Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
welcome back!

Falasi
Secara umumnya falasi merujuk kepada sesuatu yang lemah dan tidak kongkrit. Ini banyak berlaku di dalam penulisan dan penghujahan yang dianggap lemah. Terdapat 2 jenis falasi;

Falasi Formal
Hujah yang tidak berkaedah betul kerana strukturnya, premis tidak menyokong kesimpulan. Falasi ini memang ketara kelemahannya dan boleh disedari oleh ramai orang, dan mudah untuk ditolak.
 

Falasi Informal
Hujah ini berkaedah betul tetapi tidak benar. Falasi jenis ini amat sukar untuk dikesan kelemahannya dan begitu sukar untuk ditolak. Terdapat beberapa pembahagian;

Hujah Berbelit-belit
Ini berlaku apabila seseorang itu mengulangi kembali kesimpulannya dengan memasukan (walaupun dalam bentuk ayat yang berlainan) semula penyataan-penyataan dalam permis-premisnya.

Struktur hujahnya adalah seperti berikut;

P adalah benar (premis)
Maka, P adalah benar (kesimpulan)
Contoh ayatnya; Dia bijak kerana dia tidak bodoh   Menunjuk pada pihak yang berkuasa
Hujah ini menggunakan sesuatu sebagai lapang rujuk kreadibilitinya. Walaupun hujah ini berkaedah betul, tetapi ia adalah sebuah hujah yang lemah kerana selalunya ia tiada kaitan secara langsung antara 'kuasa' yang disebut dengan isu yang dibangkitkan.

Struktur hujahnya adalah seperti berikut;

Kalau seseorang/sesuatu yang 'berkuasa' mennyatakan bahawa P adalah benar. Maka P mestilah benar (Premis1)
X, adalah sesuatu yang 'berkuasa', telah menyatakan P adalah benar. (Premis2)
Jadi, P adalah benar (kesimpulan)
      Contoh ayatnya;
        Kereta Ford adalah sebuah kereta yang baik kerana Elizabert Taylor juga memilih kereta Ford
  Ambiguiti
Hujah yang struktur nahunya tidak jelas menunjukkan pengertian atau penyataan dalam sesuatu hujah. Berikut adalah penjenisan kekaburan;
Equivokasi
Terdapat dua pengertian dalam satu perkataan.

Contoh ayat;

Semua pelajar yang baik akan lulus di dalam peperiksaan ini, Paul (seorang yang) baik. Maka, Paul akan lulus di dalam peperiksaan ini
Di sini perkataan baik itu agak kabur, sama ada baik dari segi tingkahlaku ataupun pembelajaran.
Menentang hujah yang berada di luar konteksnya
Ia berlaku apabila kita memetik sesuatu penyataan, alasan, atau hujah di luar daripada konteksnya, kemudian kita cuba menentang atau menunjukkan kelemahan yang terdapat di dalam pernyataan, alasan atau hujah tersebut. Tetapi apabila sesuatu pernyataan, alasan, atau hujah terkeluar dari konteksnya, maksudnya mungkin berbeza.

Contoh ayat;

Sekiranya kewujudan negara kita terancam, sekiranya keadaan menunjukkan bahawa kita semua akan hancur, sekiranya peperangan tidak diisytiharkan, maka saya tidak akan teragak-agak untuk berperang
... akhbar yang melakukan falasi ini mungkin hanya akan memetik ...
"menteri menyatakan, 'saya tidak akan teragak-agak untuk berperang'"
... ini sudah lari daripada apa yang diucapkan sebenar oleh menteri tersebut
Struktur nahu yang tidak jelas
Struktur nahu yang tidak jelas boleh membuatkan kita mentafsir secara berlainan

Contoh ayatnya;

Lelaki itu mengamuk selepas mengucapkan selamat tinggal yang mesra kepada keluarganya dengan menggunakan parang atau untuk dijual :- stereo, speaker, turntable, tape deck, dan earphone dalam keadaan yang baik
Masalahnya di sini ialah Iklan ini boleh memberi maksud yang berlainan. Pertama ia bermaksud setiap objek yang diiklankan berada dalam keadaan baik. Kedua pula, ia mungkin menyatakan bahawa earphone sahaja yang berada di dalam keadaan baik.
Hujah atau alasan yang tiada kena mengena dengan persoalan pokok
Apabila kita berhujah dengan kesimpulan yang tidak kena mengena dengan pokok perbicaraan. Ianya termasuk pengunaan paksaan, rasa takut, emosi, kepercayaan, dan seumpamanya.

Contoh ayat;

Jangan pukul budak tu, dia baru sahaja dipukul ibunya Menukar pendirian lawan
Sekiranya kita menukar hujah atau pendirian lawan, dan kemudian kita menentang hujah atau pendirian yang telah dipatahkan itu. Menentang hujah atau pendirian yang telah diselewengkan dari maksud asal.

