Berita
Utama 8 Mei 2003
BULETIN TERKINI
Akhir Perseorangan
Usup Tulakang vs Hashim Rudee Lampoyang
Belasah membelasah telah pun berlaku. Namun tiada luka atau pun
cedera. Cuma sedikit hiba dan suka yang dirasa. "USOP
JUARA"
Suku Akhir dan Separuh Akhir Perseorangan
Berita
Utama 6 Mei 2003
BULETIN TERKINI
Akhir Regu
Usup Tulakang-Fathil vs Hashim Rudee Lampoyang-Dzulkaedah
Perlawanan menyaksikan kehebatan masing-masing sehingga membawa
kepada set ke 3. Ternyata kombinasi regu Yusuf dan Fathil begitu
mantap dan tidak mudah untuk ditewaskan oleh regu Hashim Lampoyang
dan Dzul.
Separuh Akhir Regu
Regu 1 Usup Tulakang-Fathil vs Padzal-Sadeli
Kombinasi Padzal-Sadeli jelas membuktikan memang mereka layak untuk
keseparuh akhir. Walaubagaimanapun kemaraan regu ini ditumpaskan begitu
mudah oleh regu Yusuf Tulakang yang ternyata lebih mampan dan bertenaga.
Regu 2 Hashim Lampoyang-Dzulkaedah vs WakRimie-NON
Kombinasi rembatan kilas Wak Rimie dan rembatan pusingan badan
NON terbukti tidak dapat menandingi kemantapan regu Lampoyang-Dzul.
Kemenangan berpihak kepada regu Lampoyang.
Berita
Utama 5 Mei 2003
BULETIN TERKINI
Suku Akhir Perseorangan
Walaupun kebolehan Mazlan menyucuk bola begitu ketara, namun
kelebihan itu dapat ditangkis oleh Ustaq dan perlawanan berpihak kepada
Ustaq.
Berita
Utama 29 April 2003
BULETIN TERKINI
Ustaq
menang mudah
Saperi kaku dan kelu tidak dapat menjawab serangan Ustaq yang tepat
dan jitu. Ianya seakan dipukau dan dilaporkan Ustaq telah
menggunakan mentera doa dan serapah yang membuatkan Saperi
kehilangan Machonya. Ustaq telah menggunakan tipu-helah-SUNAQ
yang memperdayakan lawan. Keputusan berpehak kepada Ustaq.
Berikut adalah keputusan sehingga tengahari:
Group B
1) Zaki vs Saperi
- Zaki menang 2-0 (21-12, 21-12)
Perlawanan Persahabatan Menentang JIM
Skuad Pingpong Profesional JPJ IT menang bergaya kerana skuad JIM
tidak dapat menghadirkan diri disebabkan masing-masing mahu turut serta
dalam operasi penangkapan pekerja-pekerja asing, pondan-pondan dan
GRO.
Berita
Utama 28 April 2003
BULETIN TERKINI
Perlawanan Persahabatan Menentang JIM
Skuad Pingpong Profesional JPJ IT akan
mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang skuad Jabatan
Imigresen Malaysia pada pukul 5.00 petang ini. Perlawanan pemanas badan
ini akan menentukan tahap permainan skuad terbaru JPJ IT bagi menyiapkan
diri untuk Kejohanan Pingpong Tertutup Pusat Bandar Damansara yang
dijadualkan berlangsung pada Bulan Mei atau Jun nanti.
Senarai Terbaru Pemain Ke Suku Akhir
Berikut merupakan senarai pemain yang
berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir setakat 27/04/2003:
1) Hashim (Group A)
2) Yusof (Group B)
3) Rajman (Group C)
4) Surimi (Group C)
5) Mazlan (Group D)
6) Sadli (Group D)
Tinggal 2 slot lagi iaitu masing-masing 1
dari Group A dan B. Group A menyaksikan perebutan tempat antara ZulA dan
ZulB dan Group B menyaksikan perebutan tempat antara "TMM"
Saperi dan "Ustaq" Zaki.
