GEMINI : GELAGAT PERHUBUNGAN
Orang yang bernaung di bawah zodiak Gemini adalah pecinta kebebasan tetapi seorang yang pembosan . Dalam pergaulan , Gemini suka bertukar – tukar kawan dan pasangan sehingga dia bertemu dengan kawan / pasangan yang sesuai.
Pendamping yang sesuai bagi Gemini adalah seseorang yang bijak dan
memahami cita rasa Gemini yang sentiasa berubah – ubah. ARIES ( 21 Mac – 20
April ) dan TAURUS ( 21 April – 20 Mei )
adalah pasangan yang tepat buat anda
, manakala CANCER ( 21 Jun – 20 Julai )
dan VIRGO ( 22 Ogos – 22 September)
bukanlah pasangan yang ideal bagi Gemini.
Gemini
, yang mempunyai daya pesona yang dapat meluluhkan hati seseorang , terutama
Aries. Ketangkasan , kepintaran dan kelincahan Gemini adalah merupakan ciri –
ciri yang disenangi oleh Aries . Sebaliknya, Aries sendiri juga adalah
pendamping yang setia dan penuh perhatian buat Gemini .
Manakala
, sifat Gemini yang sentiasa berubah – ubah ini menyebabkan anda sukar
berdampingan dengan Cancer yang sifatnya juga demikian . Namun , Cancer adalah
jenis yang setia orangnya !