu
pengajaran jugak pada dia dari segi bagaimana dia menangani masalah
dia dalam bidang nyanyian nie. Aku tak rasa dia handle secara baik.
Dia banyak buat kenyataan akhbar yang tak sepatutnya. Bahkan isu
saman menyaman tu pasti dapat diselesaikan dengan cara yg lebih
baik. Ke hulur ke hilir di mahkamah adalah penyelesaian terakhir.
Mengkritik Kak Pah tidak bererti dan tidak bermaksud untuk membenci
apatah lagi untuk menjatuhkan dia. Apatah lagi dengan badan Kak Pah
yg mcm tu, macam mana lah nak jatuhkan dia. Cuma, ini merupakan satu
pengajaran agar setiap masalah yang beliau hadapi dalam industi
hiburan tanahair sepatutnya ditangani secara lebih profesional.
Kalau benda tu berkaitan jenayah, just biarkan polis buat kerja, tak
payah sibuk-sibuk nak keluarkan kenyataan itu dan ini dan
menyalahkan org lain. Industri hiburan kita dah cukup kelam kabut.
Kita tak perlukan isu seperti ini untuk menghuru harakannya
lagi.
Sehingga kini kes Kak Pah
ini masih jadik misteri. Aku sendiri bersimpati pada Kak Pah atas
apa yang terjadi, tapi apakan daya, setakat ini keputusan siasatan
serangan itu langsung tidak menyebelahi dia. Apapun, apa yang
sebenar-benarnya berlaku hanya diketahui oleh Kak Pah sendiri.
Misteri Nusantara patut masukkan kes ini dalam episod diorg yang
akan datang. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...
(bunyik lagu x-files kat belakang).
27 Oktober
2004
:: Kisah Sedih
::
Ada tiga orang sahabat si A,
si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60
tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah
kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang
sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak
berfungsi....
si A : Macamana ni...rumah kita lak atas
sekali? si B : Aduhhhh...bikin bingung kepala, nak panjat tangga
larat ke..? si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje...kita
pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik
si A : Aku
ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi
kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita
lawak...kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa...biar kita
serius dengar cerita.
Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah
melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula
bercerita....
si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam
sejarah hidupku...aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal
semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku....bla bla bla bla
bla.....
Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga
meleleh leleh...sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20.
Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk
lap air mata...kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula
bercerita....
si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa
umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan
jalanraya...aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu
berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja
untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang...bla bla bla
bla......
Sekali lagi mereka bertiga meleleh
sedih....punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah
sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi... sambil melangkah
memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk
si C :
Alaaaaaa...korang punya cerita tak sedih lagi... cerita aku lagi
sedihhhh punya. si A : kau ada sejarah hidup sedih juga
ke...? si C : emmmm...mungkin hari ini dalam sejarah... si B :
cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je lagi si C : aku
sedih kerana...KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA....
UWAAAAAA
Moral of the story....jangan anggap sejarah hidup
kita yang paling sedih padahal ada lagi insan lain yang mengalami
sejarah hidup yang lebih pahit.
26 Oktober
2004
:: Rangkuman Berita
::
Sekarang nie rajin gak
aku tengok Buletin Utama. Maklumlah, lepas buka posa dan solat
maghrib, dah tentulah takder benda lain nak buat selain lepak depan
tivi sementara nunggu Isyak. So, seingat aku, bulan posa nie,
sepanjang aku berbuka di rumah, aku jarang miss 15 minit pertama
buletin utama TV3. Buletin utama nie aku tgk konsep dia sekarang ada
unsur-unsur provokasi. Banyak jugak bahan berita dalam tuh merupakan
pendedahan berani. Dan banyak jugak statement yang disiar, saling
bercanggah antara satu sama lain. Ini satu unsur yang menarik. Nie
dah macam Melodi. Satu pihak kutuk satu pihak dalam episod minggu
ini, minggu depan pihak yang kena kutuk atau kena tuduh akan beri
statement balas. Lepas tu statement itu akan di balas balik. Ini
cukup menarik, 600 tahun lagi pun isu tu takkan habis.