Berita
Utama 23/24 April 2003
BULETIN PETANG
Akram hampir mengejutkan rimi.com Pertemuan
antara Akram dan Surimi dilaporkan begitu menarik sehingga membawa
perlawanan set ke-3 kepada 'deuce'. Walaubagaimanapun, pengalaman
mengatasi kerakusan dan ternyata surimi unggul pada perlawanan tersebut
mungkin kerana belajar dari kekalahan di tangan rajman akibat terlalu
banyak membelasah nasi bhukari kambing tempoh hari. Dengan permainan
yang semakin meningkat ditunjukkan oleh Akram, memaksa Rimi menggunakan
kelebihan 'top spin' tonyohnya untuk mengaburi mata Akram. Pertemuan
yang diaturkan tidak dihadiri oleh pihak penganjur atas sebab-sebab yang
tidak dielakkan tetapi pihak penganjur mengucapkan syabas kepada
individu yang merealisasikan perlawanan hebat tersebut.
Usop
Tulakang tetap unggul
 Keunggulan Usop Tulakang
terbukti jelas dengan mengalah kan Saperi "the macho man".
Walaupun Saperi kelihatan begitu letih akibat menyertai
kejohanan pingpong luar negeri, namun smash padu "tmm" ini
masih menyengat mengakibatkan Usop Tulakang terpaksa mengawal permainan
dan ini mengakibatkan peluh jantan yang selama ini terpendam, terpaksa
keluar. Akhirnya tmm terpaksa akur dengan kehandalan Usop Tulakang yang
begitu berkeyakinan yang telah awal lagi menempah tiket ke suku akhir
bagi Group B.
Berita
Utama 21 April 2003
BULETIN PETANG - Usop Tulakng Melaporkan
Semalam menyaksikan 10 perlawanan telah dilangsungkan dan menjadikan
hari yang paling banyak perlawanan dilangsungkan. Ini mungkin disebabkan
ada sesetengah pemain terpaksa menghabiskan jadual perlawanannya akibat
daripada terpaksa menyertai kejohanan di luar negeri seperti Saperi,
Zulbahri, Padzal & Redzuan. Berikut adalah ulasan
perlawanan-perlawanan semalam:
Dwen Gagal ke Suku Akhir!!!
Kejohanan kali ini menyaksikan pemain yang pernah mara ke suku akhir
1000 kali berturut-turut iaitu Dwen gagal mengulangi rekod-rekodnya yang
lepas apabila tunduk mudah kepada Rajman pada perlawanan sebelah petang.
Walaupun mempamerkan keganasan dalam set ke-2 tetapi belum cukup utk
menewaskan benteng pertahanan Rajman yang dilihat begitu kebal tidak
seperti dinding belakang gelanggang yang pecah setiap kali Dwen
mengganas. Aksi menendang meja beberapa kali menunjukkan ketidakpuashati
Dwen terhadap corak permainannya yang serba tidak menjadi dan pertahanan
Rajman yang kukuh seringkali menyebabkan Dwen kehilangan banyak tenaga
sehingga memperdengarkan nafas gajahnya akibat keletihan.
Rajman Johan Group C
Rajman menepati ramalan awal apabila mudah memenangi perlawanan ketika
menentang 2 pencabar terkuat kumpulan tersebut untuk mengekalkan
kedudukan teratas Group C. Pada sebelah tengahari dia menewaskan surimi
tanpa mengerah banyak tenaga mungkin disebabkan perut Surimi yang penuh
dengan nasi bhukari kambing menyebabkan pergerakan Surimi agak terbatas.
Perlawanan yang pada awalnya dijangka sengit tiba-tiba bertukar menjadi
berat sebelah dan membolehkan Rajman melangkah bergaya ke suku akhir
tanpa sebarang kekalahan.
