Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

DOA INI DIBACA SELEPAS TAMAT MEMBACA AL-QURAN ATAU TAMAT MENGULANGKAJI PELAJARAN :

Ya Allah, kasihanilah daku dengan berkat Al-Quran yang agung. Jadikanlah Al-Quran itu pemimpin, cahaya petunjuk dan rahmat bagiku. Ya Allah, peringatkanlah kepadaku apa-apa yang aku lupakan, ajarkan daku apa yang aku tidak ketahui. Kurniakan aku membaca Al-Quran siang dan malam dan jadikanlah Al-Quran itu hujjah untukku, wahai Tuhan sekalian alam.