Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

S  E  J  A  R  A  H         M  A  L  A  Y  S  I  A

BAB    1


 

 

 

Laman ini dikendalikan oleh cikgu Aidid dari SMK Batu Sapi,Sandakan, Sabah.

 

 

SEJARAH MALAYSIA SPM

BAB   1
BAB   2
BAB   3
BAB   4
BAB   5

BAB   6
BAB   7

SEJARAH DUNIA SPM

BAB   1
BAB   2
BAB   3
BAB   4
BAB   5

BAB   6

RUJUKAN
Rujukan 1
Rujukan 2
Rujukan 3


Candi Angkor Wat

 

Borobudur(Jawa)

Soalan  1

Berikan perbezaan kerajaan agraria dengan kerajaan maritim dari segi kedudukan geografi, kegiatan ekonomi, kemahiran penduduk dan hubungan luar.?

Kerajaan agraria  bertumpu di lembah-lembah sungai di kawasan pendalaman sementara kerajaan maritim terletak di persisiran pantai. 

Kegiatan ekonomi kerajaan maritim bertumpu kepada kegiatan yang berkaitan laut seperti menangkap ikan dan berdagang, manakala kerajaan agraria lebih kepada kegiatan pertanian, penternakan, mengumpul hasil hutan dan kegaiatan perdagangan sistem barter.

Kemahiran  penduduk kerajaan maritim lebih kepada penguasaan teknolgi membina kapal dan pelayaran jarak jauh. Bagi penduduk kerajaan agraria mereka mahir dalam membina terusan untuk pertanian dan teknologi membina monumen.

Corak hubungan luar kerajaan maritim lebih kepada hubungan internasional  kerana kawasan mereka menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari serata dunia seperti China, India, Arab dan Eropah. Manakala hubungan luar kerajaan agraria bertumpu kepada hubungan setempat iaitu dengan wilayah-wilayah di sekitarnya untuk menjalankan perdagangan sistem barter.

 

Soalan 2

Sejauhmanakah kerajaan Agraria dan kerajaan maritim saling bergantungan?

Karajaan maritim yang menjalankan perdagangan entreport bergantung kepada kerajaan agraria bagi membekalkan barangan dagangan.

Kerajaan maritim memerlukan bekalan makanan daripada kerajaan agraria, Kerajaan agraria pula bergantung kepada kerajaan maritim untuk memperoleh hasil laut dan barangan import.

Kerajaan agraria juga memerlukan pelabuhan dari kerajaan maritim bagi memasarkan barang keluaran mereka.

 

Soalan 3

Sesebuah kerajaan yang kuat akan meluaskan kuasanya ke wilayah lain. Ceritakan secara ringkas bagaimana kerajaan Srivijaya meluaskan empayarnya?

Perluasan wilayah dilakukan dengan pelbagai cara seperti peperangan, perkahwinan, sistem ufti dan pengaruh cerita-cerita metos.

Kerajaan Srivijaya menggunakan kaedah peperangan dengan mengerakkan tentera daratnya untuk menakluki kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera dan tentera laut digunakan untuk menguasai beberapa kawasan di semenajung Tanah Melayu.

Perkahwinan diraja telah juga dilakukan untuk tujuan perluasan wilayah seperti Raja Balaputra dari kerajaan Sailendra telah berkahwin dengan puteri raja Srivijaya yang kemudiannya ditabalkan menjadi raja Srivijaya.

Sistem ufti yang diamalkan sebagai ganjaran perlindungan kepada kerajaan-kerajaan kecil yang akhirnya kerajaan-kerajaan tersebut menjadi sebahagian empayar Srivijaya.

Pengaruh cerita-cerita dongeng tentang kesaktian raja yang dicanangkan oleh para brahmin yang mengisahkan tentang kesaktian dan kelahiran raja Srivijaya yang luar biasa telah mengerunkan  kerajaan kecil. Hal tersebut menyebabkan kerajaan-kerajaan kecil menerima pertuanan dan tunduk kepada kekuasaan kerajaan Srivijaya.

 

Soalan 4

Dari pengetahuan sejarah anda, Nyatakan kuasa raja dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara?

Raja berperanan dalam ekonomi yang menjadikan kota diraja sebagai pusat kegiatan ekonomi dan mengawal sumber dari kawasan pendalaman.

Membuat  undang-undang yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa sahaja dan menjatuhkan hukuman bunuh.

Menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh para pembesar dan membuat kata pemutus dalam semua perkara.

Membuat hubungan luar dengan negara asing untuk kepentingan keselamatan, persahabatan dan perdagangan.

Menjamin keamanan dan kemakmuran rakyat dan negara.

Menjadi ketua tentera.

 

Soalan 5

Sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara adalah berasaskan campuran sistem tempatan dan pengaruh Hindu-Buddha.   Huraikan Sistem pemerintahan beraja dalam kerajaan awal dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai?

Sistem pemerintahan yang diamalkan pada masa itu ialah sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak yang berasaskan kepada campuran sistem tempatan dan pengaruh agama dari India.

Pengaruh agama Hindu-Buddha itu dapat dikesan dari amalan-amalan di istana seperti adat istiadat pertabalan raja dan sebagainya.

Brahmin atau sami Hindu/budhha sangat berpengaruh di istana berperanan menonjolkan kesaktian raja melalui cerita-cerita metos, dongeng dan lagenda.

Raja dianggap sebagai "devaraja" atau jelmaan tuhan di muka bumi sehingga rakyat tidak boleh derhaka kerana dipercayai akan mendapat tulah.