Zulbahri Membuka Peluang ke Suku Akhir
2 kemenangan semalam meletakkan Zulbahri tangga ke-2 Group A walaupun
tewas kepada Hashim pada sebelah petang. Pemain yang terkenal dengan
servis hentak kaki ini mengenepikan cabaran Padzal dan juga Dzul.
Ternyata senjata servis bucu meja Padzal gagal memerangkap Zulbahri dan
seolah-olah dapat membaca pergerakan servis Padzal tersebut.
Walaubagaimanapun Zulbahri perlu menewaskan Zulabd dalam perlawanan
terakhir untuk menempah tiket ke suku akhir.
Hashim Ungguli Group A
Hashim mencerahkan harapan untuk menjuarai Group A apabila menewaskan
Zulbahri dengan straight set pada sebelah petang. Walaupun diberi
tentangan sengit pada set pertama tetapi akibat kesilapan Zulbahri dalam
mata 'deuce' membolehkan Hashim memenangi set pertama dengan 22-20.
Surimi Melangkah Kaki ke Suku Akhir
Walaupun berbaki satu perlawanan tetapi pemain yang terkenal dengan top
spin ini telah menempah tiket ke-2 dari Group C mengiringi Rajman
setelah pencabar terdekatnya Dwen tersungkur di tangan Rajman.
Saperi Beraksi Baik
Walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang panjang akibat menyertai
kejohanan pingpong di sekitar Johor dan Melaka, pemain yang
"macho" di dalam gelanggang ini berpeluang mara ke suku akhir
apabila mencatat 2 kemenangan semalam. Sekiranya berjaya menewaskan Zaki
dalam perlawanan terakhir, beliau akan mengiringi Juara Group B iaitu
Yusof ke pusingan seterusnya.
Mazlan Tempah Tiket Flight kelas Pertama
ke Suku Akhir
Mazlan menjuarai Group D apabila menewaskan Rashid tengahari tadi dengan
straight set. Seperti yang dijangka, dia tidak memerlukan usaha keras
untuk menewaskan Rashid dan memenuhi impian utk mengelak berjumpa dengan
Yusof pada peringkat suku akhir nanti. Dengan kemenangan ini, ia
menutup terus peluang Norizan untuk mencuri slot terakhir ke suku akhir.
Pemain Yang Telah Menempah Tiket ke Suku
Akhir
1) Hashim - Group A
2) Yusof - Group B
3) Rajman - Group C
4) Mazlan - Group D
5) Sadli - Group D
Berita
Utama 17 April 2003
Sesi petang - 16 April
Usop Tulakang Melaporkan
Perlawanan Paling Banyak
Pada hari semalam menyaksikan 9 perlawanan telah dilangsungkan dan
menjadikan hari yang paling meriah setakat ini dan pihak penganjur
mengucapkan sepenuh penghargaan kepada pemain-pemain kerana sudi
meluangkan masa untuk melengkapkan jadual dalam kumpulan masing-masing.
Sadli Menang Bergaya, Fathil Mangsa
Terakhir!
Sadli memberi amaran kepada pencabar Group A sambil menunjukkan
keangkuhannya didepan penonton apabila membenam Fathil dengan straight
set. Ternyata Fathil tidak dapat mengekalkan rentak kemenangan sepertimana
ketika mengalahkan Mazlan dan banyak melakukan kesilapan apabila menerima
tekanan daripada Sadli. Permulaan yang agak 'senyap' dan 'serius' bagi
Sadli tidak mengganggu rentak keangkuhannya sambil menari ala 'Inul
Lempoyang' dalam set ke-2. Dengan kemenangan ini Sadli berpeluang cerah ke
suku akhir menentang pencabar dari Group A dan lawan yang selalu
diidam-idamkan oleh Sadli di suku akhir nanti ialah Hashim kerana beliau
menganggap Hashim sebagai "kailam ikan masin" dan senang
ditumpaskan.