Contohnya, beberapa hari
lepas TV3 buat pendedahan tentang projek Kementerian Pelajaran di
Kedah yang terbelangkai.. ehh, terbengkalai. Kerajaan Negeri Kedah
buat statement bidas Kementerian Pelajaran sebab Kementerian
Pelajaran buat projek sesuka hati mak bapak dia di negeri Kedah
tanpa berbincang dengan Kerajaan Negeri. Lepas tu, Kementerian
Pelajaran plak buat statement menafikan, dan memberikan penjelasan
itu dan ini. Ini memang hebat. Aku rasa dari pada semua pihak saling
nak keluarkan kenyataan balas di media lebih baik diorg come out
dengan solution. Itu yang terbaik. Malam tadik plak, pengarah
Hospital Alor Star keluar statement tentang jangkitan kulat di dua
dari lima dewan bedah diorg. Pastu, Menteri Kesihatan kata kenyataan
tu kenyataan yang tak bertanggungjawab. Dia kata bakteria dan kulat
ada dimana-mana sahaja, apatah lagi di hospital. Sampai satu
peringkat, memang akan dilakukan proses pembersihan. Itu prosedur
biasa. Camna tu? Esoknya plak, ada plak pihak lain yang bagi
kenyataan balas membela pengarah hospital alor star tu, dan
menganggap komen menteri kesihatan tu tak patut. TV3 cuba dapatkan
komen dari pengarah hospital alor star tapi tak berjaya. Dia mungkin
dah bring nak bagi statement. Huh.
Lagi satu sejak minggu
lepas, Samy Vellu sungguh popular. Sepanjang minggu lepas, dia
adalah orang India paling popular di Malaysia. Lebih popular dari
Shah Rukh Khan. Episod buletin utama yang membabitkan Samy Vellu
selalunya episod kelakar. Ini disebabkan cara dia membalas
kenyataan, sungguh lucu. Haritu dia kata "Tahun lepas Kongsi Raya,
sebab tahun baru Cina dekat denga raya. Ini tahun kita panggil
Deeparaya sebab Deepavali dekat dengan raya. Tapi depa jer la yang
raya. Saya tak raya, kerja jugak". Lepas tu dia ada kata gak, "Tuhan
tak suka Samy Vellu, hantu pun tak suka Samy Vellu". Oh, dan dia
pernah kata "Menteri tak punya kawasan" padahal dia nak kata
"Menteri tak punya kuasa". Pergh, korang bayangkan kalau Senario
jemput Samy Vellu sebagai pelakon undangan khas dalam sitcom diorg,
mesti lawak giller kan?
Seperti yang diketahui,
TV3 sekarang tengah hangat membuat pendedahan tentang kes projek
terbengkalai. Tak semena2 kita tahu bahawa terdapat berpuluh2
sekolah yang dah siap tapi belum digunakan. Paling klakar, ada
politeknik harga 290 juta terbengkalai. Dah lah bangunan yang
separuh siap tu dah hampir runtuh, pastu masalahnya diorg dah ambik
student. So student tu skrg ditumpangkan di sekolah teknik.
Perghh.... Belajar tinggi2, dapat buat diploma, ingatkan dapat
belajar kat IPT, tapi last2 belajar kat sekolah teknik. Baik amik
SPM jer. Walaupun politeknik dan sekolah teknik bunyiknya hampir
sama, tapi statusnya sungguh lah jauh. Anyway, nasib baik dia hantar
kat sekolah teknik, kalau dia hantar tumpang belajar kat sekolah
rendah jenis kebangsaan tamil takpun tumpang belajar kat balai raya,
tak ker naya!
