SELAMATDATANG
KE |
||||
Sejarah Perladangan Hutan
|
Kepentingan Perladangan Hutan Penubuhan ladang hutan merupakan pelan bersepadu strategi pengurusan sumber hutan. Ladang hutan memenuhi fungsi-fungsi berikut: • Pengeluaran balak dari ladang hutan adalah sebagai tambahan dan pelengkap kepada sumber bekalan balak daripada hutan semulajadi bagi memastikan bekalan balak yang mencukupi untuk kegunaan industri berasaskan kayu. • Pengeluaran balak dalam isipadu yang besar di dalam jangka masa yang singkat akan mengurangkan tekanan ke atas pembalakan di hutan semulajadi. • Penubuhan ladang hutan di atas tanah terjejas (rosak) akan memperbaiki keadaan tanah berkenaan dan memaksimakan potensi penggunaan tanah-tanah terbiar. • Ladang hutan menyediakan peluang-peluang pekerjaan terutamanya kepada mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. • Ladang hutan akan membantu mengekalkan pembangunan industri berasaskan kayu di Negeri Sabah. • Ladang hutan membantu mempelbagaikan ekonomi Negeri Sabah dan mengurangkan pengaliran keluar tukaran asing negara melalui aktiviti pemprosesan kayu dan produk-produk kertas untuk kegunaan tempatan dan juga untuk kegunaan pasaran luar negara. • Ladang hutan menyediakan peluang-peluang untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi kepada sektor swasta. |
|