Padzal Menang Dengan Gaya Bersahaja
Pemain yang terkenal dengan servis bucu meja yang mengelirukan iaitu
Padzal ternyata bukan tandingan kepada Dzul. Dengan senjata merbahaya itu,
dia berjaya memerangkap Dzul disegenap bucu meja sehingga Dzul kebingungan
untuk membalas servisnya. Dengan kemenangan pertama ia menyuntik semangat
Padzal dalam menghadapi lawannya dalam Group A.
Fazlly Cipta Kemenangan Sulung!
Kemenangan yang diharap-harapkan akhirnya menjadi kenyataan buat pemain
kelahiran Marang, Trg ini apabila berhempas-pulas sebelum menewaskan
Sholihin dengan straight set. Kemenangan yang tentunya menggembirakan Tuan
Guru Haji Hadi Awang ini tentunya mengelak Fazlly daripada menduduki
tangga tercorot Group B.
Sholihin Semakin Hilang Taring
Pemain yang pernah menjadi pemain terbaik era 70-an iaitu Sholihin semakin
tenggelam dalam era kebangkitan pemain-pemain baru apabila tewas
ketiga-tiga perlawanannya semalam. Ternyata skil-skilnya yang hebat dalam
era 70-an dulu gagal membantu beliau untuk menewaskan lawannya dalam
Group B dan tewas mudah ditangan Zaki, Yusof dan Fazlly. Dengan kekalahan
ini meletakkan beliau ditangga tercorot Group B.
Perlawanan Sengit!
Pertemuan kedua-dua pemain muda iaitu Akram dan Nazul dalam Group C
merancakkan sedikit suasana pertandingan petang semalam apabila
kedua-duanya mempamerkan semangat juang yang tinggi. Perlawanan tersebut
dipenuhi dengan 'smashing' dan aksi 'defensive' yang berkualiti sehingga
menarik minat penganjur untuk merakam perlawanan tersebut. Akhirnya dengan
sedikit kelebihan yang ada pada Akram telah menyebabkan perlawanan
tersebut berpihak kepadanya. Syabas diucapkan kepada kedua-dua pemain
dengan mempersembahkan perlawanan yang menghiburkan.
Rajman Melakar Kemenangan Mudah
Pemain pilihan Group C iaitu Rajman menewaskan 2 lawan yang paling lemah
dalam Group tersebut dengan mencipta kemenangan mudah. Beliau berjaya
menewaskan Akram dan Nazul tanpa mengerah banyak tenaga dan dengan
kehadiran penyokong setianya iaitu Puan Normala telah membangkitkan
semangat Rajman untuk mengharungi perlawanan penuh ranjau berduri dengan
bertemu Redzuan yang dijadualkan berlangsung pada hari ini.
Perlawanan Tumpuan Hari ini!
1) Rajman vs Redzuan
2) Rajman vs Surimi
3) Zulbahri vs Hashim
Berikut adalah keputusan perlawanan-perlawanan semalam (16April2003):
Group A:
1) Hashim vs Dzul
- Hashim menang 2-0 (21-7, 21-10)
2) Padzal vs Dzul
- Padzal menang 2-0 (21-12, 21-9)
Group B
1) Zaki vs Sholihin
- Zaki menang 2-0 (21-11, 21-5)
2) Fazlly vs Sholihin
- Fazlly menang 2-0 (22-20, 21-19)
3) Sholihin vs Yusof
- Yusof menang 2-0 (21-6, 21-11)
Group C
1) Nazul vs Akram
- Akram menang 2-0 (21-16, 22-20)
2) Rajman vs Nazul
- Rajman menang 2-0 (21-9, 21-11)
3) Rajman vs Akram
- Rajman menang 2-0 (21-13, 21-8)
Group D
1) Sadli vs Fathil
- Sadli menang 2-0 (21-10, 21-12)

Berita
Utama 16 April 2003
Fathil diberi tentangan sengit
Fathil sekali lagi terpaksa menggunakan sepenuh pengalaman dan kudrat
untuk menumpaskan pemain bukan pilihan iaitu Rashid dalam perlawanan Group
D. Sekalipun kedua-duanya tidak diletakkan sebagai pilihan dalam Group D
tetapi mereka menunjukkan permainan yang bermutu terutamanya Rashid yang
memberi tentangan sengit dalam perlawanan tersebut. Dengan tenaga yang
agak terhad Fathil menggunakan kelebihan pengalamannya dan mentalnya untuk
menang 2-1 ke atas Rashid. Dengan kemenangan ini menjadikan perebutan
johan dan naib johan lebih terbuka dan menjadi rebutan antara 3 pemain
iaitu Mazlan, Sadli 'de Golok' & Fathil.