Yang aku nampak, style
penulisan berita di Malaysia bentuknya bermusim. Sekarang nie heboh
banyak projek kerajaan terbengkalai atau hadapi masalah dengan
kontraktor. Kalau kes ragut kena highlight, tiba-tiba banyak giller
peragut yang bermaharajalela. Kalau ada org jumpa ular sawa, tak
pasal2 semua ular sawa kat Malaysia nie keluar, dan jadik bahan
berita. Bila ada pembantu rumah kena dera, tak semena-mena banyak
plak rupanya pembantu rumah yang hidup menderita. Sebenarnya, bagus
bila pihak media mendedahkan sesuatu isu itu, sebab bila tersiarnya
sesuatu isu tu, pihak yang bertanggungjawab akan memberi reaksi dan
cuba menyelesaikan masalah itu. Contohnya kes projek sekolah
terbengkalai. Rasanya sekarang kerja Ketua Setiausaha Kementerian
Pelajaran bertambah, sebab setiap kali kes sekolah terbengkalai
dipaparkan, esoknya dia akan faks jawapan serta penjelasan tersebut
kepada TV3. Wah, sungguh cekap dia bekerja. Bayangkan kalau tiap2
hari TV3 dedahkan 3 kes sekolah terbengkalai selama 3 tahun. Haha..
Tentu dia takder kerja lain selain merangka jawapan balas. Pastu
kalau dah takder kes sekolah terbengkalai kat Malaysia, aku
cadangkan TV3 dedahkan kes sekolah terbengkalai di Filipina, Vietnam
dan Kemboja plak. Kalau dia jawab jugak tak tau laa.
Huhu...
Anyway, harapnya, kita
jangan jadi masyarakat yang memberi keprihatinan kepada sesuatu
perkara hanya apabila sesuatu isu itu terbuka di mata umum menerusi
paparan media. Harapnya apa juga masalah yang timbul walaupun tak
masuk tivi, kita kenalah selesaikan dengan cepat dan efisyen.
Pilihlah saya menjadi wakil rakyat anda! Adios.
25 Oktober
2004
:: Alhamdulillah
::
Performed by Too Phat,
feat Yassin, Dian Sastro and Ahli Fiqr.
Dian
Sastro:
Disaat waktu berhenti...kosong Dimensi membutakan
mata, memekakkan telinga Lalu diri menjadi hampa Saat paradigma
dunia tak lagi digunakan untuk menerka Sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri
Yassin:
Ult li albi bissaraha (I'm opening up my
heart with honesty) Hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and
hatred) Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what
we have) Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)
Malique:
Merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran
yang Maha Esa Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza Tak memadai
hanya kecapi rasa selesa Maukan harta yang mampu beli 1 semesta
Berpesta ke pagi botol bergelimpangan Kekasih muda bukan takat
berpegang tangan Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan Bila
menjelang tua bukan itu jadi bekalan Dan jangan puisi ini disalah
tafsir pula Bukan berkhutbah cuma betuli diri jua Ingin hidup
sempurna aset nilai berjuta, saling tukar wanita,senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalah guna Jangan kufur nikmat yang diberi
percuma Guna kelebihan untuk hikmah bersama Jagalah nama hidup penuh
pementasan dan drama Ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada
yang lurus bukan semuanya tulus ada sempuna ada kurang upaya ada
yang jadi buta hanya bila sudah kaya Sebesar rumah bermula dengan
sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata Ucaplah alhamdulillah
bukannya sukar, kerna semua nak kaya atau besar Tetap Allahuakbar!!!
Joe Flizzow:
Jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang
tertera di kalimah harap memanduilah Entah apabila persimpangan
tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya Harapku tidak terlupa
diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba Ku cuma
manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan
kegelapan Tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan Teguh bila
dicobakan keruh kuasa dan perempuan Sentiasa legar diminda,dikejar
dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya Ku mengerti siapa
ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi Sementara ini cuma
hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati Mencari
keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam
perjalanan ini
Ahli Fiqir:
Aku yang memandang di
dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
Aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan
alam ke dalam mata hati Aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi
di langit dan di bumi Gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada'
dan qadar kau berilah ku kekuatan Agar dapat ku hindarkan segala
kesesatan Usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui Moga cahaya lailatul
tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri Moga
segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari
belakang Lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran
sepanjang perjalanan Ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...