Contoh ayat;

Sesetengah orang Malaysia kurang berpelajaran
... akhbar yang melakukan falasi ini mungkin hanya akan memetik ...
"menteri menyatakan, orang-orang Malaysia kurang berpelajaran"
... ini bukan yang diucapkan sebenar oleh menteri tersebut
Penggunaan jargon
Perkataan yang amat kabur (bombastik), berbunga (puitis), dan terlalu saintifik digunakan tidak kena pada konteksnya. Ia dilakukan agar kelihatan apa yang sebenarnya ia tidak.

Contoh ayat;

Uhu tidaklah sama dengan gam-gam yang biasa, Uhu menggunakan teknologi moden supaya suatu transformasi unik berlalu dan substruktur molekular bercampur aduk atau Belilah serbuk pencuci Breeze yang mengandungi Biozof! Biozof mencuci dengan lebih bersih dan lebih berkesan Hujah yang ditujukan kepada seseorang
Hujah ini cuba melemahkan orang yang memegang sesuatu pendirian, dan ia sebenarnya tidak menentang pendirian orang tersebut.

Contoh ayat;

Saya tidak bersetuju dengan pendapat ayang tentang perancangan keluarga itu, ini kerana awak sendiri mempunyai anak seramai 20 orang
Berhujah dari sebahagian kepada keseluruhan
Hal ini terjadi apabila kita menunjukkan sesuatu sebagai benar untuk sebahagian kepada satu kumpulan. Sekaligus kita mengandaikan semua kumpulan itu adalah benar.

Struktur hujahnya adalah seperti berikut;

Kalau Tom adalah seorang pemain yang baik dan beliau berada di dalam pasukan A, maka pasukan itu mestilah sebuah pasukan yang baik. (Premis1)
Sebenarnya Tom adalah seorang pemain yang baik, dan berada di dalam pasukan A (Premis2)
Jadi pasukan A tentulah sebuah pasukan yang baik (kesimpulan)
      Contoh ayatnya;
        Pasukan A adalah pasukan yang terbaik kerana Tom pemain yang terbaik ada di dalam pasukan itu
  Berhujah dari keseluruhan ke sebahagian
Falasi ini pula adalah bertentangan dengan falasi di atas

Struktur hujahnya adalah seperti berikut,

Kalau Pasukan A adalah sebuah pasukan yang baik, maka tiap-tiap ahli di dalamnya mestilah seorang yang handa. (Premis1)
Sebenarnya Pasukan A adalah pasukan yang baik,(Premis2)
Jadi setiap pemain di dalam Pasukan A mestilah pemain yang handal (Kesimpulan)
Contoh ayatnya; Tom adalah seorang yang handal kerana dia berada di dalam Pasukan A yang memang handal Falasi Kejahilan
Falasi ini berlaku apabila kita menyatakan sesuatu itu tidak wujud kerana tidak ada orang yang dapat membuktikannya bahawa ianya wujud. Atau menyatakan sesuatu itu tidak benar hanya kerana kita tidak dapat membuktikan kebenarannya.

Contoh ayatnya;

Hingga sekarang kita masih belum ada bukti yang boleh menunjukkan bahawa planet bulan mempunyai makhluk hidup. Jadi tidak ada makhluk di planet itu.
  Hujah yang berkaedah Betul dan yang tidak betul

Silogisme
Ia mesti mempunyai 3 unsur atau elemen. Satu dari pada tiga unsur terdapat di dalam  kedua-dua premis, manakala setiap daripada dua unsur yang lain mesti berada  di dalam  kesimpulan dan satu permis hujah. Ia adalah satu hujah yang terdiri daripada  3 penyataan, iaitu dua premis yang diberi untuk menyokong  pernyataan ketiga yang dianggap sebagai kesimpulan.

    Strukturnya;
      Semua P adalah Q
      X bukan Q
      Jadi, X bukan P
      Ia dianggap silogisme, kerana ia terdapat 3 unsur iaitu (i) unsur kucing atau P, (ii) unsur berdarah panas atau Q, dan  (iii) Kassim ini atau X.
    Berikut contohnya;
      Semua kucing  berdarah panas.
      Kasim bukan berdarah panas.
      Jadi, Kassim bukan seekor kucing.
Perbezaan kebenaran penyatan dengan kesahan hujah

Syarat kebenaran dan kesahan
Syarat 1
Sama ada sesuatu hujah itu berkaedah betul atau tidak, bergantung kepada pertalian dan perhubungan antara premis-premis dengan kesimpulannya.  Kaedah hujah tidaklah sama dengan kebenaran pernyataan (iaitu premis-premis dan kesimpulan) yang terdapat di dalam satu unit hujah. Suatu hujah yang mengikut kaedah yang betul masih boleh terdiri daripada premis-premis dan kesimpulan yang tidak benar. Sebaliknya, suatu hujah yang tidak berkaedah betul boleh terdiri daripada premis-premis dan kesimpulan yang benar. (sama ada suatu hujah berkaedah betul ataupun tidak, tidaklah bergantung kepada kebenaran premis dan kesimpulannya) - Perhatikan makna Betul (kaedah hujah) dan Benar (kesahan fakta), dan fahami Falasi informal dan falasi formal.

