Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!


KUALA LUMPUR


Muzium Negara

Terletak di pinggir Taman Tasik Kuala Lumpur, Muzium Negara ini merupakan muzium utama di negara ini. Senibina bangunan ini adalah seperti istana berasaskan senibina Melayu klasik. Terdapat pelbagai galeri di dalamnya yang dilengkapi dengan maklumat seperti sejarah, politik, budaya, ekonomi, seni, dan flora dan fauna yang terdapat di dalam negara ini. Di kawasan luar muzium di pamerkan lokomotif lama (kepala keretapi lama), kereta antik yang bermutu dan replika istana Melayu Kuno.





Pusat Sains Negara

Terletak di kawasan berbukit seluas 8 hektar di Bukit Kiara berhampiran pinggir bandar. Pusat Sains Negara ditubuhkan pada tahun 1996 untuk meningkatkan kefahaman yang tinggi dan menarik minat dalam bidang Sains dan teknologi.Bangunannya menyerupai kon yang pendek yang ditutupi oleh kubah geodesik. Antara tema yang mempesonakan adalah ciri-ciri di galeri pameran iaitu "environmental odyssey, pathways to discovery, future world and thinking machines." Buka: 10pagi-5petang.Jumaat (tutup). Bayaran masuk: RM6 (dewasa) RM3 (kanak-kanak).





Muzium Kesenian Islam Malaysia

Muzium Kesenian Islam Malaysia terletak di Jalan Lembah Perdana menempatkan galeri yang pelbagai tema. Antara galeri yang terdapat di sini adalah Galeri Senibina Islam dimana pertunjukkan mini replika bangunan-bangunan yang masyhur seperti Taj Mahal, Masjid Iman Ismail Albukhary dan muzium dan Makam Diraja Amir Timur. Galeri lain yang terpisah dari galeri ini pula adalah Standard Chartered Ottoman Room dimana mempamerkan objek-objek dari pemerintahan Empayar Ottoman Turki dan syria. Di galeri Al-Quran dan Manuskrip terdapat koleksi lebih dari 200 manuskrip yang jarang ditemui termasuklah 30 Juzud Al-Quran dari Dinasti Ming.





Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan bersejarah yang kaya dengan dengan ciri-cirinya, dibina pada tahun 1897 untuk menempatkan beberapa bahagian penting kerajaan semasa pentadbiran British. Bangunan ini merupakan ilham Moorish, puncaknya terdapat kubah tembaga yang berkilat dan mempunyai manara jam yang berketinggian 40meter, dan merupakan tempat sejarah yang utama di Bandaraya Kuala Lumpur. Bertindak sebagai latarbelakang penting dalam sesuatu peristiwa seperti perarakan Hari Kemerdekaan pada setiap 31 Ogos dan sambutan tahun baru. Bangunan warisan ini kini diduduki oleh Mahkamah Tinggi dan Muzium tekstil.





Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur

Merupakan menara berkembar tertinggi di dunia pada masa kini dengan ketinggian 452 meter dan mempunyai 88 tingkat. Di dalamnya terletak Dewan Philharmonic Petronas.





Masjid Negara

Masjid yang mempunyai rekabentuk yang unik ini wujud sezaman dengan seni, kaligrafi dan perhiasan Islam traditional. Ciri yang menarik adalah bahagian bumbung yang berbentuk seperti payung yang berlipat/berlekuk. Mempunyai manara yang cantik setinggi 73meter. Masjid Negara ini merupakan masjid utama bagi penduduk Bandaraya Kuala Lumpur.



Istana Negara

Istana Negara merupakan kediaman rasmi Yang di Pertuan Agong iaitu raja Malaysia.Terletak di Jalan Istana, di luar kawasan pusat bandar.Kawasan Istana yang luas ini dipenuhi dengan taman -taman yang berwarna-warni dan halaman rumput yang cantik. Istana ini juga merupakan tempat rasmi dan upacara adat istiadat.





Akuarium dan Zoo Negara

Terletak 13 kilometer dari Timur Laut Kuala Lumpur. Zoo Negara merupakan rumah kepada lebih 200 spesis binatang burung, dan reptilia sementara akuarium pula mempunyai 80 spesis hidupan laut. Di dalam kawasan zoo ini terdapat satu kawasan yang luas yang menempatkan singa laut dimana pelawat bolah melihat mereka ketika aktif iaitu ketika pemberian makanan. Terdapat juga keretapi untuk kanak-kanak. Buka: 9pagi-6petang, Bayaran masuk: RM5 (dewasa) RM2 (kanak-kanak).





Menara Kuala Lumpur

Terletak di Bukit Nanas, merupakan menara konkrit berketinggian 421 meter dan merupakan menara tertinggi di Asia dan ke-4 tertinggi di dunia.Menara ini juga bertindak sebagai stesen pancaran untuk telekomunikasi, radio dan television. Dibuka setiap hari dari 9pagi - 10 malam. Bayaran masuk: RM8 (dewasa) RM3 (kanak-kanak berumur 4-12 tahun)





Istana Budaya

Istana budaya bertanggungjawab dalam membangunkan semua bentuk seni teater di Malaysia. Mempunyai senibina bangunan yang cantik yang masih mengekalkan warisan tradisional Melayu. Petunjukkan drama, tarian dan muzik selalu diadakan di sini.





Kompleks Budaya Kraf

Kompleks kraftangan ini terletak di Jalan Conlay yang menempatkan kraftangan tempatan yang popular. Di sini terdapat pakaian batik yang bergaya dan anggun. Di tingkat bawah komplek ini, pelawat dapat mencelup cat dan pengilap lilin untuk mencipta batik mereka sendiri. Di satu sudut kawasan lanskap terdapat pelukis yang sedang menjalankan kerja-kerja mereka. Di situ juga terdapat lukisan untuk dijual. Komplek ini dilengkapi dengan kemudahan pelawat termasuklah restoren.





Dataran Merdeka

Dataran Merdeka terletak berhadapan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad, berkeluasan 8.2 hektar. Terdapat tiang bendera setinggi 100 meter sebagai tanda tempat dimana bendera Malayan dinaikkan pada 31 Ogos 1957 yang menandakan negara bebas dari jajahan British. Berhadapan dengan dataran ini terdapat tempat menarik untuk pengunjung berehat seperti pancutan air, bunga-bunga yang berwarna-warni seperti daisi dan marigolds. Di bahagian bawah dataran adalah Plaza Putra.



Perlis | Johor | Kuala Lumpur | Labuan | Melaka | Sabah | Negeri Sembilan | Pahang |
Pulau Pinang | Perak | Kelantan | Putrajaya | Sarawak | Selangor | Terengganu | Kedah |