Dian Sastro:
Sujudku pun takkan memuaskan inginku
'tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu Adapun kusembahkan syukur
padamu ya Allah Untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta Dan
perjalanan yang sejauh ini tertempa Alhamdulillah pilihan dan
kesempatan Yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri Semua
lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah....
24 Oktober
2004
:: Kembali kepada
fitrah ::
Ntah kenapa aku rasa aku
nak tulis balik jurnal. Jurnal nie aku dah tinggal lama dah. Aku
rasa jarak masa di antara sekarang dengan kali terakhir aku menulis
di sini, samalah macam kalau bini aku baru lahirkan anak, anak aku
tu sekarang mungkin dah pandai merangkak atau mungkin
sekurang-kurangnya dia dah pandai bezakan yang mana kaca yang mana
permata (haa... nak melalut la tu). Actually, ramai yang mintak aku
menulis semula, tapi aku tak dapat tunaikan permintaan tu dulu sebab
aku rasa menulis di sini dah tak banyak privacy. Dah tak bebas. Tapi
bila fikir balik, punya lah pelik persepsi tu. Yer lah, buat apa kau
menulis kalau kau tak nak org lain baca. Sama lah macam kau buat
cekodok, tapi tak bagi org makan. Lagipun, aku rasa rugi tak menulis
sebab banyak pengalaman dan catatan hidup ataupun persepsi idea aku
tentang sesuatu perkara itu tak dapat dikongsi bersama. Apatah lagi
sepanjang aku bercuti menulis jurnal, banyak pengalaman menarik yang
berlaku yg sepatutnya dapat aku kongsi bersama dengan pembaca jurnal
nie.
Anyway, dah lama tak
menulis dah tentulah banyak skill yang hilang. Tulisan aku mungkin
tak sebaik dulu. So, korang jangan lah harap sesuatu yang
menakjubkan plak. David Beckham kalau 2 tahun tak main bola pun
boleh jadik setaraf macam pemain bola SKMK Kelantan. Beckham yang
berlatih tiap-tiap hari pun boleh miss penalti inikan kalau 2 tahun
bercuti. Aku pun mcm tu lah jugak. Tak terer dah.
Sekarang nie bulan
Ramadhan. Bulan kita kembali kepada fitrah. Yang dah memang alim
macam aku nie semoga bertambah alim lah di bulan mulia nie. Yang
jahat tu semoga boleh jadik baik dan tinggalkan perkara2 mungkar.
Yang jenis pantang tengok perempuan dahi licin semoga boleh tahan
nafsu. Yang jenis mengumpat mengalahkan burung murai tu moga lebih
pandai mengawal diri. Yang jenis suka dedah rambut, dedah dada
mahupun dedah paha sampai orang pun taktau beza yang mana kain yang
mana kulit, ni lah masa nak beradab sopan. Bulan Ramadhan nie bulan
kita kembali kepada asas dan memperbaiki diri. Sebab apa? Sebab
environment nya ada. Itulah peluangnya. Environment pada aku
penting. Kita belajar bahasa Inggeris dari darjah satu sampailah ke
tingkatan lima, tapi haram tak fasih-fasih jugak berbahasa omputeh.
Sebab apa? Sebab kita duduk dalam environment yang tidak mendorong.
Tapi cuba, kalau kita duduk dalam suasana yang mendorong. Contohnya,
kau campak seorg yang taktau cakap omputeh ke sebuah negara omputeh,
katalah ke London. Aku ingat enam bulan lepas tu kalau dia balik
Malaysia, dia fasih cakap omputeh mengalahkan Puteri Diana
(memanglahh.. puteri Diana dah mati!). Jangan kata Inggeris, kalau
korang campak aku ke Rusia, lepas enam bulan tentu aku boleh sembang
secara fasih dengan Roman Abramovich. Itulah pengaruh persekitaran.
Itulah jugak yang sepatutnya berlaku bila kita ada dalam suasana dan
persekitaran Ramadhan yang mulia, apatah lagi setan2 yang durjana
tuh dah kena rantai, maka faktor pendorong untuk kita berubah
menjadi baik itu sudah ada. Cuma yang perlu ditambah adalah
keinginan kita sendiri untuk berubah.