Kemenangan Mudah bagi Zulabd
Zulabd hanya mengambil masa hanya 4 minit untuk mengenepikan pemain bukan
pilihan iaitu Dzul dengan straight set dan menjadikan perlawanan yang
paling pendek pernah disaksikan dalam arena pingpong profesional JPJ.
Dengan kemenangan ini, ia membuka peluang kepada Zulabd untuk melangkah ke
peringkat suku akhir nanti.
Surimi mengamuk, Dwen terkulai layu!
Perlawanan yang paling dinantikan tengahari tadi menemukan 2 pemain yang
menjadi halangan kepada pilihan Group C iaitu Rajman. Perlawanan sengit
seperti yang dijangkakan telah menyebelahi Surimi dengan rubber-set akibat
kegugupan Dwen sehingga terkucil 2 kali sebelum perlawanan. Walaupun
bermula garang tetapi Dwen tidak dapat menahan asakan bertali arus Surimi
menyebabkan dia tersungkur rebah di tangan Surimi. Sekalung tahniah
diucapkan kepada Surimi kerana berjaya melenyapkan keganasan Dwen dan
menjadikan beliau calon utama untuk menjuarai Group C. Dengan kekalahan
ini, timbul persoalan adakah pemain yang terkenal dengan keganasannya itu
akan dapat meneruskan kemaraan sekurang-kurangnya hingga ke suku akhir.
Berikut keputusan 3 perlawanan tengahari tadi:(15April2003)
Group D
1) Rashid vs Fathil
- Fathil menang 2-1 (19-21, 21-14, 21-18)
Group A
1) Zulabd vs Dzul
- Zulabd menang 2-0 (21-3, 21-3)
Group C
1) Dwen vs Surimi
- Surimi menang 2-1 (16-21, 21-19, 21-15)
15 April 2003
Kejutan Terbesar
Pemain yang telah lama meninggalkan arena pingpong
iaitu Fathil membuat kejutan terbesar setakat ini apabila berjaya
menewaskan pemain yang disebut-sebut bakal menjuarai Group D iaitu Mazlan.
Dengan bermandikan peluh jantannya, dia menggunakan kelebihan servis untuk
menewaskan mazlan yang masih mencari rentak permainan walaupun pada
jangkaan awalnya mazlan dengan mudah dapat menewaskan fathil. Jangkaan itu
ternyata meleset dengan permainan fathil yang lebih konsisten dan
kesilapan di pihak lawannya.
Dalam perlawanan sebelum itu, fathil gagal
mempamerkan permainan sepertimana ketika melawan mazlan apabila tunduk
straight set kepada pemain veteran yang terkenal dengan backhand yang
begitu merbahaya iaitu norizan. Servis akal daripada norizan telah
membuatkan fathil membuat kesilapan demi kesilapan sehingga tewas dalam
pertemuan tersebut.
Sadli tenggelam
Rentak sadli untuk menjuarai Group D tersekat
apabila beliau tewas di tangan mazlan dalam permainan raly dan chop
sehingga bola pingpong menjadi nipis-senipisnya. Sadli seolah-olah
tenggelam dalam keangkuhannya apabila banyak membuat kesilapan dan begitu
gugup sehingga menjejaskan rentak keangkuhannya. Ternyata mazlan bijak
memperdayakan lawannya itu dengan mengurangkan kesilapan dan menyerap
tekanan akibat kalah mengejut kepada fathil dalam perlawanan terdahulu.