Sesebuah negara berkonsepkan "order kosmos" dimana ibu kota sebagai pusat alam dan sebuah negara adalah alam sekeliling, ini bersamaan dengan konsep "dharma" dalam agama Hindu.

 

Soalan 5

Sebelum kedatangan agama Hindu dan Buddha, masayarakat awal di AT dipengaruhi oleh kepercayaan anamisme. Apakah yang dimaksudkan dengan kepercayaan anamisme itu?

Anamisme bermaksud setiap benda mempunyai semangat dan roh yang boleh mempengaruhi kehidupan manusia.

Semangat dan roh itu harus dihormati dan dipuja agar ketenteraman manusia tidak diganggu, contohnya memuja roh nenek moyang.

Unsur-unsur alam juga dipuja seperti air, api, pokok dan planet misalnya matahari, bulan dan bintang.

 

Soalan 6

Bagaimanakah kemasukkan agama Hindu-Buddha  dan faktor-faktor penyebaranya di Asia Tenggara?

Kemasukan agama Hindu dan Buddha ke Asia Tengara boleh dipecahkan kepada dua cara iaitu;

Pertama:                                                                                                                      Agama Hindu dan Buddha di bawa masuk ke Asia Tenggara oleh golongan sami Brahmin dari India yang datang bersama pedagang-pedagang India.  Mereka diberi kedudukan istemewa dan dilantik sebagai penasihat raja dalam hal keagamaan dan pemerintahan.

Kedua:                                                                                                                           Pedagang tempatan yang telah pergi berdagang di India juga dipengaruhi oleh agama tersebut.  Mereka telah bawa balik pengetahuan tentang agama ke Asia Tenggara dan menyebarkannya.

Terdapat banyak faktor penyebaran agama Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara diantaranya ialah;

Ajaran agama Hindu-Buddha sesuai dengan hasrat golongan pemerintah yang hendak memperkukuhkan kedudukan mereka.

Penganutan oleh raja menyebabkan rakyat dan golongan bangsawan sedia menerimanya.

Terdapat unsur-unsur agama Hindu dan Buddha yang tidak bercangah dengan kepercayaan tempatan seperti unsur pemujaan dewa dan agama Hindu diterima sebagai pelengkap kepada kepercayaan yang sedia ada.

Agama Buddha  senang diterima dan disebarkan kerana terdapat kepercayaan bahawa pengasas agama Buddha merupakan penjelmaan kembali salah satu dewa Hindu.

 

Soalan 7

Agama Hindu dan Buddha telah mempengaruhi aspek bahasa, kesusteraan dan seni dalam masyarakat kerajaan awal di Asia Tenggara.    Halkan perkara tersebut?

Bahasa

Bahasa tersebut mula digunakan sejak abad ke 4 dan ke 5 lagi di Asia Tenggara yang dibawa melalui proses pengindiaan.

Bahasa Sanskrit merupakan bahasa sarjana yang digunakan sebagai media pengajaran dan pembelajaran kitab-kitab lama Hindu.

Bahasa Sanskrit pada ketika itu digunakan untuk merakam peristiwa sejarah mengenai keagungan kerajaan dan salsilah raja sebagaimana yang terdapat pada dinding candi dan batu bersurat yang ditemui.

Demikian juga ia digunakan untuk upacara keagamaan seperti membaca doa dan mentera.

Kesusasteraan

Terdapat banyak hasil karya  sastera dihasilkan yang berasaskan kepada dua epik terkenal( Epik Ramayana dan Mahabrata), telah mempengaruhi hasil karya penduduk di Asia Tenggara.

Pengaruh epik tersebut berkembang dalam sastera Jawa Kuno dalam bentuk puisi dan prosa seperti Nagarakartagama dan Sutasoma.

Senibina

Pengaruh agama Hindu dan Buddha sangat jelas bila kita perhatikan kepada bentuk candi dan ukiran-ukiran yang dapat dilihat sehingga kini seperti Candi Angkor Wat dan Candi Borobudur.        Kekuatan pegangan agama digambarkan melalui seni ukir pada candi dan bentuk candi tersebut.

Selain itu, pembinaan monumen juga satu unsur seni Hindu dan Buddha sebagai tempat persemadian roh raja dan sami-sami Hindu.

 

Soalan 8

Hubungan luar sesebuah kerajaan awal di Asia Tenggara adalah penting untuk memastikan kekukuhan kuasa sesebuah empayar. Huraikan hubungan luar kerajaan Srivijaya dengan China?

Semenjak abad ke-7 lagi, kerajaan Srivijaya telah mengadakan hubungan luar dengan China. Tujuannya ialah untuk menjalin hubungan persahabatan dan perdagangan.

Kerajaan Srivijaya telah mengambil beberapa langkah positif bagi mengiratkan hubungannya dengan China seperti menghantar duta ke China, menjamin keselamatan pedagang-pedagang China di Srivijaya dan berusaha memenuhi permintaan pedagang China terhadap barangan tempatan.

Hubungan rapat Srivijaya-China telah menjadikan Srivijaya satu kuasa yang kuat di Asia Tenggara sehingga berjaya menguasai Selat Melaka dan Laut Jawa.

Hubungan rapat itu telah menolong menjadikan Srivijaya sebuah kawasan perdagangan termaju di kepulauan Melayu. Kegiatan perdagangan merupakan sumber pendapatan utama Srivijaya kerana pada ketika itu ia menjadi tumpuan saudagar-saudagar dari China, Arab, dan India Ke pelabuhan entrepotnya yang terkenal itu.


KEMBALI KE LAMAN UTAMA KEMBALI KE LAMAN UTAMA SEJARAH