Hansard [DRAFT] Dewan Rakyat.
23.10.98 - Budget Day
 
 

                                        MALAYSIA
                                      DEWAN RAKYAT
                                Jumaat, 23 Oktober 1998
                       Mesyuarat dimulakan pada pukul 4.00 petang
                                           DOA
                     [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

                                   RANG UNDANG-UNDANG
                          RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1999
                                Bacaan Bagi Kali Yang Kedua
 
 

Tuan R. Karpal Singh: Point of order!

Tuan Yang di-Pertua: Sila, Yang Berhormat.

Tuan R. Karpal Singh: Peraturan 66(1). [Menyampuk]

Seorang Ahli: Apa mahu kacau-kacau!

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Hai Jelutong, mahu jadi heroin.
[Ketawa]

Tuan R. Karpal Singh: Tuan Speaker, ini Dewan Rakyat atau pasar? Tuan Speaker boleh membuat satu ruling sama ada Dewan Rakyat atau pasar. Jika Dewan Rakyat, behave like one.

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Hai bai duduklah!

Tuan R. Karpal Singh: Ini kelakuan Mr. Prime Minister that what you have.

Tuan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan R. Karpal Singh: Discipline for haven’t sake, discipline them.
[Menyampuk]

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Discipline your own people first.

Tuan R. Karpal Singh: Discipline yourself first.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua: Sila, Yang Berhormat dari Jelutong. Apa point of order itu? Apakah dia?

Tuan R. Karpal Singh: Bolehkah semua sabar dahulu sebelum saya membaca.

Tuan Yang di-Pertua: Bacalah.

Tuan R. Karpal Singh: Sebagai seorang bekas hakim tentu boleh kawal orang-orang seperti ini.

Seorang Ahli: Apalah lu, bai!

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Take care of your back side!

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat. Sila bacakan.

Tuan R. Karpal Singh: Sebelum saya baca, saya tidak mahu apa-apa gangguan dalam Dewan Rakyat ini. [Menyampuk] "66(1) Hendaklah dibawa ke dalam Majlis satu Rang Undang-undang Perbekalan." Dalam penghujahan saya pada satu Konvensyen, iaitu Menteri Kewangan yang sah boleh membentangkan usul seperti ini. Ada dua Menteri Kewangan, Menteri Kewangan Pertama dan Menteri Kewangan Kedua. Dan penghujahan saya kedua-dua ini tidak sah. [Menyampuk]
Menteri Kewangan yang sah adalah Ahli Yang Berhormat dari Permatang Pauh. [Menyampuk]

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Mana turban?

Seorang Ahli: Baliklah!

Tuan R. Karpal Singh: Bagi sokong penghujahan itu, saya rujuk kepada Perkara 43(5) Perlembagaan. Subject to clause 4, dengan izin, "Minister other than the Prime Minister shall hold office during the pleasure of the Yang di-Pertuan Agong." Ini penting. "Unless the appointment of any Minister shall have been revoked by the Yang di-Pertuan Agong on the
advice of the Prime Minister but any Minister may resign his office." Apa yang saya mengetahui Menteri Kewangan yang sah iaitu Ahli Yang Berhormat dari Permatang Pauh tidak letak jawatan. Saya mahu ketentuan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Adakah the appointment of
this minister that revoke by the Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, jika ya, bila? Bolehkah saya dapat tahu...

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Don’t waste timelah bai!

Tuan R. Karpal Singh: I suggest stand up! [sambil mengarahkan kepada Datuk Haji Mohamad Nazri bin Abdul Aziz]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, cukup.

Tuan R. Karpal Singh: Kalau berani stand up!

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Ini bai murtad.

Tuan R. Karpal Singh: Stand up!

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat dari Jelutong, sudahlah.

Seorang Ahli: Sit down!

Dato' Haji Sukri bin Haji Mohamed: Baling kepala baru tahu!

Tuan R. Karpal Singh: Apa yang saya hairan Tuan Speaker, Ahli-ahli Dewan rakyat Barisan Nasional kelakuan sebagai binatang.

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Bai, lu main pungkurkah?

Beberapa Ahli: [Menyampuk] Baliklah  lu bai! Tarik balik bai!

Seorang Ahli: Lu mahu mampuskah!

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat tarik balik perkataan ‘binatang’.

Tuan R. Karpal Singh: Saya tidak tarik balik.

Beberapa Ahli: Tarik balik bai!

Tuan R. Karpal Singh: Saya menegaskan ‘binatang’.

Dato' Haji Sukri bin Haji Mohamed: Tarik balik bai!

Tuan Yang di-Pertua: Kalau tidak tarik balik saya akan minta supaya Yang Berhormat keluar daripada Dewan.

Beberapa Ahli: Tarik balik!

Tuan R. Karpal Singh: Bagaimana orang lain?

Seorang Ahli: Apa ini!

Tuan R. Karpal Singh: Tuan Speaker, bolehkah saya dapat tahu bagaimana orang lain.

Tuan Yang di-Pertua: Orang lain tidak menggunakan perkataan ‘binatang’.

Tuan R. Karpal Singh: Bukan binatang sahaja, ‘binatang liar’.

Seorang Ahli: Bai, duduk!