Mazlan mengganas lagi!
Mangsa terbaru kehebatan mazlan adalah pemain yang
menewaskan fathil iaitu norizan. Tanpa melakukan banyak kesilapan, mazlan
mula mempamerkan permainannya yang sebenar apabila menang mudah ke atas
norizan.
Dwen menepati ramalan awal
Perlawanan pertama Group C menyaksikan pemain yang
terkenal dengan keganasannya dalam gelanggang iaitu Dwen telah meratah
lawannya si Akram dengan kiraan straight set. Walaupun banyak melakukan
kesilapan pada peringkat awal tetapi keganasannya mula terselah dalam set
kedua apabila menang mudah 21-6. Dengan kemenangan yang penuh keganasan
ini, ia memberi amaran kepada Group A dan lawannya dalam Group C bahwa
jangan memandang mudah kepada pemain yang mendapat jolokan 'flying smash'
ini.
Berikut adalah keputusan penuh perlawanan pd 15/4/2003 (petang):
Group D
1) Fathil vs Norizan
- Norizan menang 2-0 (21-14, 21-15)
2) Fathil vs Mazlan
- Fathil menang 2-1 (21-15, 12-21, 21-19)
3) Mazlan vs Norizan
- Mazlan menang 2-0 (21-8, 21-15)
4) Sadli vs Mazlan
- Mazlan menang 2-0 (21-19, 21-18)
Group C
1) Dwen vs Akram
- Dwen menang 2-0 (21-12, 21-6)
P

 |
Berita
Utama 15 April 2003 |
Hashim mula menunjukkan taringnya dalam arena
pingpong JPJ yang menuju tahap profesional sekarang. Walaupun dikerah
bermain 3 set oleh lawannya Zulabd tapi akhirnya memenangi
perlawanan pertama Group A.
Pemain kelahiran Golok, Thailand iaitu Sadli
Sepein tidak perlu membasahkan dirinya dengan peluh apabila menang mudah
ke atas Rashid dan Norizan. Dengan gayanya yang penuh keangkuhan dia
membenamkan kedua-dua lawannya dengan straight set dan tidak sabar2 untuk
menewaskan lawannya yang lain seperti Fathil dan Mazlan.
Pendatang baru Fazlly tewas teruk kepada Yusof
tapi beliau memberi tentangan yang agak sengit dalam set ke-2 sebelum
tumpas kepada Zaki atau Ustaq. Yusof mengungguli Group B dengan mata
maksimum selepas menang ke atas Fazlly dan Zaki.
Berikut adalah keputusan penuh perlawanan utk 14/4 dan 15/4 (setakat t/hari):
Group A
1) Hashim vs Zulabd
- Hashim menang 2-1 (12-21, 21-14, 21-12)
Group B
1) Zaki vs Fazlly
- Zaki menang 2-0 (21-12, 21-19)
2) Yusof vs Zaki
- Yusof menang 2-0 (21-9, 21-12)
3) Yusof vs Fazlly
- Yusof menang 2-0 (21-2, 21-3)
Group D
1) Sadli vs Rashid
- Sadli menang 2-0 (21-9, 21-9)
2) Sadli vs Norizan
- Sadli menang 2-0 (21-11, 21-15)

 |
Berita
Utama 14 April 2003 |
Berikut adalah beregu2 yang melangkah ke semi final. Amat memeranjatkan
beregu Sadli golok dapat masuk semi final mengenepikan beregu ustaz atas
perbezaan set menang & set kalah!!!!!!
Group A
1) Fathil/Yusof (Juara)
2) Surimi/Norizan (Naib Juara)
Group B
1) Hashim/Dzulkaedah (Juara)
2) Padzal/Sadli (Naib Juara)
Perlawanan Semi Final adalah seperti berikut:
Semi Final 1
Hashim/Dzulkaedah Vs Surimi/Norizan
Semi Final 2
Fathil/Yusof Vs Padzal/Sadli
|