Lagipun banyak amal
ibadat yang dilipatgandakan amalannya di bulan Ramadhan nie. Contoh
paling baik ialah solat terawih. Bulan Ramadhan lah kita nak pulun
pahala mengerjakan solat terawih. Bulan lain tak bulih. Korang tak
boleh solat terawih di bulan Rabiul Awal atau bulan Syaaban apatah
lagi di bulan April. Hanya bulan Ramadhan jer bulih. So, kena kejar
lah. Lagipun, kita tak tahu sama ada kita akan berjumpa bulan
Ramadhan lagi. Walaupun bulan Ramadhan akan datang hanya setahun dr
sekarang tapi takder jaminan yang kita akan sempat bertemu dengannya
lagi. So, setiap kali kita bertemu dengan bulan Ramadhan, kita perlu
ambil peluang itu dengan sebaik-baiknya.
Korang perasan tak...
(korang mesti tak perasan kan, sebab aku belum cerita lagi..).
Korang perasan tak yang sambutan orang terhadap sembahyang terawih
nie terbalik berbanding dengan bolasepak Piala Dunia. Kalau Piala
Dunia tu sebulan, minggu-minggu awal tu mungkin tak ramai yang nak
tgk, sebab perlawanan masih di peringkat awal. Masih di peringkat
kumpulan. Match pun tak best. Tapi semakin nak berakhir Piala Dunia,
semakin excited, semakin ramai yang memenuhi stadium, semakin ramai
yang berjaga dan tunggu depan tivi (yer lah.. kalau tunggu belakang
tivi camna nak tgk!). Apatah lagi bila dah masuk perlawanan suku
akhir, pastu separuh akhir, dan kemudian yang paling di tunggu
perlawanan akhir. Dan bila berakhirnya perlawanan akhir, kita sedih
sebab kita perlu tunggu 4 tahun lagi untuk berjumpa dengan Piala
Dunia seterusnya. Sepatutnya semangat itu yg kita bawak dalam solat
terawih. Tapi yang terjadi terbalik. Minggu pertama terawih, mak
oiii.. punya lah ramai makhluk. Kat masjid tu jemaah sampai ke saf
belakang. Ada masjid yang hebat, jenis kalau lewat sket alamat solat
tepi bucu lantai jer la. Bilal pun punya lah semangat, mana taknya
bila ucap jer.. Assolatu torawihirrahimakumullah... Yang
menyambutnya punya la ramai umat. Rasa glamer plak bilal.
Tapi bila masuk minggu
kedua, makmum dah jadik separuh dr minggu pertama. Bila masuk minggu
ketiga, lebih ramai yang bagi alasan.. "aku semayang terawih di
rumah jer.. lebih khusyuk". Khusyuk kepala hotak dia, cakap jer la
malas. Dan bila masuk sepuluh malam terakhir, sepatutnya lebih ramai
yang merebut kelebihan untuk mendapat lailatul qadar, tapi yang
berlaku menyedihkan, masjid semakin kosong, makmum pun dah tak
nampak, yer lah dengan aku2 sekali tak mai masjid. Ruang solat
banyak yg kosong, jenis kalau datang dekat2 solat witir pun masih
boleh dapat saf dekat dengan imam.. Jadi hakikatnya, bestnyer kalau
kita boleh bawak semangat bolasepak Piala Dunia ke dalam sambutan
solat terawih. Semakin nak berakhir Ramadhan, semakin kita berusaha
mencari kelebihan, semakin kita rajin bangun malam untuk qiamullail,
semakin kita rajin ke masjid.. dan kita menjadi semakin sedih untuk
meninggalkan Ramadhan.
Peringatan kat atas tu
aku tuju kat diri sendiri. Kalau ada pembaca yang nak ambik ingatan
sama, Alhamdulillah. Ramadhan, bulan kita kembali kepada fitrah.
Fitrah manusia itu suci dan bersih.