Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu

RAHSIA 27 - SEMBAHYANG TAHAJJUD DAN QIYAMULLAIL

Sembahyang malam terutamanya Tahajjud berupaya merawati gejala kelupaan dan kebebalan diri. Ia juga merupakan penyebab kecerdasan serta hafalan yang kuat dan mantap. Dalam sebuah hadis diterangkan bahawa orang yang bersembahyangmalam dimuliakan dengan sembilan perkara. Antaranya lahir tanda-tanda ketaatan pada wajahnya, dipelihara dari segala bala dan bencana, disukai oleh hamba yang soleh dan manusia,LIDAHNYA BERTUTUR DENGAN KATA-KATA HIKMAH dan IA DIJADIKAN SEORANG YANG BIJAKSANA iaitu diberi ilmu hikmah yang rahsia dan mendalam. Juga dikurniakan kesihatan yang baik dan dihindari dari penyakit.

Orang yang mendapat ilmu hikmah dikurniakan intuisi, gerak hati, ilham, idea-idea kreatif, kebijaksanaan, serta kepintaran dalam berbicara. Mereka diberi faham ilmu yang halus-halus dan sukar-sukar. Hasilnya lahirlah buah-buah fikiran yang bermutu, bernilai tinggi, pelik-pelik lagi aneh yang tidak terfikir oleh manusia biasa. Terpancar cahaya kebijaksanaandari hatinya atas lidahnya sebagaimana yang berlaku kepada Imam Ghazali, Ibnu Rusydi, Ibnu Sina dan para genius Islam.


LAMAN INI TELAH DIKEMASKINIKAN PADA : 06 Nov 2001