Datuk Wira Mohd. Ali bin Mohd. Rustam: ‘Binatang liar’, Tuan Speaker, peraturan Dewan.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat yang lain sila senyap. Yang Berhormat dari Jelutong, sila tarik balik perkataan itu.

Tuan R. Karpal Singh: Saya boleh tarik balik.

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Tarik balik, bai!

Seorang Ahli: Tanpa syarat.

Tuan R. Karpal Singh: Itu boleh, Tuan Speaker.

Tuan Yunus bin Rahmat: Bai kurang ajar!

Tuan R. Karpal Singh: ‘Kurang ajar’ boleh?

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah.

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Bai, jaga belakanglah!

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Tuan R. Karpal Singh: Saya boleh tarik balik, itu tidak ada masalah, Tuan Speaker. Itu semua boleh dikekalkan, boleh masuk dalam Hansard.

Dato' Haji Sukri bin Haji Mohamed: Point of order.

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Dato' Haji Sukri bin Haji Mohamed: Menggunakan perkataan yang biadab, iaitu bertentangan dengan perkara 36(4), Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk] Kita mohon supaya Yang Berhormat dari Jelutong menarik balik. Jika tidak, kita menggesa supaya Tuan Speaker menghalau dia keluar daripada
Dewan ini. [Tepuk]

Tuan R. Karpal Singh: Ini orang bodoh, saya sudah tarik balik tadi.
[Ketawa] [Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah.

Dato' Haji Sukri bin Haji Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, point of order sekali lagi.

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Dato' Haji Sukri bin Haji Mohamed: 34, Tuan Yang di-Pertua. Perkataan ‘bodoh’ pun sudah diputuskan dalam Dewan ini bahawa perkataan itu adalah perkataan biadab dan minta tarik sekali lagi, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ya. Perkataan ‘bodoh’ pun telah dianggap sebagai perkataan....

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Okay ‘bodoh’ tarik balik!

Tuan R. Karpal Singh: Tuan Speaker.

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Hai pekak tarik balik!

Tuan R. Karpal Singh: Saya tarik balik tetapi ganti dengan ‘tak berapa pandai’. [Ketawa]

Seorang Ahli: Lembu!  [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Amat Berhormat, sila teruskan. Ada hendak jawab sedikit berkenaan apa yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Jelutong?

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan I: Ya. Tuan Yang di-Pertua, saya telah sampaikan keputusan saya sebagai Perdana Menteri untuk melucutkan jawatan Dato' Seri Anwar bin Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan sebagai Menteri Kewangan, dan Yang di-Pertuan Agong tidak ada
tentangan apa-apa.

Tuan R. Karpal Singh: Tuan Speaker, penjelasan. Adakah di’revoke’kan, bukan sampaikan keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Adakah Yang di-Pertuan Agong revoke the ministership of....adakah itu digazetkan. Jangan main-main dalam Dewan yang mulia ini. [Menyampuk] Ada
dilucut.....

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat.

Tuan R. Karpal Singh: Sampaikan itu lain. Keputusan yang disampaikan itu bukan apa yang ada dalam perkara 43. Adakah itu di’revoke’kan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Adakah itu dibuat? Jika tidak, ini semua tidak sah.

Tuan Yang di-Pertua: Jelutong, cukuplah!

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Duduklah bai!

Tuan R. Karpal Singh: Belanjawan bagi tahun 1999 tidak sah jika apa yang ada dalam perkara 43 tidak diikuti. Seorang sahaja boleh membentangkan usul ini, iaitu Ahli Yang Berhormat dari Permatang Pauh sebagai Menteri Kewangan yang sah. Jangan main-main.

Tuan Yang di-Pertua: Sila, Yang Amat Berhormat.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan I: Tuan Yang di-Pertua, saya telah sampaikan keputusan saya, sama ada menyampaikan itu merupakan satu nasihat ataupun tidak iaitu terpulang kepada Ahli Yang Berhormat. Tetapi pada pendapat saya itu adalah nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, dan Yang di-Pertuan Agong menerimanya. [Tepuk] Kemudian daripada itu senarai Ahli-ahli Kabinet telah pun diumumkan.

Tuan Yang di-Pertua: Sila teruskan ucapan.

Tuan R. Karpal Singh: Adakah itu digazetkan?

Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah Yang Berhormat dari Jelutong, cukuplah.

Tuan R. Karpal Singh: Bukan cukup, ini satu perkara penting.

Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah. Cukuplah Yang Berhormat. Sila teruskan.

Seorang Ahli: Duduklah Jelutong!

Tuan R. Karpal Singh: Ucapan yang dibuat without mengikut undang-undang apa yang dibuat selepas itu semua tidak sah.

Tuan Yang di-Pertua: Itu terpulanglah kepada keadaan, dan pada fikiran saya gazet ataupun tidak gazet itu tidak menjejaskan sama ada legal atau tidak. Sila teruskan Yang Amat Berhormat.

Tuan R. Karpal Singh: It must be sue in court.

Beberapa Ahli: Cukup!

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Hai, bai tiga silinder.

4.15 ptg.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan I:  Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya suatu Rang Undang-undang bertajuk "Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 1999 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk
perkhidmatan tahun itu" dibacakan bagi kali yang kedua.......