Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

CAPRICORN : GELAGAT PERHUBUNGAN

Dalam pergaulan, orang yang berkelahiran Capricorn agak posesif (mengongkong). Dalam pergaulan yang membuahkan cinta, anda sering mencemburui si dia tanpa sebab. Sifat begini menyebabkan perangai anda sulit untuk dimengerti dan anda kekadang semacam kebudak-budakkan. Untuk mengatasi masalah ini , seseorang yang berkeperibadian dewasa , mesra dan penuh pengertian adalah pendamping yang sesuai bagi Capricorn.

Orang yang di bawah naungan Aries (21 Mac – 20 April ) , Taurus ( 21 April – 20 Mei) atau Libra (23 September – 22 Oktober ) memang sesuai bagi Capricorn. Sikap Aries yang penuh perhatian dapat mendamaikan hati Capricorn. Bersamanya, anda (Capricorn) akan berasa diperlukan dan disayangi. Taurus yang tenang juga tepat bagi Capricorn. Sikap Taurus yang kerap melindungi dan jujur , memang anda perlukan. Berpasangan dengan Libra yang bijaksana pula, akan membahagiakan Capricorn. Libra sangat berhati – hati dalam tutur kata sehingga perasaan anda yang sensitif , tidak akan terluka.

Sebaliknya, Hubungan Capricorn dengan Aquarius ( 21 Januari – 18 Febuari ) atau Gemini ( 21 Mei – 20 Jun ) dianggap kurang sesuai. Ini kerana hubungan Capricorn – Aquarius bukanlah hubungan yang ideal. Tetapi anda (Capricorn) jangan risau. Sikap anda yang sukakan praktis dapat mengatasi hal tersebut. Ini berlaku demikian kerana Aquarius memiliki pandangan yang luas apabila rasa cemburu anda sedang meluap-luap.

Manakala sifat Gemini , yang sukar dipegang, bukanlah mempesonakan anda yang berlambang Capricorn. Tidak mudah bagi anda yang mudah cemburu mendampingi perilakunya yang sering berubah – ubah. Namun begitu, hidup bersama-sama Gemini tidak akan ada ketegangan lantaran dia suka berpesta, berteman banyak dan berseronok – seronok.