Syarat 2
Suatu hujah yang berkaedah betul mesti mempunyai premis-premis  yang mengimplikasikan kesimpulan hujah tersebut (iaitu maksud kesimpulan terkandung dalam kesimpulan) dan begitulah sebaliknya.

Syarat 3
Kalau sesuatu hujah itu berkaedah betul dan premis-premisnya benar, maka kesimpulan hujah itu  semestinya benar. Kesimpulan itu TIDAK BOLEH menjadi penyata yang tidak benar.

    Contohnya iaitu;
      Semua tikus adalah mamalia (benar)
      Semua mamalia adalah binatang (benar)
      Jadi semua tikus adalah binatang (benar)
Sebaliknya kalau sesuatu hujah itu berkaedah betul dan premisnya tidak benar, kesimpulan hujah itu tidak semestinya merupakan penyataan yang tidak benar (kesimpulan itu boleh menjadi benar ataupun tidak benar)
    Contohnya iaitu;
      Semua Kucing adalah karya seni (tidak benar)
      Semua Karya seni adalah ikan (tidak benar)
      Jadi semua Kucing adalah ikan (tidak benar)
Pertalian logik antara penyataan

Implikasi
Penyataan 1 mengimplikasikan penyataan 2;

Kontrari
Jika kedua-dua penyataan boleh menjadi tidak benar pada masa atau waktu yang sama, tetapi tidak ada kemungkinankedua-duanya menjadi benar pada waktu yang sama.

Subkontrari
Kalau ada kemungkinan yang kedua-dua penyataan menjadi benar pada waktu yang sama, tetapi tidak ada kemungkinan kedua-dua penyataan menjadi tidak benar pada waktu yang sama.

Kontradisi/kontradiktori
Apabila terjadi kemungkinan bagi kedua-dua penyata menjadi benar pada masa yang sama, dan tidak ada kemungkinan bagi kedua-dua penyataan menjadi tidak benar pada waktu yang sama.

Konsistensi
Sekiranya tidak ada pertalian secara langsung antara kedua-dua penyataan itu.
 

Syarat perlu dan syarat mencukupi

      kalau hujan turun, maka jalan raya akan menjadi basah
Ini ayat penyata yang mempunyai 2 unsur, iaitu hujan turun dan jalan raya jadi basah.

Syarat perlu
Ia adalah sesuatu perkara yang mesti wujud dahulu sebelum kita boleh menunjukkan  sesuatu kejadian berlaku( atau sesuatu perkara lain juga wujud). Kalau syarat ini tidak wujud maka kejadian tersebut tidak akan berlaku ( atau perkara yang lain akan tidak wujud). Jadi sekiranya jalan raya tidak menjadi basah, kita tidak boleh menunjukkan atau membuktikan bahawa hujan telah turun.

    Penyataan di atas menunjukkan kalau jalan raya tidak menjadi basah, kita tidak boleh membuktikan bahawa hujan telah turun. Jalan raya mesti menjadi basah sebelum kita boleh menunjukkan atau membuktikan  bahawa hujan telah turun. Jadi jalan raya menjadi basah ialah suatu kejadian yang mesti berlaku (atau sesuatu perkara yang mesti wujud) sebelum kita kita boleh menunjukkan bahawa hujan telah turun. Ini bererti Jalan raya menjadi basah ialah syarat perlu untuk menunjukkan bahawa hujan telah turun.

Syarat mencukupi
Ia adalah suatu yang boleh menyebabkan suatu kejadian  berlaku (atau menyebabkan suatu perkara) tanpa sebab-sebab yang lain.

    Kalau hujan turun, ini adalah mencukupi untuk membuktikan bahawa jalan raya telah menjadi basah. Ini bererti bahawa hujan turun adalah syarat mencukupi untuk jalan raya  menjadi basah. Kita tidak memerlukan sebab-sebab lain  untuk mengakibatkan jalan raya menjadi basah. Jadi hujan turun adalah syarat yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa jalan raya akan menjadi basah.

all the best n may
turn to be more
critikal!



 

... back ...

back to my
Lobby

... next ...