Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!



<center><b><font color="red">KESUFIAN

APA DIA MAKRIFAT?

Ada pun makrifat itu rahsianya ialah mengenal Zat Allah dan Zat Rasulullah,oleh kerana itulah makrifat dimulakan:-

  1. Makrifat diri yang zahir.
  2. Makrifat diri yang bathin.
  3. Makrifat Tuhan.

APA GUNA MAKRIFAT?

Ada pun guna makrifat kerana mencari HAKIKAT iaitu mengenal yang Qadim dan mengenal yang baharu sebagaimana kata:

"AWALUDDIN MAKRIFATULLAH"

Ertinya: Awal ugama mengenal Allah.

Maksudnya mengenal yang mana Qadim dan yang mana baharu serta dapat mengenal yang Qadim dan yang baharu,maka dapatlah membezakan diantara Tuhan dengan hamba.

(DARI BUKU MENGENAL ROH JILID II, OLIH HJ.A.TALIB NAIEM AS SAUPI)


BAITULLAH KALBU MUKMININ

KATA-KATA (AMANAT) GURUKU ABU DARSAN

Sesungguhnya hati ini sewaktu bayi sehingga aqil baliq diibaratkan bunga yang sedang menguntum,
tidak ada seekor ulat atau kumbang yang dapat menjelajahnya!
apabila dewasa (aqil baliq) maka hati itu ibaratkan bunga yang sedang mengembang,
maka masuklah ulat dan kumbang menjelajah bunga itu!

Sesungguhnya amalan makrifat dan zikir yang dibaiah itu adalah untuk membersihkan hati agar dapat menguntum semula seperti hati kanak-kanak yang suci-bersih!

Hati ini juga seperti satu bekas menyimpan gula yang tertutup rapat dan dijaga dengan baik!
sekiranya tutup itu tidak jaga dengan baik atau tutupnya sudah rosak,
maka masuklah semut hitam yang sememangnya gula itu makanannya!

PEPERANGAN

Peperangan yang lebih besar dari perang UHUD, KHANDAK dan lain-lain peperangan ialah "Peperangan dalam diri sendiri (Hati)", setiap saat denyut jantung ku ini, aku akan terus berperang.
Sesungguhnya iblis itu menanti saat dan ketika untuk merosakkan anak Adam !
Sekiranya aku tidak ada bersenjata (zikir), nescaya aku pasti kecundang!
Keluar masuk nafas anak Adam adalah zikir! 6,666 sehari semalam nafas keluar dan masuk, sekiranya anak Adam tidak bersenjata, pasti ia kecundang!


ASAL USUL MAKRIFAT

Rasulullah SAW mengajar kepada sahabatnya Saidina Ali Karamullah.
Saidina Ali Karamullah mengajar kepada Imam Abu Hassan Basri.
Imam Abu Hassan Basri mengajar kepada Habib An Najmi.
Habib An Najmi mengajar kepada Daud Attaie.
Daud Attaie mengajar kepada Maaruf Al Karhi.
Maaruf Al Karhi mengajar kepada Sirris Sakatari.
Sirris Sakatari mengajar kepada Daud Assakatar.
Daud Assakatar mengajar kepada Al Junidi.

Maka Al Junidi yang terkenal sebagai pengasas MAKRIFAT.
Maka pancaran makrifat itu dari empat sumber iaitu:

  1. Pancaran daripada sumber SULUK yang dinamakan Makrifat Musyahadah.
  2. Pancaran daripada sumber KHALUAT yang dinamakan Makrifat Insaniah.
  3. Pancaran daripada Inayah yang dinamakan ROHANI.
  4. Pancaran daripada Pertapaan yang dinamakan JIRIM.

    Maka dari sumber amalan itulah terbit makrifat yang tinggi dan mempunyai rahsia yang sulit.

    (DARI BUKU MENGENAL ROH JILID II,OLIH HJ.A.TALIB NAIEM AS SAUPI) TO ANOTHER LINK

    Click On Any Other Link
    Tanlela SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI Next Page ARUNG SINGKANG
    ZHIKR Hazrat Mohammed BEING A MOHAMMEDAN
    DEATH AND BEYOND REFUGE TO ALLAH UP TO DATE UNDERSTANDING OF RELIGION
    REINCARNATION DAENG SELILI WARIS WAJO'
    FROM FRIEND TO A FRIEND WASILAH KU MANUSKRIP KESUFIAN DARI ISTANA ACHEH ADAB MURID TERHADAP MURSYIDNYA

    [ KeyTrax...Audio Generator ] [ Angelfire...Free Web Pages ] [ WhoWhere...People Finder ]

This Islamic Ring site owned by .
[ Previous 5 Sites Previous | Next | Next 5 Sites | Random Site | List Sites ]